Skip to main content

MIL warded...

Assalamualaikum...

Rabu, 8 Julai 2015.
dah tidurkan anak, dok lepak dengan husband layan MKR sambil mengisi duit raya masuk ang pow.
Husband keep dapat mesej. Biasa dia tak melayan sangat mesej bila kat rumah. Hari tu tengah main game syok-syok pun dia akan segera baca bila bunyi mesej masuk.
Ada miscall dari nombor mak.
selamba jelah kite cakap 'mak nak tanya pasal kereta kut'
Wakaka...
Husband laju-laju call back mak.(kena call kat luar rumah tepi jalan sana pasal dalam rumah kite takde line)
Masuk-masuk je muka panik je husband tu.
Husband : mak jatuh motor patah tangan, sekarang kat hospital
Me: pastu nak balik ke?nak balik sekarang?(blurr)
Husband : ntah.eh.nak balik la.tapi macam mana ye, nak kejut thaqif ke? Kesian.
Me: baliklah.xpelah nanti dia sambung tidur dalam kereta.

laju-laju kami berdua pergi mandi dan kemas beg semua.

Sampai hospital dah over 11pm. Mak pun dok dalam ER lagi masa tu, again nak pergi x-ray lagi sekali baru masuk wad. Alhamdulillah mak sedar je, ingat je semua cerita kejadian tu.

waktu kejadian lepas magrib, mak nak balik rumah untuk solat magrib dari tempat tahlil. Kucing sedang berkejar-kejaran langgar motor mak. Mak terkejut terus break tangan. jatuh terus tertindih tangan tu yang patah tu. Teruslah berkejar ke klinik seterusnya hospital.

Kedua-dua tulang pergelangan tangan kiri mak patah. Terpaksa operate untuk masuk besi esoknya.

Setel masuk wad, pergi mencari makanan dan minuman untuk mak ayah sikit since mak kena berpuasa hingga selesai operation. Nasib baik drive kereta abah, ada la sebidang tikar, 1 beg penuh sepersalinan pakaian untuk ayah guna sementara menunggu mak.
Ikutkan hati, kite yang nak tunggu tapi macam risau tak pernah tinggal Thaqif, dan dia pun masih menyusu badan tak dapatlah nak tunggu mak. T__T.
Hopeless daughter in law.

Khamis, husband la menunggu mak sampai ke petang. Mak masuk operation kol 11, kol5 baru abes. Tak mo bawak kami pasal kesian kat anak bosan. Kite dok kat rumah je jaga anak sambil merisau sendirian. Adeidei... Mampu dok kemas-kemas rumah mak camtu jelah.
Malam tu memujuk husband keluar membeli baju kat mak sehelai dua yang butang depan supaya mudah nak pakai lepas keluar wad pastu singgah kat hospital. Lega la dapat melawat mak. Mak kata dia okey je, doktor pun cakap boleh discaj kalau darah dari tempat luka tu dah berhenti.
Bila mak cerita betapa awkward untuk ke toilet dan tak biasa perihal untuk solat. Serius hati ni T__T.
Frust sebab macam kite tak bertanggungjawab sangat padahal kite terlebih dahulu ada pengalaman jaga mama, jaga abah kat wad dulu.

Jumaat, berkeras dengan husband nak follow juga pergi hospital. Bawak je anakda, husband jaga anak hingga waktu melawat. Bila abah datang, kirim jelah anakda ikot atok. Yelah hari jumaat, yang lelaki nak pergi solat jumaat, kite amek turn tunggu mak la waktu tu kot mak perlu apa-apa since mak payah nak bergerak. Tangan kiri disimen, tangan kanan drip air memang memerlukan bantuan sangat untuk makan minum dan 'toilet time'.

Ini pun sampai besok jela kite mampu berada disisi mak. Husband dah nak pergi malam esok. Walaupun kite nak sambung cuti pun tak mampu pun nak gilir tunggu mak kat wad dengan anak kecik untuk dijaga.

Doakan semoga mak cepat sembuh jelah. Semoga cepat-cepat dapat keluar wad. Bertemu mak lagi di Hari Raya la pulak.











Comments

  1. Allah...kesian kat MIL...msti dia susah ati pk nk ry nti cemana rendang ketupat sgala...
    moga MIL cpt smbuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa redha takde ketupat air tangan MIL la tahun ni.kalau tak kite suka manja ngn mak request ketupat palas sambal daging la.

      Delete
  2. semoga cepat sembuh...yela...ada anak ni semua kena fikir anak dulu kan...InsyaAllah MIL faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.alhamdulillah MIL faham, dia tahu cucu dia jenis xley dok diam.sepanjang waktu melawat tu pun abes tawaf wad tu dah.didukung sibuk nak turun.

      Delete
  3. Innalillah.....smg MIL cpt sembuh ye. Ada anak mmg susah sikit nk bergilir jg. Hospital kerajaan ada waktu2 melawat dan peraturan dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak sue.haah ada waktu2 melawat tapi MIL dok hospital daerah kawalan taklah ketat sangat.

      Delete
  4. Semoga MIL cepat sembuh dan boleh keluar wad...

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh...kesiannya tengok

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...