Skip to main content

Motherhood : Memperkenalkan Ikan Bilis pad Muhamad Thaqif Aiman

Assalamualaikum...

24/12/2014 pergi check-up anakda di KD. Nurse bagi green light untuk memperkenalkan Thaqif dengan lauk seperti ayam, ikan dan ikan bilis. So, seperti biasa ibu sentiasa berkobar-kobar je bab menyediakan makanan anak. Marilah kita pergi membeli belah, kata kite kepada abah. Itupun selepas banjir baru dapat ke pasaraya econjaya. Keadaan pasaraya selepas banjir ialah rak makanan hampir kosong. Bahagian barang kering, sejuk semua kosong. Bawang, kentang, sayur, ayam  memang nothing. Ikan bilis pun tinggal pack-pack terakhir sahaja lagi.

Okey, ini ikan bilis yang dibeli, cuba mencari bilis sudah dibuang tulang tiada, ini dipilih sebab jenis yang lain tu nampak sangat menyedihkan.  Krik.krik.krik.

Maka untuk proses membuang tulang pada bilis ini, rendam air dulu kasi lembut, dan tulang tengah mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan isi ikan bilis. faham tak ayat kite? .


Sambil menunggu ikan bilis lembut, kite pergi mandi dulu. Mihmihmih.
Dah siap mandi, proses membuang tulang ikan bilis sekelip mata sahaja. Kini bersedia untuk goreng ikan bilis.


 Sepatutnya tanpa minyak namun kerana menggunakan sticky pan maka kite telah merenjiskan beberapa titik PEVOO kegemaran anakda untuk mengelakkan ikan bilis melekat pada pan.

Goreng hingga kekuningan dan ranggup.

Biar sejuk sekejap dan blend kasi halus.


Dah boleh campur ke dalam bubur anak yang telah disediakan terlebih awal.


Ini gamboo time menyiapkan bekal anakda untuk dibawa ke rumah opahnya. Bubur+puree epal + ikan bilis+ PEVOO.

Reaksi Thaqif dengan ikan bilis pada kali pertama macam pelik-pelik, buat muka, tapi teruskan seminggu, day by day makin okey la.

Good Thaqif, nanti ibu kenalkan dengan ayam pulaks... La ni ibu tak de sumber bahan mentah la. Huhu...pastu nanti ibu masak pasta bolongonese pulak untuk awak. Ngehngeh.

**since dah 8bulan, bubur kite dah tak blend dah, just lenyek gitu je kala bubur panas-panas. Puree juga hanya lenyek sikit-sikit je, slowly kasi Thaqif kenali tekstur dan rasa real food pulak since Thaqif pun dah pass gigit dan kunyah baby bites kegemaran dia walaupun masih tak de gigi.

hmm...tak sangka awak dah besar Thaqif.





Comments

  1. danish suka btl klu ada ikan bilis.. klu ikan, kemain ssh nk hbksn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thaqif suka ikan.ikan bilis ni makannya slow sikit.

      Delete
  2. Sedap la thaqif mkn lps ni ye..mcm2 mama nk masak...unting thaqif.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...