Skip to main content

Diari Dapur : Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum...

Minggu rajin. Toksah komen apa. Baking, masak sajalah yer. Sila jangan muak membaca entri diari dapur ambo...

Chocolate Moist Cake.

Bahan : 

1. 1 cawan gula perang
2. 1/2 cawan susu pekat manis
3. 1 cawan serbuk koko
4. 1 cawan susu full cream
5. 1 cawan minyak (kite terlupa boh)
6. 1 1/4cawan tepung gandum
7. 1 sudu kecil baking powder
8. 1 sudu kecil soda birkabonat
9. 1 sudu kecil esen vanilla
10. 3 biji telur

Cara-caranya : 

1. Tepung gandum, serbuk penaik dan soda birkabonat-diaayak bersama. 
2. Dalam mangkuk lain, bahan no 1-5 disatukan dan gaul sebati menggunakan mixer. Nak pakai senduk je pun boleh, tapi i'olls suka guna mixer senang biar tak berpeluh ketiak. ^__^
2. Masukkan pula bahan no 9 dan 10. Mix sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak awal tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Biar sebati semua bahan.
4. Masukkan dalam loyang/mangkuk untuk dikukus. Kukus selama 90minit. 

Chocolate Moist Topping 

Bahan-bahan :

1. 1/2 cawan susu pekat manis
2. 1 cawan serbuk koko
3. 2 sudu besar butter

Cara-cara :
Masak semua bahan secara double boil. Kacau sebati. Dah sebati moist. Boleh tuang atas kek selepas kek masak dan disejukkan.


ini rupa chocolate moist bila tuan dia malas nak keluarkan kek dari mangkuk tu dahulu. masak tengah malam plak.1/4 kek selamat di ngapp sebelum tidur.esoknya bawak ke pejabat dan bagi opah Thaqif terus licin...


Comments

  1. sedapnye kek coklat sis... sedap buat sdiri sis air tgn as a wife n mom... salam kenal... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bila teringin nk makan, bahan dok ada kat dapur godek2 sendiri la..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d