Skip to main content

Hikmah Ramadan Tahun Ini ^__^

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Syukur. Masih bernafas.
Esok dah masuk hari terakhir puasa. syahdu pulak ramadan dah nak pergi.

Ramadan kali ini banyak cabaran onak duri tapi bersyukur dan redha dengan semuanya semoga hikmah menjelma.

Husband awalnya balik bercuti selama lebih kurang 7hari je. Kemudian diatas urusan kami sikit tertunda maka husband minta untuk sambung cuti. Alhamdulillah proses sambung cuti tu tak de masalah langsung.

Kes pokok tumbang la pulak. Pun alhamdulillah berlaku semasa husband masih dirumah, dapat tolong abah apa yang patut juga kemas-kemas kat belakang tu takat mampu la. Anyway, sampai hari ni tak pasang lagi atap baru -lepas raya nanti la, tukang rumah sibuk nak-nak raya ni.

Sekali lagi ujian menimpa bila urusan kami tak dapat diselesaikan dalam masa husband menyambung cuti tu. Frust! Husband dah macam merajuk pun ada nak pergi right away malam tu- on the date he should back to JB. Syukur taklah balik sana.

Tiba-tiba dapat berita mak accident pulak. Berapa kali kami sama-sama mengucap syukur husband tak pergi bekerja lagi, dapatlah husband sama-sama membantu ayah dan emak. Bergilir menjaga emak, membeli makanan berbuka untuk ayah etc. Kalau husband takde nak harapkan kite memang tak bergerak apa la. Sabtu aritu nak tinggal mak kat hospital tu rasa berat hati sangat-sangat.

Turun nak balik, kereta pulak tak boleh start. Bateri tak de, husband lupa tutup lampu pagi tu. Kalut-kalut cari jumper kereta la pulak.

Perasaan sangat stress. Duit tu macam air terjun la mengalirnya. Tapi sama-sama macam, relaks la. Allah bagi rezeki lepas ni. Insya-Allah.

Hari ni, walaupun mak masih dihospital, tapi melalui perbualan telefon dengan mak, mak dah sihat, mak gembira, tenang sebab cucu yang pernah dia jaga dari kecil hari-hari ada disisinya. SIL pun datang melawat hari-hari, dah okey dengan ayah. Syukur sangat.

Kite pun, dalam meniaga suam-suam kuku, tetiba dapat mesej customer nak order etc. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.
Insya-Allah.

Walaupun suami tak dapat balik beraya tahun ini, Allah hantarkan kakak-kakak kite dari perantauan balik beraya memeriahkan rumah kite yang sekian lama sepi.
Alhamdulillah.

Pastu, kalau sebelum ni kekok la nak telefon mak. Telefon pun nak bagitau, mak tok thaqif balik minggu ni, pastu dah letak. Sekarang, selang sehari luangkan jugak masa telefon mak tanya khabar pastu cakap panjang melarat-larat macam tak cakap sebulan dah. Hiks... Itu belum face to face tu, kalau tak lagi panjang borak dengan mak tu. Banyak je modal mak berborak, kite melayan jelah cerita mak.

Masya-Allah. Alhamdulillah. Manisnya hikmah yang Kau berikan kepada kami. Moga Allah terus membuka pintu hati setiap dari kita untuk mendapat rahmat-Nya sempena Syawal nanti.








Comments

  1. Alhamdulillah...semua itu rezeki,berkat dari kesabaran..inshaAllah didoakan semoga semuanya akn baik2 sahaja

    ReplyDelete
  2. Moga emak cepat sembuh yer. Selamat hari raya maaf zahir batin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...