Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

2nd Pregnancy : The First Trimester

Assalamualaikum... Alhamdulillah.  1st trimester untuk 2nd pregnancy ini dilalui dengan jayanya. Takde tragedi mengeluarkan isi perut setiap pagi macam 1st pregnancy dahulu. (Adakah takkan berlaku atau belum bermula sahaja lagi pun tak pasti) Tapi tak boleh makan banyak. Makan kerap tapi dalam kuantiti sikit. Kalau makan terlebih kuantiti makan siaplah rasa perut tak selesa, macam minum air pastu pergi berlari pun ada rasanya. Prefer makanan ringan-ringan berbanding makanan berat. Bukan junk food ye, tapi seperti biskut, kurma, buah-buahan camtu jelah. Epal hijau itu wajib sebab masam-masam yang menenangkan tekak disamping membantu HB kite. Nak mengunyah sokmo. Ini kite rasa tersiksa sikit sebab yelah ada anak kecik nak dijaga lagi, bukan masa untuk lepak-lepak mengunyah 24 jam la. Dah terbiasa lapar->makan kenyang-kenyang->layan anak main/buat kerja rumah.  Malam-malam selalu lapar. Tapi sama je, tak mahu makanan berat. So my dinner almost everyday only...

TRIP GANU KITE...

Assalamualaikum... Hectic week. Balik dari KL 15 September. 19 September pergi Terengganu plak.  Menghadiri kenduri sebenarnya. Bertolak seawal 8 pagi. Alang-alang dah sampai, teruslah jalan-jalan sekali. Sebelum ke kenduri jalan-jalan area Besut, singgah pantai Air Tawar, singgah kat jeti nak ke Pulau Perhentian. Layan dak Thaqif tengok bot, kapal.  Ni tengah melepak kat homestay yang pak cik sewa. Ini kecik tengah acah nak main tekan-tekan button kat TV tu sebenarnya tapi berpura-pura menari je depan tu. Dah abes selesai makan kenduri. Jalan-jalan kat Masjid Kristal je. Tak masuk pun taman tamadun islam tu. Lepak tepi sungai makan aiskrim susu kambing, fries dan wedges sajoo sesambil melayan dak Thaqif tengok ikan tengah mandi (ayat Afifa pada waktu dahulu bila tengok ikan dok dalam air). Tak de apa sangat aktiviti kat sini tapi seronok main angin sepoi-sepoi. Sesuai sangat untuk relaks dan santai bersama keluarga. Soon. La...

Poli

Assalamualaikum... Since Thaqif berminat sangat dengan kereta etc. Maka kasi la dia tonton cerita Robocar Poli dan Thomas. Oh. Upin Ipin pun Thaqif suka.  Kartun lain tak dibenarkan sangat la sebab tak suka la bahasa yang digunakan, plot cerita etc, especially cerita kartun Jepun.  So, dah dibenarkan tonton robocar poli. Pastu minat sangat dengan poli. Balik rumah mesti sibuk nak suruh ibu buka tv cerita poli. Pukul 6 mana nak ada poli. Pukul 7 baru Poli mula. Walaupun teruja dengan minat baru anakda tapi kite taklah nak layan setiap hari permintaan dia tu.  Jarang-jarang boleh la. Weekend, memang wajib la layan poli pagi-pagi. Dek minat sangat poli. Hari tu pergi pasar tani ternampak baju POLI.  Since  baju pun dah ada yang ketat-ketat, maka beli la sepasang baju POLI tu. RM12.  Esoknya terus pakai pergi rumah opah. Bangga sangat dapat pakai baju POLI. Suka. Sekejap-sekejap tunjuk gambar POLI. Oren. Hensem jugak warnanya untuk si ...

