Assalamualaikum...
Rindu sangat nak update blog, tapi malas menaip, boleh? Rindu nak blogwalking, tapi line pun tak berapa clear dirumah kite.
Hari ni story bout pengalaman kite dengan anak kena juandice.
Muhamad Thaqif Aiman detected juandice on his day 2, 8.5.2014. Since nurse yang datang melawat bagitau Thaqif nampak ada juandice paras muka, laju-laju SMS husband yang keluar ke Tanah Merah untuk urusan sijil kelahiran Thaqif belikan daun kucai untuk mandikan Thaqif, MIL pulak pesan beli anggur hitam nak suap airnya pada Thaqif. Petang tu, pergi ke KK Kemahang untuk check bacaan SB =188.1, tak over sangat tapi kena berjaga-jaga takut naik lagi. Nurse suruh repeat bacaan SB di KK Tanah Merah since Jumaat KK Kemahang tutup.
At night, Thaqif really pulun tidur, bangun menyusu sekali je jam 4am.
Hasilnya, bacaan SB kali kedua ni, 9.5.2014 ialah 210. Nurse said, bf demand, keeps him awake every 2hours for bf. Papa Thaqif dah risau-risau takut anak dia kena tahan wad nanti since he is going to Johore by Tuesday, asyik dok cakap dengan Thaqif supaya cepat sihat... MIL pun risau dah, siap tanya nak try susu kambing ke. Kite dengan sopan tolak, sebab kite darah O, susu kambing panas, takut lagi naik mendadak, better not, just do the way nurse said la. Balik dari klinik bersungguh-sungguh kejut Thaqif menyusu. Well since baby yang juandice ni memang penidur, dan tak aktif, so do Thaqif, bedung ke bogelkan ke, geletek kaki semua huh tak jalan, tak mau bangun jugak. So petang tu, mandikan Thaqif sekali lagi dengan daun kucai tu. Mandi barulah nak buka mata, pastu sengaja biar Thaqif berpampers+mitten and booties je, biar dia still awake bagi susu semua. Memang keep wake him up la that day, because next day nak selawat, cukur jambul Thaqif,takkan nak buat majlis tanpa tuan kot kalau Thaqif kena tahan wad. Berdoa.
Alhamdulillah 10.5.2014, SB = 183. Lega... 10.5.2014 juga pusat Thaqif luruh.
Repeat SB lagi hari Isnin,12.5.2014, SB = 229. Terkejut dengan result tersebut coz Thaqif keeps awake for bf. Memang Thaqif hisap bukan main-main je. Lagilah papa Thaqif risau nak tinggal anak. Kite toksah katalah memang doa je dalam hati, janganlah sampai anak kite kena tahan wad, hari-hari dok bawak Thaqif datang klinik ambil darah ni pun hati dah sayu, nak imagine Thaqif dok wad, bawah lampu kena cucuk sana sini, tak sanggup okey. Masa nurse tulis result SB semua, husband collect banyaklah maklumat juandice dengan nurse, apa okey, tak. Nurse cakap cuba benda-benda yang sejuk bagi baby untuk berubat okey, benda panas macamsusu kambing tu wajib dielakkan. Susu kambing memang merawat kuning orang dewasa which kunjng orang dewasa ni dah pasti penyakit dia berkaitan hati, manakala baby juandice belum pasti which part dia sakit actually. Masa ni memang dengan kite sekali kena kontrol makan semua. Kunyit, halia, lada hitam etc dielakkan. Lauk pun MIL letak garam je semata, takut sebab makan kite, juandice Thaqif menjadi-jadi. Jiran MIL tawarkan madu untuk bagi pada Thaqif, kite dah err..err...sebab setahu kite mujur husband menolak.
Again repeat SB, 14.5.2014 since 13.5.2014 ialah Hari Wesak. Alhamdulillah SB Thaqif turun sikit 215. First time pulak Thaqif nangis masa nurse amek darah tapi kejap je. Kebetulan hari ni dia jaga dan tengah menyusu masa menunggu nak amek darah tu kot.
15.5.2014, SB Thaqif turun lagi, 203. Lega, nurse kata okey dah tu menurun, harap tak naik dah. Nurse yang datang melawat kat rumah plak cakap, dah tak nampak kuning pun, kenapa bacaan tak okey lagi. Wallahualam. Petang tu, kite balik rumah abah dah.
Balik rumah abah memang kena bebel kat kakaklah bab the best way to keep bf baby (pam susu, bagi baby guna shringe every hour coz baby juandice kan tak aktif, menyusu main-main so kena paksa minum guna shringe tulah), abah dah kalut nak cari mandian herba TYT la nak mandikan baby. Tapi kite tak buat pun sebab kite yakin Thaqif menyusu dengan kuat, buktinya timbang Thaqif dah 3.1kg(15.5.2014) dah. Nurse datang melawat 17.5.2014 pun kata toksah risau, normal baby juandice tak bertambah berat, Thaqif ni sebaliknya, lambat turun tu biasa bila mother darah O.
18.5.2014, hari ni repeat SB Thaqif di KK Lundang Paku since kite dah balik ke rumah sendiri. Alhamdulillah kali ni bacaan SB 168 je. Masa ni tersangatlah happy tak terkata.
Gitulah secebis pengalaman kite dengan anak yang alami juandice. Mungkin ada hat nak protes tang bagi anak air anggur hitam tu, baby is not allowed having other menu, only mom's milk. I know, i know, sebab ada pun orang mempersoalkan kite bila kite post kat fb kasi air zam-zam kat baby. Bagi kite, kite buat tu dengan niat nak ubatkan anak, bukan bagi bergelen-gelen pun, sesudu teh je sekali kasi. Air zam-zam pulak bak air penawar, berkhasiat dan bagus untuk kita, kite percaya, it will not harm the baby if sometimes we give it to baby.
**marah-marah kite kasi semua tu kat baby, eh bukan ke sunnah nabi bertahnik baby baru lahir dengan kurma. So sape buat tu salah le dalam etika pemakanan baby gitu?
Thaqif n ibu day 46.
assalamualaikum awak.. sheila pun kasi air anggur hitam. air zamzam kat baby. jaundice baby sheila tinggi gila, almost 300 tau. kena tahan nicu semalaman. menangis maknya! tapi sheila amalkan minum susu kambing anugerah. alhamdullilah susu banyak, keep bf anak every hour hasilnya dalam seminggu turun mendadak bacaan kuning ke 116. alhamdullilah. baby kita pun tembam skrg, effect dok bagi susu masa dia kuning ritu. hahaha lega kuning anak dah turun (",)
ReplyDeleteTinggi juga jaundice thaqif ye...azwa dulu pling tinggi rasanya 110...sikit2 je..samalah mandikan ngan air kucai juga..alhamdulillah berkurang...
ReplyDelete