Skip to main content

Thaqif ke Pantai Lagi

Assalamualaikum...

Cerita Jumaat lalu.
Abah nak pergi ke Bachok, melawat baby Farhan (cucu mak muda) yang nak di operate matanya sebab mengalami pendarahan dalam mata yang mana jika dibiarkan boleh menyebabkan buta. Kesian kecik-kecik dah nak kena operate bagai setelah 2x laser tapi pendarahan tu masih merebak.

 Sebenarnya baby Farhan di lahir pada usia kandungan 27 minggu 6 hari, 3bulan dok kat hospital untuk antibiotik etc dan disebabkan kelahiran pramatang tu la kot menyebabkan komplikasi yang dia alami sekarang. Lepas beranak tabah je mak dia berpantang tanpa baby. Wuuu...daku tak sanggup. Baby Farhan umur 2 bulan lebih baru mak dia dapat admit wad temankan baby dan bagi DF.

 Secara kasar, baby Farhan nampak sihat je, mata pun taklah nampak berdarah ke apa, aktif bergerak semua, berat pun naik je, tapi maklumlah semua tu dalaman kan tak nampak.

Eh. Dah melalut. Anyway, baby Farhan tak operate lagi sebab parents dia  mintak tangguh decide untuk cuba perubatan alternatif dahulu. Doakan baby Farhan sihat ye kawan-kawan. Tutup cerita itu.

Bukak cerita Thaqif mandi pantai pulak. 
Alang-alang dah sampai tepian pantai, atok pun laju jelah berhenti kat pantai Irama tu untuk melayan cucu dia sorang ni main air sesambil konon berubat ruam panas Thaqif tu dengan pasir pantai dan air laut.
Ibu dah kejung kejap masa atok cakap nak bawak ke pantai. Adoi... Tak prepare apa kot. 
Terjah jelah. Atok dengan baju melayu, opah dengan jubah, ibu ber-maxi je pakat dok teman Thaqif main air jelah.


Awal-awal turun, Thaqif macam jakun lagi dengan ombak tu, dok main kuis pasir dengan kaki je.



Baru berani pergi ke gigi air.

Pastu excited. Atok siap ambik payung, payungkan cucu takut sunburn. Tengah kol 11 pagi memang la matahari mencanak!


 Jumpa bekas air, terus main air, masuk pasir.


Tanam kaki Thaqif



Mula-mula turun berbaju dengan diapers, lepas tu diapers hilang, baju hilang, bogel-bogel je mandi, main pasir tu tapi gambar bogel tu simpan jelah ea.

 Best mandi pantai!

Sayang papa tak dapat cuti minggu depan, kalau tak boleh check-in chalet kat PCB semalaman since ibu exam di Kem Kijang, PCB. Baru syok lepaskan Thaqif main air lepas exam petang tu. Tak de rezeki lagi kot.
Tunggu papa balik la nak ajak papa camping kat pantai lagi, nanti beli baldi, penyodok semua baru syok main air.

Comments

  1. semoga baby farhan diberi sebaik2 kesembuhan insyaAllah.
    enjoynye thaqif mandi pantai, syok la atok layan main di pantai ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.tQ atas doanya.
      syok sgt2 main pasir dan air

      Delete
  2. semoga baby farhan diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik..sedih baca kecik2 dah kena operate...

    seronok thaqif main pasir ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...tulah bila dengar, tengok babies kat dalam incubator (masa melawat baby Farhan dulu) nak menitis air mata je, bersyukur Thaqif dilahirkan sihat, tak sanggup tengok babies warded.

      Delete
  3. ala... comelnya thaqif main air... seronok yer... apapun smg baby farhan cepat sembuh... Allah Ya Khaliq Ya Baari menjadikan semua.... Smg Dia Ya Baari meyusun mengatur baby farhan sebaiknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhik.ada video Thaqif siap golek2 dalam air tapi malas nak upload.insya-Allah semoga baby farhan cepat sembuh.

      Delete
  4. patutla macam familiar jer pantai ni... dah lama sgt sis x pergi pantai bachock ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.balik kelantan lagi jom jengok2 pantai jugak

      Delete
  5. seronoknyaa dia main air dekat pantai :D

    ReplyDelete
  6. okla tu dia mau jln atas pasir...aqil dl xmau jln pon..geli...skrg ni br mau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...thaqif dan pasir tak dapat dipisahkan.mmg sejak azali suka main pasir

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...