Skip to main content

30 days without her

Assalamualaikum...
Hari ni genap 30 hari tanpa mama. 
Sunyi. Pelik. Rindu.
Macam-macam lagi perasaan bermain dalam diri.
Sebelum terlelap malam-semalam, tersedu-sedan jugak.
Teringatkan malam mama pergi, disebelah saya, tapi saya pun tak sedar. 
Abah pun terlelap jugak kat luar masa tu.
Mungkin memang mama nak pergi tanpa kami lihat. Mama tak nak kami sedihkan.
Saya rindu mama. Rindu sangat.
Kadang-kadang sampai tercanang status rindu syahdu kat mama, kat abah di akaun facebook.
Bila melayan facebook, jalan-jalan nampak kain pasang cantik, nampak handbag cantik, terus terfikir nak beli untuk mama jugak. Bila ingat mama dah tak ada, terus sebak. Diam. Tak jadi nak beli walau untuk diri sendiri. Saya pun tak share perasaan ini dengan en.Tunang. Entahlah, mungkin rasa orang akan jatuh kasihan pada saya bila saya luahkan semua ni. Saya tak suka begitu. Biarlah orang nampak saya kuat, senyum biarpun pahit. 
Lagi-lagi nak kahwin, terasa sebak sangat kot. Mama yang excited nak saya cepat bertunang.
Alhamdulillah. Mama sempat ada dalam majlis pertunangan tu. Pertunangan saya dengan orang yang mama suka sebab satu negeri, anak dia akan balik negeri jugak nanti.

Sejak mama tak ada ni, banyak benda kena belajar. Banyak benda yang saya perlu fikir jugak.
Abah.
Saya kena belajar keep calling abah. Awkward jugak bila ditalian. Sungguh jarang benar saya bercakap dengan abah, selama mama ada kalaupun saya telefon abah, abah cakap yang penting-penting je, tak sempat saya manja-manja abah dah hang-up. 
Jadi, mostly saya akan memilih untuk telefon mama, cakap panjang-panjang cerita itu ini, bertanya pasal abah semua nanti mama akan bercerita dengan abah pulak.
Sekarang kena cakap dengan abah sendiri pulak.
Lucu kadang-kadang bila saya tanya, abah dah makan, makan apa?
Macam tanya budak-budak saja, tapi itulah modal saya untuk bercakap. Selain itu, bertanya, bincang pasal majlis saya nanti sahajalah.
Alhamdulillah juga akhirnya saya dapat submit borang permohonan tukar tempat bertugas ke kampung halaman. Terima kasih untuk rakan sekerja dan bos yang sangat memahami dengan kesusahan kami sekarang.
Kasihan abah berseorangan. Tiada lagi yang menyiapkan makan, menjaga mahupun menemani beliau seharian.
Risaukan keadaan abah. 
Hari-hari ada sahaja mesej dari k.Iza beritahu abah buat itu ini, terlalu rindu saya.
Saban minggu bermesej dengan cik Na pun begitu, ada sahaja cerita.
Mujur ada kakak yang setiap hari akan singgah dirumah abah menyiapkan makan malam abah saban malam sebelum pulang ke rumah semula.
Siang hari abah hanya akan hangatkan lauk pauk dan nasi berbaki malam itulah untuk makan.
Bergenang air mata saya lagi mengenangkan suasana yang abah lalui begitu.
Tapi apakan daya, anak-anak semua sudah bekeluarga, saya yang masih belum berumah-tangga masih ada komitmen kerja di perantauan.
En.Tunang pun menyokong pemuh pertukaran saya ke Kelantan, katanya selain menjaga abah, selepas nikah nanti saya pun boleh menjaga ayah dan emak juga. Apa yang penting sekarang, abah. Dia pun akan berusaha untuk bertukar kerja di pantai timur juga.

# truly... doakan pertukaran saya dapat disegerakan supaya dapat menjaga ayahanda tercinta semasa beliau masih ada umur.Al-fatihah buat bonda tersayang.

Comments

  1. amin2..moga2 cepat dapat tukar...n semua mama cik jelita tenang disana...semoga terus kuat n tabah ye dear...

    ReplyDelete
  2. Sedih. T_____T'

    Semoga awak tabah ye sayang. mudah-mudahan cepatlah dapat transfer kerja ke kampung halaman. nanti boleh tengok-tengokkan abah. :)

    take care.

    ReplyDelete
  3. @puan mah - tQ...cuba utk kuat.minta-minta transfer sebelum nikah, xperlu ulang-alik lagi dah.


    @Amalina - xmo sedih-sedih. hargai mak ayah selagi mereka masih ada ye dear. amin, moga-moga cepat tukar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...