Skip to main content

M2B : HB Rendah... Makanan yang diambil semasa pregnant...

Assalamualaikum... 
Sebelum ni ada cerita pasal check up kite, HB kite lebih kurang atas pagar je. Risau jugak sebab kita memang ada mengalami pitam jugak bila berjalan banyak ditempat sesak, macam pasar tani etc masa pregnant 3-4bulan tu.
Mula-mula fikir, sebab sebelum pergi jalan tu kite tak makan pun, dan sekarang dah berdua, jadi  normal kot.
Lanie since dah dapat pendedahan dari nurse, okay, baru sedar apa yang berlaku sebenarnya.
Macam-macam tanda dan bahayanya untuk ibu dan kandungan bila HB rendah termasuklah membolehkan melahirkan baby pra-matang, seawal kandungan 7bulan dan risiko-risiko lain. Boleh baca extra dari entri-entri blogger link bawah.

Baca SINI -- SINI

Maka, kite pun bermotivasi sangat nak tingkatkan HB kite supaya sentiasa mendapat bacaan yang cantik disamping menjaga kesihatan kite dengan baby jugak. Tak nak bagi sticker putih di buku merah itu bertukar warna.
Sekarang dok amalkan sentiasa, kurma bekalan abah + ubat dari nurse (terpaksa telan untuk baby walaupun tak reti makan ubat) wajib. Kismis ketika perlu. Cereal, bila lapar...Kite pilih Fitness Fit with fruit & nuts. Yums! (as we know fruits and nuts sangat-sangat bagus untuk baby). Kacang badam, gajus, dan pistachio secara berselang-seli.

Makanan tambahan yang kita ambil pulak ialah Jus Qaseh Adinda dari Ana Edar.
Sangat bagus untuk semua wanita. Alhamdulillah berkat amalkan jus Qaseh Adinda ni, masa check-up yang lepas hB dah betambah dari 11.2 ke 11.9. Taklah sampai 1 pun meningkat tapi alhamdulillah dekat 12 dah tu bacaan dia. Hope next check-up akan maintain atau meningkat lagilah.


Kite share sikit tentang Jus Qaseh Adinda ni.
Isi kandungan produk :
Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma , Madu, Za’Faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. Qaseh Adinda dirumus khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani 
Kegunaan : 
Gabungan intipati Qaseh melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada system dan fungsi tubuh itu sendiri dari Darah, Saraf, Otak, Jantung dan Paru-paru, Usus, Buah Pinggang, Kulit, Rambut, Mata, Telinga, Hidung, dan Rongga Pernafasan, Rahim, Tulang & Sendi, Ibu Hamil, Organ Dalaman Lelaki. 

Kebaikan : Pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan fungsi tubuh badan dari segi fizikal dan emosi serta membekalkan badan dengan nutrient dan zat penting. Amalan pengilangan yang menitikberatkan kesucian fizikal dan spiritual. 

Second, kite ambil vita-c chewable shaklee (Kan dah cakap kite tak reti makan ubat telan-telan tu). Hari-hari 3 biji sehari kunyah vita-c ni. Masam, tapi memang kaya vitamin-c hokey. Kite demam biasa melarat ke seminggu beserta batuk dan kahak. Alhamdulillah sejak mula makan vita-c ni, demam ke selsema cepat jer terasa kebah tak sempat melarat ke batuk dan kahak.



Pastu terpengaruh dengan blogger Nina pasal makan kapsul minyak zaitun. Bagus katanya nak elak baby demam kuning. Dah jumpa mana jual, terus beli la nak amal. Lepas beli  malam tu terus makan pagi esoknya terus demam pening bagai. Antibodi kurang power dah kot sebab sekarang dah sharing dengan baby kot.  Makan vita-c chewable dah tak berfungsi dah.
(Eh! jangan takut nak makan pulaks, I o'lls tak sure pun yer ker sebab kapsul tu demam sebab ni demam tak elok-elok lagi mungkin saja sebab cuaca yang tidak menentu sekarang)



Insya-Allah lepas ni kite nak try makan vcoa pulak bila bulan ke- 7 nanti. Kata orang, bagus untuk proses bersalin.




Comments

  1. hai. singgah sini dari sidebar blog pn. mah. hikhik. awal2 dulu nina makan yg chewable tuu. skg ni makan yg sustained release vitac plus. lagi senang. telan jea sebiji terus. lau yg chewable tu kena kunyah 5 bijik. shaklee best!

    ReplyDelete
  2. @Nina - bab nak menelan ubat itu adalah sangat gagal. xreti..minyak zaitun tu pun pecahkan jugak baru makan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d