Skip to main content

Tersentak sikit

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... sepanjang hampir 6bulan menjadi ibu kedua keluarga belah kite dan mertua menyokong sahaja cara kite jaga anak.

Pertama, bila kite decide untuk fully breastfeed. Abah selaku babysitter #muhamadthaqifaiman pun layan jer panaskan susu, pastu kadang-kadang berkejar balik rumah kite untuk ambil susu lagi kala susu yang dibekalkan tak cukup. My sisters, dan in-law juga respect je walaupun my sisters normally terus fm sahaja bila habis pantang.

Kedua, mertua kite okey je bila kite tak nak ajar #muhamadthaqifaiman tidur dalam buai walaupun dirumah mereka siap sedia buai andai diperlukan. Kadang-kadang Thaqif agak susah nak lelap, atau tidur tak lama sangat, mak tok dan tok ayah happy je melayan cucu.

Ketiga, abah kemain cakap ala zaman dulu dalam pantang dah disuap pisang lecek bila borak ngan orang lain pasal baby vs makan. Tapi abah tak cakap apa bila kite cakap Thaqif hanya boleh makan bila 6 bulan. Malah abah yang lebih-lebih counting tarikh #muhamadthaqifaiman, walhal kite hampir goyah dengan kata-kata kakak yang Thaqif is ready for solid food. Muahaha...
Malah bila mula solid food ni, ada isu jugak dengan abah sikit tapi abah okey menerima input yang kite nak terap pada Thaqif. [Isu cemana, tunggu entri #muhamadthaqifaiman 1st solid food la]

Dan beberapa lagi benda-benda lain yang kite strict big no with thaqif, alhamdulillah family masih support kite.

Terima kasih keluargaku atas sokongan kalian. Kasih sayang, tunjuk ajar, teguran kalian amatlah kite hargai. Namun, ada perkara yang kite tak follow, bukan bermakna kite tak sayang, tak hormat cuma mungkin zaman dah berubah, dah berbeza serta ditambah dengan ilmu perihal berkaitan yang mudah didapati hingga hanya menggunakan hujung jari sahaja menyebabkan kite alert kebaikan dan keburukan dalam sekecil-kecil hal.

So dalam almost 6 bulan ni macam tak de pressure la dalam bab jaga anak ini. Tetiba hari ini, keluarga dari kampung datang.

Oh, tak tidur buai padanlah tak puas tidur, tidur kejap. Beli la buai elektrik tu baru sedap tidur.

Bagi makan apa? Bubur kosong letak garam ye? Tak masukkan carrot atau ikan bilis ke? Baru sedap sikit anak makan. Kesian.

Untuk komen yang memula itu kite hanya mampu senyum dan diam. Memang malas nak ajar tidur buai.

Komen kedua tu, rasa pipi panas macam kena tampar plak... hoho...
Garam dan baby? Tak sayang kidney anak ke?
Kite tak mampu nak cakap apa, kelu sebab orang yang komen tu tengah sebelum tu dia bangkang fm dan  menyokong penuh bila kite cakap kite fully bf lagi.

Bukanlah nak kondem, dulu kite belum kahwin, belum ada anak pun kadang excited je suap anak saudara macam-macam.la ni ada anak sendiri banyak membaca, mengkaji, kite jaga la what yes, or no untuk my boy ni walaupun im not 100% following the rules.
kesimpulannya, baru la paham dan merasa perasaan bila ada antara family yang komen itu ini tentang yes/no pada anak-anak seperti no fm, no food before 6m etc.
Rasa tersentak sikit la sebab tak bersedia dengan komen itu.
Sekian...

Thaqif still enjoy his solid food...
Thaqif still menderam marah bila ibu lambat suap...
Thaqif still berebut sudu nak suap sendiri...
walaupun menunya hanya bubur kosong.
Ibu sentiasa happy tengok Thaqif makan dengan berselera.



Comments

  1. Abaikan je. Kalo ank kita sakit sape yg susah. Bkn diaorang nk tanggung pun kan..

    Sue ignore jer kalo benda2 mcm gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! lepas ni memang ignore saja any komen yg datang

      Delete
  2. Setuju...anak kita kita yg jaga klau sakit....

    ReplyDelete
  3. mom knows the best.. tak pe lah.. lain padang, lain belalangnye kan.. sabar ye...

    ReplyDelete
  4. kita lebih tahu pasal ank kita sndri

    ReplyDelete
  5. slalunya org mmg akan tnya soklan mcm2...jenuh nk tepis

    ReplyDelete
  6. Erm.. Btul.. Lgpun x galak sngt bby bwah 6m mkn. Kng tercekik sapa susah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...