throwback and falling in love

Assalamualaikum...

30.4.2015.
before ke kl sempat buat surprise kat suami tersayang. 
Theehehe...

Layan gambar okey. Semua benda ni i'olls dah siap-siap setup sehari sebelum kat dalam bilik sebelah. Nasib baik ada bilik kosong kat rumah tu. Kikiki...

Bukak je pintu bilik nampak lilin kecik


Disisi bilik gantung LED light/fairy light disulami gambar-gambar. Double tape takde nak sangkut bikin ala renda ke apa tang fairy light tu, sangkut je kat tingkap dan tempat sidai towel.

Gambar dari zaman study aka bercinta-tunang-nikah-ada anak


Tak nak bagi kosong punya pasal...boh gambar anak yang buat muka etc. Comel dak Thaqif?

Tapi nak bagi 'surprise' tu bukan senang hookey. Pelbagai dugaan dan cabaran juga. Nasib baik isteri kreatif, putar alam dan bermanja. Suami pun elok je plak follow the flow je malam tu.

Memula plan, tidurkan anak pastu suruhh suami mandi-maka sempat la pasang lilin then kasi surprise. Nanhadoo, suami dan-dan nak mandi jugak time kite nak tidurkan anak. Suami siap mandi, anak tak tidur-tidur pun lagi. FAILED.

Next, saja manja dengan husband suruh dia goreng nugget konon nak makan yang dia goreng siap request boh extra cheese atas nugget lepas goreng. Kite berpura-pura nak lipat kain depan tv. Ade ke dia goreng nugget pastu dok relaks dekat kerusi direct dengan bilik. T__T
Me: B... Dah goreng ke nugget? Nape dok sini? nanti hitam la nugget tu...
Him : Taklah. B dah pasang api slow dah...
Me : Yeke? cuba la pergi tengok.
Him: hmmm... (bangun malas-malas saja amek hati isteri)
Me:  (lari laju-laju masuk bilik nak nyalakan lilin)

Elok pasang lilin kedua, dengar bunyi motor abah balik...Tiup balik lilin. T__T. FAILED AGAIN.
Abah balik cari handphone dia tak tahu tercicir kat mana.
Dalam kalut-kalut dok cari handphone abah, comel je suami kite teruskan goreng nugget dan letak extra cheese atas setiap keping nugget.
(owh if only i snap the nugget to show to all of you)

Then abah balik rumah lagi satu. Suami basuh pinggan. kite dok isi mesin basuh. Terus macam. Alamak. Inilah waktunya ketika suami sibuk, kang dia dok depan tv susah plak nak menyelinap masuk bilik tu.
Macam lipas kudung je buat kerja, terus g pasang lilin, betulkan apa yang patut. cari handphone nak pasang background music, tak dak. adoi.spoil sikit. suami kat luar dah terjerit-jerit cari isteri tak dak. ingat isteri merajuk kenapa. godek pintu bilik kunci, lagi cuak. kahkahkah.
Dah siap semua bukak la pintu. dan muka yang cuak-terkejut itu memang masih lekat kat dalam minda ni.

He loves it! Terharu katanya...

Pastulah baru kalut-kalut cari handphone amek gambar dan pasang lagu yang patut jadi background.

Just a sharing... Kot-kot menjadi ilham kat kawan-kawan yang nak buat surprise juga kat suami/isteri tersayang.







Comments

  1. Replies
    1. nanti nani wat jugak untuk tersayang deh...

      Delete
  2. hahahahahaha perancangan dah bagus,, tapi nak laksanakan nya dengan anak kecik semua mmg la.. tapi tabik la... berjaya jugak. so sweet ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...tengah2 bergurau senda mengimbau memori silam, anak bgn nak susu plak...adoi...

      Delete
  3. adoi...mcm2 helah ya guna...hihihi...sweet sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. seb baik abah balik tido umah sana, tido kat umah nanhadoo la surprise

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my