Skip to main content

Dobi Papa...

Assalamualaikum...

Rindunya nak blog tapi malas amat nak taip. Asal bukak nak taip selalu kaku.blurr. Arghh... 
Last tutup balik tak jadi tulis entri baru.
Padahal kalau boleh nak update semua momen pergi klinik etc journey having 2nd baby ni tapi sungguh simptom mengandung kot malas nak blog menyebabkan segalanya terbangkalai. Huhuhu... 
Tapi wajib blogwalking.cuma rajin dengan tidak je tinggal komen...

Alhamdulillah sekarang dah 35minggu. Menghitung hari-hari terakhir sebelum berjumpa cinta hati yang baru.

Okey. Bukan itu nak cerita. Nak cerita pasal dobi baju baby. 

Kalau anak sulung dulu kemain ibu rajin. By 28weeks gitu dah siap-siap dobi, peralatan dobi bagai dah complete la pastu memang rajin dok rendam sampai 3 baldi baju baby semua. Sehelai-sehelai ibu belai baju tu. Kohkohkoh...
Untuk anak kedua ni, tengok baldi pun tak lalu. Lebih cepat penat kali ni, lagi-lagi nak melayan abam Thaqif lagi. Ibu mandi 5-10 minit pun dia kat luar bilik air 10x dok 'assalamualaikum ibu, bu... Thaqif ni'. 
T__T
Ye. Itu anak kite yang memang tak boleh hilang bayang ibu dia walau seminit.

Maka, untuk baby kali ni tugas dobi mendobi baju baby di ambil alih oleh papa di minggu ke-30 awak dalam perut ibu.
Dobi gaya papa-guna mesin basuh je u'alls. Biasalah bapak-bapak en moto dia : mudahkan jangan susahkan.




Papa Thaqif memang rajin dobi. Rajin sangat. Kalau balik tu, kalau boleh hari-hari nak je mesin basuh tu bekerja. Ada je benda dia nak basuh.
Dan hari dia dobi baju baby tu 4x pasang mesin hookey. Segala benda pun nak basuh jugak.
Itu pun ada lagi yang nak didobinya. Sampai kite terpaksa larang sebab naik kesian kat mesin basuh tu.

Gitu ceritanya dobi papa.
Maka baby, doakan cepat-cepat kita semua dok sekali dengan papa. Ringan sikit beban ibu untuk mendobi. Papa rajin terlebih.

Comments

  1. hihi...same la bukak blog malas n blur nk tulis ape..padahalstory byk..tak tau nk start mane...skang mandi pun daki tak sempat cuci..start dari kite masuk bilik air anak duk nangis depan pintu..ngan ayahnye langsung xnak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat memahami perasaan itu.anak cengeng lebih...lately mmg kne sabar lebih melayan kerenah dia.mungkin dah rasa2 perhatian utk dia akn bkurang

      Delete
  2. Rahinnyer abah die..hehe..okeylah tu...skali skala blik membantu isterikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...harap2 bkekalan rajin membantu isteri tu.kikiki

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...