#muhamadthaqifaiman and adik baby

Assalamualaikum... Dah nak jadi abang pun Thaqif tu. Macam baru je beranak semalam. Eh, nak beranak anak lain pulak dah kite. Seriau memikirkan labour room dan kena jahit. Aww...aww...aww... **Chill. 27 minggu lagi. So, as my husband ask me to keep talk to our son about our new baby. So, i start our conversation while we sit down together playing the excavator, while he breastfeed etc. Borak-borak dengan dia, nanti Thaqif jadi abang, dapat adik baby, nanti abang mesti sayang adik tau. Walaupun sebut je adik baby, dia jawab  Hah? Hah?   ataupun pergi tunjuk gambar papa dia dukung dia zaman kecik-kecik. Dia paham itu baby.  Papa-baby.  Bukan papa-Thaqif. T__T Kengkadang geram dan putus angin atau nak gelak je dengan reaksi Thaqif gitu tapi mesti cakap dengan dia dari sekarang supaya kami sama-sama sedia untuk terima ahli keluarga baru. Tak naklah nanti dapat adik, kite asyik nak marah dia sebab buat adik etc sebab sengaja nak curi perhatian i...

22 Oktober 2015 : F&N Meadow Gold

Assalamualaikum... 22 Oktober 2015.  Alhamdulillah rezeki...

Minggu Klinik...

Assalamualaikum... Mengandung. Bukak buku PINK. Hat paling malas ialah pergi klinik la.   Boring mengadap nurse sokmo. Last monday, jumpa doktor scan, ambil darah sekalian. 9am camtu dah setel dah. Tapi alang-alang terus pergi jumpa doktor gigi. Nak jumpa doktor gigi yang azab sikit menunggu. Kol 11 jugak baru setel sebab ramai orang sangat.  Separuh hari habiskan waktu di KK sahaja.  Takpelah sebab malas nak ulang 2-3 kali pergi KK. Lama menunggu. Balik rumah. Belek-belek buku PINK. Next TCA KD 21/10/2015.  In the same week. Why?why?why? Emosi sebentar. Kelmarin baru jumpa doktor. Hari ni nak kena jumpa nurse lagi. Semua gara-gara hari tu HB rendah. Bacaan 10.4 camtu je.  Kena TCA 2 minggu sekali. Pfff... Bosan. Kalau TCA setiap kali boleh scan tengok baby takpe juga. Ini just regular check-up. Lemah kaki nak mengadap misi. Tapi terpaksa rela. Hadapkan juga diri kat KD itu. Do all check-up. HB terus menuju p...

STRESS MENGANDUNG LAGI?

Assalamualaikum... My previous entry kind of melodramatic. More like dont want having another baby. Sedih PJJ dengan husband. Pastu semua orang kasi semangat. TQ semua. Hargai sangat semua orang punya support. XOXO. Big hug for everyone. Stress ke mengandung lagi?  Naaa... Mana ada. Hari tu terkejut sikit pastu banyak sangat fikir. Biasalah hormon mengandung campur dengan emosi wanita. Tentulah perasaan air mata joo.  We are happy to welcome our new little one. Well...now listing the baby things. Siap nak beli pampers buat stok siap-siap dah. Mujur husband tahan kite. Kihkihkih... Anyway. Kite memang nak mengandung lagi. Target kite kan at least anak tiga sebelum umur 30. Muda-muda ni la nak beranak. Lepas 30 tu baru boleh berehat-rehat. Pastu nanti anak besar ibu masih nampak muda remaja. Alhamdulillah. Mengandung kali ni alahan biasa-biasa je tapi berbeza dari anak sulong. Later story. Thaqif. Nak dapat adik ni, merap lebih. Manja la...

