Skip to main content

M2B : Beli jugak breastpump

Assalamualaikum...

Aritu dilema sangat bab nak beli bp.
Mihmihmih...
Finally dah beli jugak.
Alhamdulillah.
Pilihan kite ialah Eve Love Flexi jugak.
Membeli promosi pakej ultimate Flexi dari SURI.

Kenapa pilih bp ni...
1. Sebab memang aim untuk elektrik. (kerisauan tak rajin kalau guna manual)
2. Complete set untuk 'starter mum' macam kite. (free gift : warmer, ice brick x3, storage bottle x6, storage bag x25, cooler bag, bustier, power bank)
3. Jimat. RM609.00 jer. (congak balik kalau beli asing-asing pump dengan free gift yang adoo kat atas tu)
4. Atas sokongan officemates yang masih fully bf. ( Susu produce on demand, kerajinan, positif untuk bagi baby susu - dont be afraid!)
5. Paling best kot, waranti setahun dan waranti mula selepas melahirkan nanti. ( Grab terus since promosi berakhir 31 Januari 2014)
6. Since it's malaysian product, ada center dia sendiri jika ada masalah  dengan bp (mudah dapat spare) so tak risau -Insya-Allah.

** Kalau tak nak beli pakej macam kite ni, nak bp jer pun tengah promosi RM499.00 sahaja. Tengok kat link fb SURI atau boleh beli terus dari website eve love

Mine!

So rasanya tak perlu beli apa-apa extra lagi dah part menyusukan anak.
Sterillizer? Rasanya bukan keperluan yang urgent - kite guna manual style dulu.
Lagipun sekarangkan dah ada sterillizer tablet dah, beli itu cukuplah. Jimat elektrik sikit kala bil takrif elektrik meningkat naik ni kan...







Comments

  1. Harga berape ni???? kalau tanye kawan2 semua sebut medela2....tapi harga memang menangis

    ReplyDelete
  2. @misz sheyla - RM609.00 sahaja sekali dengan freegift. bp sahaja pun ada promo RM499 je till 31 jan 2014 ni

    ReplyDelete
  3. Wah....oklah tu..ada free gift..

    ReplyDelete
  4. @cik mah - itulah.bila fikir2 okay dah.dah lapang hati juga bila part by part is done...next set berpantang pula...

    ReplyDelete
  5. Flexi kawan imah pakai mmg super best dia cakap. jimat bnyk dah tu cik jelita.

    ReplyDelete
  6. hehe. betul tu. sama mcm nina nape pilih elektrik. sb nina tau nina ni takat mana jea rajin. huhu

    ReplyDelete
  7. @IMaH - ea? hopefully eve love juga akan berkhidmat dengan baik pada kite...hehehe...

    @Nina - sep sekali! samalah kite...tak rajin untuk manual...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....