Skip to main content

Prosedur Perkahwinan

Assalamualaikum...
Marilah kita bercerita pasal prosedur perkahwinan pulak, sambil-sambil saya pun nak buat ulangkaji dan checklist untuk perkahwinan sendiri jugak. Untuk lebih faham la kiranya.

Untuk memulakan proses prosedur perkahwinan ini, bakal pengantin perlulah dapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Daerah / Negeri masing-masing. 
**Borang boleh juga didapati melalui online bagi sesetengah negeri. Sila rajin belek website Jabatan Agama Negeri masing-masing la.

Dokumen-dokumen yang perlu di kemukakan bersama borang permohonan :

1. Kad pengenalan pemohon, wali dan 2 orang saksi. (saksi borang, tak semestinya saksi semasa nikah)
2. Surat pengesahan status bujang (L&P - ada certain negeri perlu untuk L sahaja, P tak perlu buat, jadi recomfirm dengan JAIN masing-masing)
3. Sijil Kursus Praperkahwinan
4. Borang HIV (dapatkan dari JAIN masing-masing - certain negeri boleh guna borang HIV dari klinik/hospital je)
5. Sijil / Surat perakuan masuk islam (saudara baru)
6. Sijil / surat perakuan cerai (jika janda/duda bercerai hidup)
7. Sijil Daftar Kematian pasangan (jika janda/duda bercerai mati)
8. Perintah mahkamah (perkahwinan poligami / janda berhias / wali hakim / bawah umur)
9. Pengesahan bermastautin (alamat tempat tinggal berlainan daripada alamat dalam kad pengenalan)
10. Pengesahan Majikan (Polis/Tentera)


  • Borang kebenaran berkahwin ini perlu dibuat oleh kedua-dua bakal pengantin (L&P). 
  • Jika pasangan adalah sama kariah(satu daerah yang sama) maka boleh buat permohonan dan hantar (kepil borang L/P) bersama-sama.
  • Jika berlainan daerah/ negeri / negara, perlu buat permohonan berasingan- selesaikan permohonan lelaki, dapat surat kebenaran perkahwinan (L) dari pejabat agama daerah (L) serah kepada pihak (P) untuk kepil bersama semasa buat permohonan kebenaran berkahwin.  
  • Surat kebenaran berkahwin valid untuk 90 hari dari tarikh surat dikeluarkan. (Sila kahwin dalam masa 90 hari atau kena kemukakan permohonan semula)
Hope boleh membantu u'all yang nak kahwin jugak macam kite...Yeay!



Sajer jer nak tunjuk sijil kursus kahwin kami...
xoxo,
cik Jelita...

 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...