Skip to main content

Rezeki Anak

A story to share...
My husband... 
Sebaik kami tahu berita yang saya dapat bertukar tempat bertugas di kampung halaman, kami nekad untuk pulang bersama-sama. Husband berkorban berhenti kerja walaupun jawatan dan pendapatannya agak lumayan. 
Tapi kami cuba positif, atas faktor-faktor 
1. Tak mahu hidup berasingan
2. Belanja hidup berasingan lebih besar.
3. Tak sanggup ulang-alik KB-KL
4. Di kampung, dekat dengan parents so senang nak ziarah jika sakit etc.

But...
Bukan senang juga bagi kami, bila makin dekat hari nak balik, macam-macam dugaan. Kepala berserabut dengan bos husband bagi tawaran tambahan gaji, dan husband mendapat peluang pekerjaan yang tetap dan lebih kukuh.
Hampir kami bergaduh. Saya tak mahu menyekat kerjaya dia. Dia tak mahu berpisah dengan saya tapi berat juga melepaskan tawaran itu.
Akhirnya, kami balik juga. Husband berhenti kerja.
As lelaki pasti husband ada ego, jobless make he feel down.
Tapi rezeki... Tak sampai dua minggu pun menganggur, he starts working.
Gaji, separuh kurang dari kerja dahulu. Well, bak kata orang , 'Kelantan, taraf hidup rendah.' (Erm...I dont think so...ayam sekilo kalau KL RM7.00 sini pun sama yer...Makan nasi ayam sepinggan kalau di KL RM5, disini jugak sama...)
Seksa sikit tapi kami boleh biasakan diri.  
Rumah tak bersewa, tak perlu dah saving so much untuk balik kampung.
Alhamdulillah.
Tugas husband diberitahu hanyalah menyediakan dokumen barang return dan urus barang return sahaja (we understand as work infront computer) Pada kami berbaloilah dengan gaji sebab waktu kerja, office hour.
Lama-kelamaan, kerja itu menjadi beban. Kerja makin bertambah (tambah kerja orang lain). Lori barang sampai pun kena keluar angkat barang etc.
After  he got paid, saya merayu husband untuk berhenti.
Apalah kerja, kadang bila  buat kerja orang lain, kerja sendiri tak terbuat dan terpaksa habiskan diluar waktu pejabat tapi not being paid sebab tak ada OT. Badan sakit-sakit sebab guna kudrat mengangkat barang.
Husband berat hati nak berhenti sebab office hour, kami boleh datang dan balik kerja bersama-sama.
Drama merajuk, psiko husband. Yeay! Me menang. Husband akur dan berhenti jugak.
Eh! bukan saya QueenControl yer. Imagine, kerja berhempas pulas, tapi gaji ciput? Bak kata husband manager dia kerja situ dah 5-6 tahun. Gaji? baru RM1+++. Jawatan manager gaji tak pergi 2k. Dulu husband kerja ass.supervisor je pun gaji dah nak capai 2k kot. Sayang badan oo...baru 24tahun, tapi badan dah sakit sana sini kalau badan berketul-ketul tak apa jugak ini ha sama berat dengan wife jer. Bukan cerewet sangat, tapi ada yer kes medical board di hospital ni, baru umur 40an tapi rebah lumpuh seketika, bila sihat pun sekadar badan dok terketar-ketar, mata tak nampak, kurus kering, tak ada deria rasa semua. Sebab masa muda kerja kuat, peti ais pun angkat sesorang. Hebat tapi baru 40an dah jatuh sakit. Anak-anak baru nak sambung belajar etc. 
Rela ke u'alls tengok husband sakit?
Saya tak rela.
Then, alhamdulillah, tak sampai seminggu pun bercuti tu, husband dapat interview. Alhamdulillah. Rezeki anak, dapat tawaran kerja bukan di satu tempat tapi dua tempat. Gaji alhamdulillah, lebih berbaloi.
Kerjanya bab komputer, juruteknik memang kerja yang husband minat.
Dah tak tahu nak pilih kerja mana.

So...
Anyone...
Yang ada masalah dengan job etc..
kalau kerja itu membebankan, memudaratkan korang....choose wisely step to go.
Yakinlah, rezeki Allah. Rezeki anak. Pasti ada.
Doa, dan yakin.



Comments

  1. Setuju skali..rezeki ade dimana..yakin...

    ReplyDelete
  2. yes dear... sayang badan... nak pakai lama lagi yang :p
    rezeki ada di mana2..yakin padaNya

    ReplyDelete
  3. @cik mah - ^__^

    @WE - tahu xpe...

    ReplyDelete
  4. oo asal kb ke.. untunglah dapat duduk dekat.. kite teringin sangat nak duduk dekat tapi apakan daya hubby masih kata okay duduk jauh.... kite still belajar lg.... btw camne ye nk suami dgr ikut ckp kite duduk dekat same2?

    ReplyDelete
  5. @kbletrina - huhu...bawak berbincang dengan husband tentang kewangan dan masa depan keluarga. Mungkin dia fikir awak masih belajar kot sebab tu decide duduk asing dulu. Get know his reason he do that. Macam kite kalau husband bagitau atau decide sesuatu, kite tak cepat melatah. Diam dulu... Bila dah tenang, kita bagi pandangan kite dengan keputusan dia tu. Bagi sebab munasabah kenapa kite tak setuju tapi jangan bangkang keras-keras, lembut-lembut je disulami kata-kata manis, lepas tu biarkan dia decide apa yang terbaik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...