CPUV 16 OKTOBER 2015 : SOFY COMFORT | U-MOBILE - THE BOURNE2

Assalamualaikum 16 Oktober 2015. Sekali lagi dapat rezeki dari nuffnang. Alhamdulillah. Rezeki anak-anak. ^__^

CPUV 15 OKTOBER 2015 : MOH-EXCLUSIVE BREASTFEEDING | LUX OBSESSION

Assalamualaikum... Rezeki 15 Oktober 2015.  Meriah... Terima kasih nuffnang!

oNCE AGAIN... Adik BABy

Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur. Thaqif nak jadi abang dah. Tak sangka pun. Kali ni punya pregnancy lain sikit. Awal-awal baby dah kasi hint, i'm here. Balik dari trip KL/ Terengganu tu semacam je selera kurang. Pastu makan siap kuar balik segala isi perut. Pening je semendang, tak de mood kerja langsung. Masa tu cam curiga dah. Tapi saja menafikan. Takkan la. Not now. Thaqif under 2y. Oh.Please. Husband balik. Gurau-gurau jelah, ready nak jadi papa anak dua ke? Kalau mengandung macam mana? Banyak gilos pikir. Sehari sebelum raya. Gatal buat pregnancy test online. Fine. Raya tu pakat sepupu sepapat ingat i'olls mengandung sungguh. Raya tu. Semua benda rasa nak makan, pastu bila ambik, sekali haish perut tak boleh masuk banyak-banyak. Kang lebih muatan terus rasa nak keluar balik. Tension sungguh. 28 September. Balik kerja terus ajak husband singgah tesco. Nak pergi watson cari UPT. 29 September 2015. The last day husband kat rumah. Pagi-p...

CPUV 12 OKTOBER 2015 : U FOR LIFE LAUNCH

Assalamualaikum... Memalas update belog pun nuffnang tak lupa lagi kasi rezeki.

#muhamadthaqifaiman 17 bulan

Assalamualaikum... Pejam celik sekejap je dah masuk 17bulan pun putera ku sayang. 17bulan makin banyak akal, peel dari sehari ke sehari. Peel malas mandi. Jenuh pujuk ajak mandi tak mo. Nak bukak baju pun berperang. Tapi bila dah masuk bilik air payah nak keluar.  Itu 2-3minggu lalu. Minggu ni okey sikit. Siap dia sendiri plak ajak ibu mandikan dia.  Conclusion. Kena pandai-pandai psiko la. Dah pandai dah kalau nak mandi, ambil towel sendiri, baju kotor letak kat bakul baju kotor barulah masuk mandi. Good boy. Dah pass la jadi abang.  Mandi siap berpusing-pusing dalam baldi. Gerams je tengok keletah dia main air tu. Rindu nak mandi kolam la kot. 2bulan tak langsung jumpa kolam. Rela hati dah minum susu botol walaupun dihari minggu. Thank you sayang atas kerjasama. Kihkihkih. Ibu just need a break. Next. Dah pandai gabung perkataan. Contoh mula-mula dia sebut bas ulang-ulang, at the end dia cakap bas besar. Sodok aka excavator pun camtu. Kala...

Bila test pregnancy online...

Assalamualaikum... Zaman serba canggih. Semua benda boleh dibuat secara online. Cek pregnancy pun boleh secara online jugak. Bahhaha... Sesaja le mencuba... Ambik sekali keluar positive, pastu siap gambar ultrasound anak kembar tiga lagi. Gulp.gulp.gulp. Hat seorang ni pun jenuh nak ligan. Tambah lagi tiga huru hara laaa... Erm... korang pernah buat test ni jugak tak?

Buku Resepi Roti Dari Gardenia

Assalamualaikum...  Hari tu ada share tentang gardenia spread hazelnut baru dari Gardenia kan? Kite ada bagitau request untuk buku resepi dari website gardenia juga. Isnin hari tu dah sampai dah buku nya. 2 buah. Actually seorang boleh request sebuah je. Kite kan tamak. Isi nama sendiri satu, dan isi nama husband satu. Teruslah dapat kedua-dua buah bukunya. Ihiks. Menarik-menarik juga resepi dalam buku ni. Banyak menggunakan roti wholewheat yang mana lagi berkhasiat untuk kita dan anak-anak. Kira memberi idea kepada ibu-ibu macam kite untuk menyediakan makanan untuk anak-anak. Hmm... tak sabar nak menyediakan menu-menu dalam buku resepi ini kepada  Thaqif.  Hope he will love it. Dari menu bekal hingga desert ada dalam buku-buku ini. Selain itu terdapat juga fakta-fakta tentang roti. Sambil memasak, membaca resepi, boleh juga dapat pengetahuan. Resepi-resepi dalam ni pun agak simple. Nanti, Thaqif besar sikit lagi boleh la ajak dia...

