Skip to main content

Berpuasa bersama anak

Assalamualaikum...

Tahun ni 1st time puasa dengan anak pulak.
Pejam celik, sedar-sedar dah bersahur untuk hari ke-6 puasa. Sekejapnya masa berlalu. Mencabar juga berpuasa sambil bf ni. Syukur alhamdulillah susu meriah. Disebabkan bf, memang dahaga jelah terasa ketika baby menyusu. Hari pertama, kedua puasa itu memang sangat mencabarlah, baru nak biasakan diri tak boleh minum. Then hari seterusnya till sekarang, kite make sure sebelum tidur malam habiskan sebotol air 750ml, nak sampai ke sahur sebotol lagi. Okey itu part ibunya. Part anaknya pulak.

Hari pertama berpuasa, kite bangun nak bersahur baby pun bangun sama. Layan jelah anak. Time berbuka bertiga je. Papa, ibu n Thaqif. Yeah. Menu bukan main dengan akok, yong tau fu, kuih cara, gulai ikan haruan MIL, som tam.
 Ibu n papa tak sabar nak buka dengan menu yang menyelerakan tu. Mula-mula ibu papa ready nak buka puasa, Thaqif steady dok atas rocker. Ibu n papa sibuk memuji la baiknya dia, bagus.
Orang azan, Thaqif pun sibuk jugak nak df peluk-peluk dengan ibu nak tidur. Hahaha...
Waktu ibu dan papa sibuk tawaf bazaar ramadan dia tidur je, masuk kereta sibuk menyusu, dan membutangkan mata seluasnya. Magrib nak tidurlah.
 Kesian papanya, makan keseorangan, tak lalu jer, biasa makan bertambah dek kite melayan anak, dia kurang selera sambil kesian kat kite tak dapat makan lagi. Tapi untung jugak, dapat le manja-manja dengan suami minta disuap makam. Hiks.

Hari kedua, berbuka di rumah MIL, 1jam sebelum berbuka dah ready kan Thaqif df. 1/2 jam nak berbuka elok je Thaqif dok atas rocker borak, gelak. Azan jer ekkekk... 
Mak tok kan sayang cucu lajulah mak tok timang cucunya ni, dan selalu utamakan kite makan dahulu takut kite lapar, tak cukup makan nak produce susu untuk anak. Mak memang baik, tapi kesian jugak puasa-puasa, sibuk masak semua, berbuka plak melayan cucu.

Hari ketiga lebih kurang je hari kedua. Sibuk dok menegur radio bercakap. Pastu bila tutup radio dia plak buat bunyilah. Hihi... macam-macam lah kamu ni anak.

Hari ke-4, the most nice day. Thaqif ok waktu berbuka tu dok atas rocker diam-diam. Spoil bila tiba-tiba elektrik terputus, sekejap je tak sampai 5minit ada balik. Thaqif panik kot tiba-tiba gelap seluruh rumah, bila elektrik ada balik tu muka masam semacam dan eekkkk... mak tok lagi yang menjaganya, lepas tu uda pulak ambil alih. Tq uda.

Hari ke-5, hari yang paling kurang tidur siang, lepas mandi petang, tidurkan atas rocker okey tapi mungkin panas dia tak lena. Dak kecik ni kalau nak sendawa/ nak muntah /terkentut masa tidurnya pun boleh tersedar balik. Mata mengantuk, tapi hanya mampu tidur-tidur ayam je. Hasilnya, 5minit nak buka puasa mintak df dan nak peluk-peluklah. Ingat nak tidurkan siap-siap, tapi biasalah mak tok dah risau kite lambat makan,takut lapar semua mak tok lagi  dok dukung sana sini. Kite siap makan tengok Thaqif dah tertidur atas tok ayah.

Mak kata normal la tu bila ada anak kecik. Ini tahun besar ni umur 2bulan begini, tahun depan lagi panjang akal dia punya. Kite okey je, this is up n down as a  mum. Bila dah jadi ibu, mental dan fizikal kena lagi kuat. Anak menjadi keutamaan. Segala apa nak buat pun fikir anak je dulu. 

Okey tu jelah pengalaman 5hari dibulan puasa bersama anak. Tapi dok perati dua tiga hari ni Thaqif asyik bangun bersahur jam 3.30 pagi, ajak ibu borak dengan dia dekat sejam jugaklah dok melayan anak sambil mentidur sesekali, dia eeekk baru bangun layan dia lagi. Hehehe. Mengantuklah. Jam 5pagi MIL kejut sahur, kalau boleh nak tarik selimut sampai ke muka. Double mengantuk.

Nanti kite up entri lain lagi jika ada cerita lain yang menarik bersama anak dibulan puasa ni.

Mommy sekalian cemana anak-anak kalian dibulan puasa ni, jom share jugak...

Let's go to bazaar ramadhan...1st day ramadhan rasmi baju, stokin dan topi baru yang papa bawa balik. The Red Warrior sangat. Kih3...





Comments

  1. seronok baca pengalaman cik jelita :)
    nasib baik ada yg tolong2 kan ..hihi

    btw, jemput join GA saya. http://sfaezah.blogspot.com/2014/07/giveaway-ole-ole-kota-singa.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. sheila belum boleh puasa lagi.. hehe skrg kat ofis, tengah ngepam stok ebm. hehehe. mencabar sungguh df sambil puasa kannnn.. bertabah ye mommy~~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d