Assalamualaikum...
Ntah berapa lama ntah nak makan dim sum.
Kebetulan masa tu kat FB dok viral Janimaru Dim Sum Halal di Kelantan.
Kemain excited paksa husband bawak pergi Restoran Tomato kat Pasir Tumboh tu walaupun tak tau lokasi tepat. Nasib baik jumpa.
Pastu hampa sebab gerai Janimaru Dim Sum tutup.
Dok viral-viral ingatkan restoran tu yang supply dim sum. Rupanya, restoran tu buat masakan panas, dan air je. Lain-lain makanan adalah gerai-gerai kecil yang menyewa di restoran itu.
Maka, pulang dengan hampa. Actually few times pun jumpa dim sum masa makan kat Grand Riverview, masa Kak Iza belanja makan etc tapi tak memenuhi selera tekak sebab rasanya tak segar langsung.
Tiba-tiba banyak pulak wujud gerai-gerai Dim Sum ni di sekitar Kelantan.
Asal suami balik pulak dah semakin malas nak keluar cari makan. Encik Suami lagi suka makan masakan isteri kat rumah je.
Hari tu masa Thaqif demam selepas potong rambut. Kite ambil EL sehari, melayan anak yang tak sihat sesekali. Alang-alang nak masak lunch, ajak Encik Suami la pergi ke RTC beli barang masak.
Lagipun ada kawan bagitau situ pun ada gerai dim sum jugak.
Mujur Encik Suami rajin melayan tekak ibu mengandung ni. Pergi jugak RTC tu demi membeli beberapa ketul dim sum.
Hanimaru Dim Sum. 3ketul RM3.50.
Masih tak puas sebenarnya makan tu. Nak panas-panas hidang depan mata.
Nantilah ada masa nak cari lagi dim sum janimaru yang boleh dinikmati kat kedainya, atau pergi KB Burger Bakar. Pun ada menu dim sum gini. Hikhikhik...
Masih tak puas sebenarnya makan tu. Nak panas-panas hidang depan mata.
Nantilah ada masa nak cari lagi dim sum janimaru yang boleh dinikmati kat kedainya, atau pergi KB Burger Bakar. Pun ada menu dim sum gini. Hikhikhik...
Sedap !
ReplyDeleteSedap !
ReplyDeleteXpernah try mkn ni..nmpk.menarik je..
ReplyDelete