CPUV 6 OKTOBER 2015 : Sime Darby LPGA15

Assalamualaikum... CPUV bulan Oktober 2015. Walaupun seketul dia kasi.  Bersyukurlah. Alhamdulillah. September dah banyak rezeki yang masyukkk... So no complain. **UPDATE 07 OKTOBER 2015 Bukak hari ni, rupanya ada lagi cpuv yang bertarikh semalam masuk rupanya. Alhamdulillah. Maklumat lanjut :  RHB Now Counting Avatar                    : Magnum White Almond

PERSONAL SHOPPER?

Assalamualaikum... Since amek kereta ni, memang taklah nak shopping selalu-selalu dah. Masalahnya kite plak memang kaki shopping. Gigil jugak kalau tak shopping sehari. Nak jadi cerita... Lately makin kerap plak kawan-kawan ofis mahupun kakak minta tolong belikan barang online kan. Macam seronok jugak kite membantu, memenuhi pesanan mereka. Melayan nak itu ini. Pastu order. Nanti sampai barang kat tangan mereka dan mereka suka plak. Happy berganda. Beli secara online biasalah di website kegemaran lazada dan 11street. Tapi now memang addict dengan 11street la. Memang murah lain macam dan kupon setiap hari. I loike! Tak cukup dengan online. Offline pun boleh. Cod atas meja kerja masing-masing terus. Trip ke KL aritu pun sempat le belikan gula-gula sticky pesanan kawan ofis. Sampai sesat-sesat mencari KLCC dan kedai sticky tu. Alhamdulillah jumpa juga kedai sticky tu. Dan trip yang kurang aman, deru-deru whatsapp masuk tanya pasal songket sarawak. Tapi dah berjalan n...

Jatuh Cinta dengan Precious by RCW

Assalamualaikum... Sebenarnya dah lama dengar pasal perfume che ta bila kawan-kawan kat group bercerita tentang perfume laku keras ni sampai nak beli kena booking kat agen berminggu ke bulan baru dapat. Tapi since kite bukanlah peminat tegar perfume mahupun che ta maka buat tak pedulik jelah. 22 September 2015. Akak kat ofis ajak teman dia cuci mata cari tudung kat bazaar tok guru, tapi kite hasut dia pergi Grand Festival 2.0 kat Hotel Perdana sebab kite suka festival camgitu, ada macam-macam, makanan pun ado. Maka berjalan kaki la kami ke sana. Pusing 2x dalam dewan tu pun tak puas. Masa nak keluar tu dan-dan perasan perfume che ta.  Promoter tu pun laju la promote kat kami. Spray tester kat tangan kite. Try bau.   Hmm biasa ja bau ni. Femes dah kenapa... sebab che ta kot. Itulah dont judge the book by it cover. Sekali keluar dewan dok pusing area makanan plak. Perfume makin semerbak bau sedap plak. Makin lama makin wangi. Memikat sungguh baun...

3 TAHUN.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. 1 Oktober 2015. Hari ni genaplah 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam. Wehuuu... Bye-bye KWSP. Hello Pencen. New step in my career. Wishing for the best for another 34years. Wuuu... Jauh benor lagi perjalanan. Just wishing for the best. Well... Entri hari ni suam-suam ajo... Belek-belek blog kekawan blogwalking pun sesuam jooo... Simptom malas dah mai.  Dok depan PC kat meja kerja ni pun pening je rasa... Adoiyaiiii... Draft banyak. Tapi cerita takde ending. Bila ntah nak kembali mood. Till then... Bye!