Skip to main content

misi mencari buggy #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum...

May bakal travel ke KL untuk kenduri sahabat...
Sambil menyelam minum air of course nak bawa anakda beta itu bergumbira juga.

Since anak dah panjang akal tak mo sangat masuk carrier dengan papa. Nak dukung dengan ibu saja, makin kering ibu nak oiit...
Bincang-bincang. Marilah kita mencarik buggy la sebijik kasi dia dok situ dediam. 

Ibu pening.
Biasalah ibu punya taste tinggi. Perfect tapi nak harga murah.
Survey online. Survey offline.

Rujuk link bawah ni menjadi guideline, pun best-best stroller yang disenaraikan.

Tapi masih belum memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki.

Ciri-ciri dikehendaki :

1. Buggy/light weight/lipat payung aka save space.
2.Ada bumper bar
3. Boleh recline (perlu kot Thaqif penat dan tidur, kesianlah kalau tak boleh turunkan seat dia)
4. Bajet RM200 (bukan nak pakai hari-hari pun, murah-murah dah le)

Antara buggy yang menarik hati
-
No brand (I think its china) RM99 di qqbabyshop.com.
Almost memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki dan harga paling win.Cuma dia punya safety belt tu macam tak berapa safety je. Dalam carseat pun dia boleh manjat, ingat dia boleh tahan dok dalam stroller secara sopan amat. Pffttt...

brand sweet cherry. Harga dalam range. Best. Ringan. Dah test drive kat manjaku. Thaqif behave. Kekurangan : tak boleh recline.

Brand my dear. Sama jugak masalah dengan brand sweet cherry diatas, tak boleh recline.

Brand mamalove. Test dah kat manjaku jugak. Harga dalam range. Ntah tak berkenan aa dengan color ni. Muahahaha.

 brand mydear. terlebih bajet sikit. tapi boleh recline. pastu macam lawa je. colorful. mesti Thaqif suka. Hahaha... Ibu ka Thaqif suka?

 brand seebaby. seebaby memang terbukti pun ringan. best. memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. hensem kot dia punya buggy ni.

Pening aa... Ikot hati mo beli camgini je terus, mesti Thaqif have fun je dok dalam ni. Tapi takleh lipat, jadah nak angkut gabak-gabak ni pergi KL maka kirim salam jolah.

Kawan-kawan baik hati, manakah idaman hati?

Comments

  1. yang last tu nampak ok..tapi kalau tak boleh lipat..acane nak masuk bonet kete...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan? kalau boleh lipat mmg dah lama grab dah...

      Delete
  2. Yang first dgn second. Yg first tu nnt sy confirm dgn awk. sbb qq baby tu dpn ofis jer..lunch time nnt sy survey utk awk. yg second tu dulu sy pernah teringin nak beli jugak sblm sy ter'pilih' McLaren. yg second tu tegap. Cuma dia tak boleh recline. tp kalau ank dh besar ok kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay...tQ dear.so sweet...haah mmg yg second tu kukuh.thaqif dok dalam tu pusing2 dalam tu taklah cepat nak terbalik ke apa.

      Delete
  3. Yg mydear tu ok kot..cantik n boleh recline...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...pening lagi ni nak pilih.my dear tu lebih bajet, kalau boleh nak dalam range je.

      Delete
  4. Brand my dear color merah tu cantik. Walaupun over bajet sikit.
    Kalo nk lg senang babywearing je ^^
    Ssc boleh je pinjam dulu dkt group malaysian babywearer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...