Assalamualaikum...
Parenting itu mencabar.
Zaman semua dihujung jari menduga keimanan sangat.
Pagi-pagi dapat whatsapp dari Cik Na tanya,
Pada pandangan awak elok atau tak bagi anak tengok tv?
Soalan mencabar minda okey. Dia kakak saya. Dia yang saya tahu sayang anak-anak, mampu membelikan gadget untuk anak bermain games, subscribe tv astro semua channel. Tapi bukan kemampuannya dibangkitkan. Bukan membandingkan saya tak mampu, dia mampu. Cuma mencari ayat terbaik untuk memberi pandangan tanpa menyentuh perasaan seserang bergelar kakak.
Lastly, saya jawab.
In control ok takpelah.
Kemudian saya olah,
for me anak vs tv/gadget memang tak elok tapi bukanlah 100% tak boleh kerana disekeliling kita ada tv. Saya pun tak boleh hidup takde tv. bosan. Boleh bagi tengok tapi in control. Ada masa boleh, ada masa tak boleh. Tak best jugak anak-anak behave bila dengan tv, ada lebih banyak masa bersama tv berbanding aktiviti luar, bermain, aktitiviti keluarga. As long as the kids happy playing outside and happy be around the family then its okey to have tv sometimes.
Macam Thaqif... Dia akan berminat dengan tv bila azan, zikir, doa. (Alhamdulillah dia terbiasa begitu) Good for him. Good for me. Tak berebut tv.Hari ni la, esok-esok tak tahulah. Tapi sebolehnya, adik tak mahu ajar dia terlalu leka dengan tv especially kartun (ultraman/spiderman etc). I did prefer dia tonton real stories.
Thaqif vs gadget pun sama jugak macam tv. Kalau boleh tak nak ajar, tapi memang tak mampulah sebab gadget around him. Ibu pun ada gadget maaa... Tapi seperti awak tengok, dia memanglah tersangat minat kat gadget. Kadang-kadang melting je tengok dia suka dengan color/sound thru gadget itu. Rasa nak download semua apps abc, 123 bagi dia. tapi for now adik tak dedahkan dengan gadget sebab adik rasa adik tak boleh kontrol dia lagi. yelah sekarang perangai, kalau dilarang/sekat dia dari apa-apa, mengamuk. maka tak nak di biasakan kalau mengamuk je pujuk dengan gadget semua. kalau boleh biarlah dia behave sendiri. gituu... at least till he listen to me when i say no then i will let him have his channel tv/gadget for sometimes.
cik na reply,
jeles anak cikgu depan rumah dia tak bagi tengok tv semua dapat 100 markah periksa.
again. mencabar betul statement. cemana ku nak balas. chill2 sajo.
hahaha...tak boleh ukur anak orang dengan anak kita.
good utk kawan awak.itu cara dia pilih untuk didik anak dia.
tapi kepandaian etc tak semestinya hanya kerana tak tengok tv, ikut penerimaan anak itu jugak.
macam good-good sangat olahan dia. pfff...tapi takpe.doa.moga-moga saya mampulah mengawal anak dalam bergadget/tv. Bukan je pada Thaqif Aiman, tapi bakal adik-adiknya(insya-Allah)
My conclusion, anak menonton tv/ bermain gadget itu tak salah tetapi ada jadualnya. Bukan sepanjang masa. Ibu bapa juga memainkan peranan dalam memantau siaran yang anak-anak tonton.
#love to watching 19 kids and counting. Serius memberikan inspirasi dan ilmu tentang parenting. Macam mana mereka train anak-anak untuk berkongsi, bercakap dengan anak-anak bila anak-anak mengamuk/menangis. Lembut je. kagumlah mereka mampu menguruskan 19 orang anak.
Okey, attach sekali link-link yang dirasakan berguna. Mungkin perlu untuk say refresh diri sendiri mengenai gadget/tv untuk anak.
Moga bermanfaat!
ralitnyaa thaqif tengok tv :D
ReplyDeletealhamdulillah tengok orang zikir, tgk ustaz kazim jelah boleh tengok dia leka tengok tv camtu. klu cerita lain nanhadoo dia layan, jelajah rumah lagi best katanya.
DeleteAwak bagi saya idea macam mane nak letak TV saya. Ammar asyik main saya punya TV je sebab saya punya rak TV rendah
ReplyDeletePendapat sue anak dgn gadget ni, boleh bg tp bersyarat. Maksudnya x boleh lebih dr masa yg ditetapkan, atas pantauan parents apa yg anak tgk dan lps siapkan homework.
ReplyDeleteSue suka baca pn lina punya newsletter dan ibu rose.