Skip to main content

M2B : check-up 39 week 4 day

Assalamualaikum...

entri tertunda...internet tak ada semenjak cuti...

Hi! Kite masih belum bersalin pun lagi... Baby syok sangat kot dok dalam perut ibu dia ni. Tak pun baby tunggu papanya balik sambut dia...

30 april 2014 - Alhamdulillah check-up macam biasa everything okay je. Berat maintain je, tak naik pulak kali ni. Nurse pun dah abis topik nak nasihat ka kite. 10 minit je kat klinik tu... hehe....

Terus ajak abah pergi pasar tani nak cari buah untuk anakda kite ni. Lately suka pulak dia bila kite makan buah. Laju je bangun dan join ibu dia makan... comel sangat rasa masa tu. Tak sabarnya ibu nak jumpa awak sayang... Abah belikan kite air zamzam dan kurma, dia suruh kite minum dan makan hari-hari... tq atuk!

Dari pasar tani, kite pergi ofis kejap, ambik kain baju raya kakak kite yang kite order dengan kawan ofis. Pastu terus ke rumah tok che kite, ziarah tok che la sementara masih boleh jalan ni. Kang dah pantang lambat lak dapat jumpa tok che.

Dok rumah tok che,dapat tahu pak cik kite yang dok rantau panjang nak pergi umrah. Abah pun ajak pergi rumah pak cik tu. Kite on je bab berjalan... he. Rezeki, sepupu kite niaga online, jual selipar / kasut jelly bagi kite sepasang selipar... comel! Kite amek warna merah... Boleh la pakai lepas bersalin nanti. Hiks. Tak sabar punya pasal try jugak pakai... Best! Ringan dan sedap pakai. Terus nafsu nak beli lagi warna-warna lain jugak. Tq cik sepupu yang baik hati.


Kemudian atuk belanja makan nasi sup tulang. Yummmy! Balik rumah terus tidur. Apa pun tak boleh...

Kite rasa hujung-hujung nak bersalin ni la baru terasa sangat mengandung. Bukanlah kata sebelum ni tak rasa macam mengandung. Tapi tak de simptom over sangat. Kite still okay je kalau makan sekali sehari macam masa tak mengandung. Sekarang cepat lapar,suka mengunyah, suka ais, kaki selalu macam tarik mengkarung( yek eh perkataan tu? Tapi selalu dengar kawan yang mengandung lain cakap), strechmarks bermaharajalela kat perut, cepat emo - nangis etc... Huhu. Barulah terasa seperti orang normal mengandung. Cuma tak best time- time begini suami jauh dari sisi, tak boleh la nak bermanja sangat. Tapi sempat je seminggu aritu manja-manja, kite nak apa, nak g mana dia on je... Nak pergi bercuti kat gua musang je tak dapat sebab dia takut kite terberanak kat sana... Tq suami yang sentiasa sabar dengan kerenah isteri ni.

tepek gambar sebelum pergi check-up minggu lepas...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...