Skip to main content

M2B : SET BERPANTANG DAH BELI-COMPLETE-FINAL.

Assalamualaikum...

Baru perasan tak update lagi bab set berpantang yang kite beli.
Sebelum ni pening-pening pilih set berpantang. Lepas a moment decide membeli set berpantang tanemara dan tak nak pilih lain lagi dah...
Akan tetapi berdasarkan rasional dan juga berjimat cermat, kite kembali memikirkan diantara kehendak dan keperluan... Blink-blink hangat nak habiskan RM400 untuk set berpantang sahaja dimana tak termasuk dengan minyak herba / herbanika NR yang kite suka guna tu lagi. 
Maka, kite survey lagi di FB kedai online yang ada jual set berpantang termasuk yang loose item bagai di SINI .
Check the price of loose item, banding harga semua. Pastu baru insaf rasa tak semua dalam set tanamera tu yang akan kite guna. Tapi ada jugak benda kite nak tapi tak ada jual loose item macam teh halia ke apa yang dalam set tanamera tu (which most user cakap bagus sangat untuk lawas / buang angin). Namun dengan semangat berjimat, haruslah positif, tak ada pun tak apa kite usaha cara lain pulak.

Selepas dipertimbangkan (cheche...macam besor sangat pertimbangan itu) kite pilih untuk ambil loose item seperti dibawah. 

1. Brown soup (tanamera) - RM15.00
2. herbal bath (tanamera) - RM26.50
3.vcoa (tanamera) -RM34.00
4. Feminine herbal wash (tanamera) -RM26.50
5. Krim Tapel (Sari Ayu) -RM17.00
6. Krim Parem (Sari Ayu) -RM17.00

Tapi krim tapel dan parem tu tak ada stok dan tak tahu bila next stok sampai, kite pun terpaksalah jugak ambil 1 set untuk produk Sari Ayu  RM46.00 (param, tapel, pilis, minyak telon dan bengkung lilit). Kira tambah RM12.00 daripada total yang kite plan beli. Okay la, minyak telon baby pun belum beli lagi ken. Layan jerlah.
Maka, total untuk pembelian RM148 + RM10 (postage).



Selain daripada ni, sebelum ni kite dah pun beli minyak herbal NR. Mula-mula pening nak beli kat mana, asyik sibuk nak pergi stokis NR, nak beli kat kiosk biasa tu tak dapat harga member,  tergeraklah nak tengok website NR tu. Alhamdulillah tengah promosi free postage. Harga pulak memang dijual dengan harga member. Apalagi kite laju-laju orderlah 1 botol minyak herbanika (minyak hijau) dan minyak berubat herba (minyak purple) dengan harga RM85.00 sahaja.


Bengkung, memula niat nak beli jugak yang versi moden tu ke apa tapi since bengkung tradisional yang kakak-kakak dahulu ada lagi dan dapat dari set sari ayu tu. Rasanya hold dahulu la membelinya. Kalau rasa nanti tak boleh teruskan dengan bengkung-bengkung tersebut baru kite beli yang lain. Hiks...

Untuk dalaman punya recover kite tak beli pun...Mungkin tengok NR jugak kot, tapi beli loose laaa... Bila nak beli pun tak tahu sebab takut tak termakan pun. Hangat-hangat tahi ayam jer pun bagai membazir jer... Huhu...

VCOA tu dah mula guna dah sebaik sahaja sampai. Sapu kat perut bagi tak gatal sangat. Huhu.
Best... Sekali pakai jer garis hitam kat atas perut dah berkurang, suka  sangat...



Comments

  1. Assalamualaikum awak. wahh bestnya dah beli set pantang! sheila beli next week. heee haritu tanamera ada buat diskaun 20% nape awak tak beli? dekat giant taman permata... sheila ada pergi situ minggu lepas ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah menabung libresse sini~~~

      Delete
    2. sebab kite tinggal kat kelantan...jauh la nak ke sana...

      Delete
    3. yeker? alaa ruginya tak kirim saya belikan je. haritu saya belikan untuk orang juga. hehehe

      Delete
  2. Wah...semuanya dah lengkap..bgus2..tunggu masa je kan...take care tau...free2 jemput join ga cik mah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik mah kite tak reti nak me-review la...hiks.insya-Allah kalau ada ilham menaip kite join ok.

      Delete
  3. banyak jugak good review psl nr ni.
    kite ingat nk beli loose item je sbb mesti ada yg tak pakai kalau beli satu set.
    ntah blila nk start beli ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli loose je jimat.boleh pilih mana yang perlu/x.

      Delete
  4. Kadang kalau cari kt kedai2 boleh mintak harga murah..kalau website harga fix n ade postage plak kan...ecah pon beli kt kedai je...bila di compare, jimat banyak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup3 setuju sangat ngan ecah...kalau kat kedai might boleh dapat murah.tapi since kite tak da masa+last minit shopping that y beli online jer.hehe

      Delete
  5. Kat mana nak dptkan produk sariayu..sy cri dkt jb x jmpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli online je dear.boleh refer link yang kite attach kat atas

      Delete
  6. sis,blh share skali lg x link utk beli set sari ayu?tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/pages/Keperluan-Ibu-Berpantang/421797114529752?ref=ts&fref=ts

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...