Skip to main content

Dilema. Nak mengadu.

Assalamualaikum...

Hover sangat itu tajuk entri...
Well, kind of laa...
Rasa nak menangis (tadi laa...)

Sebab?
Husband kawan kepada officemate kite pun lulus temuduga Pegawai Imegresen macam husband kite jugak.
Dia dah dapat surat. Hoorey for him. Lega, insya-Allah kite agak mesti husband kite pun dapat surat dalam 1-2 hari ni ken.
Pastu korek-korek le dengan officemate tu bila tarikh lapor diri etc...
Berderau darah dengar, lapor diri terus kursus induksi dan kursus asas pegawai imegresen tu 27 April-27 Jun 2014...
2 bulan...
While I'm going to labour anytime... Rasa nak menangis la kan...
Boleh dapat cuti/ excuse daripada kursus ke kalau kite nak terbersalin nanti tu? 
Macam-macam fikir.
Hope husband ada disisi masa bersalin nanti. Tak nak ada situ sorang-sorang sambut baby.
Sobss...

Then...
Kite fikir positif,
2 bulan tu husband jauh... 2 bulan tu kite masih bercuti. 
Bersyukurlah, tak perlu kite nak susahkan abah hantar ambil kite kat tempat kerja. Duduk rumah jer, layan anak.

Tiba-tiba rasa Allah rancang semua cantik je kan?
Allah bantu saat kita memerlukan...
Mungkin terpaksa berjauhan seketika tapi insya-Allah Allah sebaik-baik merancang. Mana tahu nanti husband dapat kerja dalam negeri cik siti wan kembang ni je kan.
Positif, tak nak fikir benda yang belum tentu nanti tu. Semoga Allah bantu kita selalu.

Baby sayang, jom keluar cepat... Boleh main-main dengan papa sementara papa belum pergi kursus. Nanti baby rindu-rindu papa lagi.

Kawan-kawan... Doakan kite cepat bersalin sebelum suami kite melapor diri. Aci tak?
 Kite dah serah diri nak bersalin ni redha jelah part sakit ke hape janji anak sihat dan selamat, serta suami dapat tengok anak dia...

Comments

  1. in shaa Allah
    smga dipermudahkan hendaknya aamiin

    ReplyDelete
  2. salam...sis insyaallah dipermudahkan nnti...urusan bersalin nnti insyallah akn dpt excuse...saya masa bersalin thn lepas, husband kursus 6 blan...alhamdulillah dia dpt perlepasan dan cuti sehari, masa kt labour room pn dia ad teman...ap2 pn take care taw...

    ReplyDelete
  3. dah nak bersalin dahh.. huhuhu.. semoga dipermudahkan semuanye cik jelita.. :D ..allahumma amiiinn.

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan...nanti dah dpt surat cuba call office tanye kot la boleh excuse g induksi...

    ReplyDelete
  5. salam dear,
    if berminat dengan set bersalin Tropical Herbs (Amway), Nona Roguy, Tanamera or Shaklee boleh dapatkannya dgn harga promosi dari kami pengedar sah produk tersebut.
    100% original product :)

    FACEBOOK : charmsandcolors
    019 6555700.
    http://kisahqaseh.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Alahai sedihnye...takpe percaturan Allah tuh cantik...

    ReplyDelete
  7. thanks kawan2 bagi semangat...drama air mata la terpaksa berpisah buat seketika... everything 4 baby...

    ReplyDelete
  8. insyaAllah dear.. jgn pikir byk2 sgt k.. think +ve je tau.. mintak2 semuanya dipermudahkann.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d