Skip to main content

#muhamadthaqifaiman 14 bulan

Assalamualaikum...

Entri dah tertinggal keretapi.

06-05-2014 - 06-07-2015. Dah 14 bulan dah arjuna ibu ni.

Menjangkau usia 14 bulan Thaqif terlebih-lebih aktif la. Mood tengah nak explore everything.
Orang baru dapat kaki, abes tawaf seluruh rumah pastu tangan tu semua benda nak sentuh-sentuh jugak. Bab jalan ibu boleh la terima, bab nak sentuh segala benda tu, adehh... amaran keras tak boleh dilepaskan berjalan-jalan kat supermarket la ye, kena masukkan dalam troli dan jalan jauh-jauh dari rak. Risau le jalan kat bahagian botol kaca apa tu kang di sambar dia. Migrain ibu nak bayar semua benda. Dok atas troli pun dia boleh manjat sesungguh hati, pernah je kite park troli tepi peti aiskrim nak amek barang, pusing je tengok Thaqif tengah merangkak atas peti aiskrim tu. Sakit jantung ibu ni nak oittt...

Thaqif berjalan, nanti kalau dia rasa tempat tu menjunam tak stabil terus dia turun meniarap untuk teruskan pergerakan. Ini memang tindakan bijak la untuk mengelak dari jatuh tergolek. Memula dia buat camtu, ingat dah kenapa anak kite ni ingat tilam ke nak meniarap camtu, 2-3 kali baru tahu tujuan dia. Tak tahu mana dia belajar, ibu pun tak dan nak fikir sejauh tu anak oitt... 

Suka berkawan. Pergi mana-mana, nampak geng sebaya dia sat g dia sibuk la pergi sentuh kawan tu. Kadang baik sangat siap suap-suap kawan makan. Ini terjadi la kala pergi hospital nak jenguk mak tok, time tunggu waktu melawat nak masuk. Muahahaha... Perangai abang-abang jaga adik sangat. Eh? hahahaha...

Dah pandai sebut macam-macam, meniru iklan, percakapan orang dewasa.
 Kalau halang dia main peti ais ke apa, pastu dia tak puas hati dia cakap ngan! (jangan) supaya peti tu tak ditutup. Ibu tutup jugak dan Thaqif  nangis, kemudian dia cakap 'Buu waat' (Ibu buat). Tak tahu mana dia belajar hookey. Tetiba saja. Sakitnya tuh disini!

Kalau Thaqif cakap bok! maksud dia jatuh ye kawan-kawan. Ini pengaruh atok, selalu dok acah-acah Thaqif, jatuh!jatuh! bok! Thaqif pun hadam part bok! jelah.

Bila papa Thaqif mengelek dia sampai geli tahap tak tahan. Bhahaha... Muka nak nangis tapi ketawa sambil sebut dah!dah!dah!

Dah hebat dah bukak tutup tab ibu, handphone ibu memang dah bestfriend la untuk dengar doa dhuha. Sekarang mode, kalau pasang doa dhuha tu walaupun dia dah tinggal phone kat mana-mana main benda lain, jangan dok amek dan tutup ye nanti Thaqif suruh pasang balik sambil bebel-bebel panjang. Ibu cuma paham Allah (merujuk pada doa dhuha itu atau lagu ABC - Allah Makes Apple)

Perkataan-perkataan lain - Shu (susu), skut (biskut), pok (keropok), buah, sut(kasut), bas, ketete(kereta), lebu(lembu), wung (burung), tikle (twinkle), maimai (tepuk amai-amai), kan(ikan), yawn (kucing), papa, atok, opah, dong (hidung). Banyak lagi perkataan-perkataan yang Thaqif sebut tapi itulah versi separuh-separuh lagi la.

Still makes me feel amazing... Proses tumbesaran seorang anak depan mata, dari sekecik tapak tangan sekarang dah makin hari makin tinggi, lasak berjalan, mulut bising.

Biasalah Thaqif kalau dok rumah mak tok manja sikit, tok ayah dan mak tok rajin dukung, melayan je dia nak main apa pun. Masuk bilik mintak bedak dengan tok ayah, abes dia tenyeh kat muka dan leher, main anak kunci pastu dia suruh dukung nak sangkut kat paku, turun kat bawah lagilah main macam-macam, kejar lori, tengok burung bagai. Tak pe tok ayah dan mak tok layan dia. Balik rumah dengan ibu dan atok tak dapat camtu la. Kat rumah tok ayah paling tak tahan, dok kat atas pangkin tepi jalan tu, nanti motor lalu je dia jerit Woo! dan angkat tangan. Hahaha... Mengikut siapa ni?

Belajar nak melompat tapi takleh terus berpura-pura seperti sedang berjoget. 
Pandai la jugak joget-joget, tengoklah lagu yang dia minat, tapi tengah joget jangan tegur  kang berhenti terus.

Pagi-pagi bangun dah terus turun katil sendiri je dah. Time papa ada, bangun pagi cari papa. Papa tak de cari atok la ajak tengok ikan kat tv, atau ayam kat belakang rumah.

Time papa ada, he wont let ibu dan papa tidur sebelah-sebelah tau. Letak dia kat tepi, sat g dia panjat ibu/papa kembali dok tengah-tengah. Kaki akan sentiasa ke muka papa. Super duper jealous.

Dah cam buku-buku dia. Mana buku transport, buku Badan SayaABC. Ibu sebut je bus, lorrytruck jap lagi terkedek-kedek dia pergi cari buku tu bawak kat ibu. Pastu nanti dia jumpa buku yang Badan Saya, sibuk la tunjuk hidung, kenyit mata atau jelir lidah. Hahaha. Comel sangat gaya dia.


Comments

  1. syoknya sbb dah boleh tlg ibu dia, dah faham arahan boleh minta tlg thaqif ambik remote tv, ambik kain mcm2 lagila boleh explore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...best la.tapi kadang kejap jelah terima arahan tu, nmpak benda lain lebih menarik terus tukar arah dah lee...

      Delete
  2. Dia sebaya Cik TIpah saya la ni... orang baru dapat lesen berjalan kan, mana nak duk diam hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. Thaqif sebaya Tipah je... tulah dapat lesen berjalan ni payah lohh xdok diam.

      Delete
  3. dah dapat kaki ye...seronoklah berjalan ke sana ke mari... pandai sangat dia tu..moga membesar dengan sihat ye thaqif

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah dapat kaki, mulut pun potpetpotpet...seronok melayan

      Delete
  4. sebaya anak saya Ainul, beza hari ja, Ainul 31 May 2014, hihi, tapi x boleh jalan lagi, kena pegang something baru boleh jalan, mulut memang potpet2 jugak la, hihi, best kan tengok anak membesar depan mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sgt tau melayan anak tgh nak explore. xpe la anak lambat jalan pun no stress janji anak sihat walafiat kan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. Chit-cha