Skip to main content

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman 2bulan.

Assalamualaikum....

Tiru Puan Imah buat entri pasal perkembangan anak. Bagus jugak. Nanti anak dah besar, rindu zaman dia kecik, boleh baca dan senyum sendiri ingat telatah dia. Hehehe.

Hari 1-2
-berat masa lahir 2.81kg.
-kena cucuk nangis senafas je. Hero sangat, sayang tidur sebenarnya.
-siang tidur, malam berkepit dengan ibu je, tidur atas dada ibu je sebab susu kurang. Ibu tidur sambil duduk jela mampu.
-mandi nangis.

Hari 3-10
- masih suka tidur sebab kuning. Malam siang tidur je, bangun untuk susu sahaja.
-susu ibu dah banyak, menyusu pun kuat jugak.
-10hari, berat 3.1kg.
-dah tak berbedung dah sebab cuaca panas, kalau bedung pun sekejap je tangan dah terkeluar dari bedung.
-dah belajar isap guna botol, minum air zam-zam dan susu yang di pam.
-panas tak tidurlah, nak kipas hookey. Pandai sangat.
-dah tak nangis masa mandi

Hari 11-20
-rajin dah bukak2 mata.
-masih suka tidur jugak...jarang sekali berjaga lama malam2, sekadar untuk susu je.
-kembung perut pun tak nangis, dok kelip2 mata tak tidur je. Kalau ibu tak bukak baju tukar pampers, tak tahu awak kembung anak.
-20 hari berat 3.6kg. Nomnom...
-6.30am dah bangun, ekk ekk.isyarat nak keluar bilik, dok kat luar, keluar bilik, letak kat tilam cool je kadang tertido balik pun takpe.

Hari 21-30
-dah pandai mengamuk bila lambat dapat susu. Dok atas ibu je, kalau boleh terus je susu memancut. Volume mengamuk paling high. Kadang puting dah dalam mulut pun still marah juga. Kena pandai adjust duduk mengikut citarasa anak.
-tidur tak suka bantal karipap dah, bantal biasa plizz, kalau tak tidur tak lena, kejap2 sedar.
-pandai dah senyum.

Hari 31-40
-hari 33, dah botak kepala.mengamuk time kena botak tu ampun.volume tinggi.
-hari 34, cucuk sebulan dan timbang, berat dah 4.2kg. Cucuk nangis senafas jugak sebab tengah tidur time cucuk.
-Selesa tidur meniarap kurang terkejut dan lebih lena serta kalau muntah pun selamat taklah tersedak, kuar kot hidung.
-pandai dah senyum, buka mata time siang2-kurang tidur.
-mandi memang tak nangis tapi lepas mandi on the spot nak df.pelok2 ngan ibu.
-Dah terbabas2 waktu bangun tidur. Paling lambat 8.30am la.

Hari 41-50
-tiap malam wajib ada sekali bangun menegur ibu, ajak borak, gelak, senyum.
-1st time bawak p kenduri sepupu, nice boy.crying only with ibu coz nak susu secara express.
-kurang dah mengamuk time nak susu. Mengamuk bila lapar + mengantuk to the max je.
-susu perah fresh 2auns 5 minit jer minum, susu dari peti 2auns 15min nak perabeskan. T__T.
-kalau dok kat tilam, sangatlah pandai menegur, pujuk suruh angkat dia. Dapat jalan2, diam seribu bahasa tapi mata meliar tengok sekeliling. lapar pun sanggup tahan.

Hari 51-60
-Lagi rajin bercakap menegur dan senyum, memujuk sangat ibu, papa,atok, opah,tok ayah, mak tok.
-suka main air liur buat buih dah.
-mula nak menghisap jari/sarung tangan.mula2 jari tu tonyoh pipi, lama2 makin dekat ke mulut...
-Time df kaki tak reti dok diam asyik menendang, melonjakkan badan je. Bak 0kata tok ayahnya macam budak dah 5-6bulan gayanya.
-dating dengan papa n ibu, hari first je meragam, next day dah terbiasa so tidur je.good boy.

Day 64, 9/7/2014 - check-up/cucuk 2bulan 5.7kg dah.nomnomnom.patut sedap gomol.

Ibu plak timbang turun 3kg, tinggal 48kg je.haks!suke ibu boleh pakai kebaya nyonya la raya ni...

Thaqif day62








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...