Skip to main content

Mengidam Tart Nenas la pulak!

Assalamualaikum..

3rd trimester stage.

Tetiba mood nak tart nenas sangat. Adoi kawan-kawan dalam group telegram pulak dok buat tart nenas amek order la etc. Pastu warning pulak awal-awal diorang tak nak pos sebab takut hancur masa pos.
Sob.sob.sob. 

Disebabkan nak sangat, kite pun mintak kakak kat ofis tu buatkan tart nenas untuk kite sebekas.
Sedap dah tapi tak memenuhi citarasa tekak kite. Kurang gebus. Apa-pun TQ kak Aza yang bertungkus-lumus membuat jem nenas sendiri demi menghasilkan sebekas tart nenas untuk kite.

Pastu lagi sorang akak kat ofis tu tahu kite tak puas hati lagi dengan apa yang dapat dia buatkan tart jugak, bagi kite rasa bagai. Hehehe...TQ kak Zaizan. 
Siap beli tart dengan orang lain pun dia cepat-cepat panggil kite rasa jugak.

Masa tu berkenan jugak la dengan resepi tart nenas kawan kak Zaizan tu. Order la jugak sebalang. Konon nak makan puas-puas.

Tapi resepi macam tak sama dah dengan mula-mula kite makan tu.
Maka, masih tak memenuhi citarasa tekak.

Next, kak Zaizan jadi mangsa jugak kite order tart nenas sebalang khas untuk kite.

Gebu. Sedap. Tapi masih tak memenuhi tekak kite. 

Sebab tekak is nak makan tart nenas tersedap yang kawan kakak ipar kite buat. Memang sedap bangat.

Tapi usaha order tart nenas masih diteruskan selagi belum beranak.
 Anyone want to share with me supplier tart nenas?
COD Kota Bharu pleaseeee...

Comments

  1. alahhai kesiannya...nati sy cuba2 tnya...dah nak dekat raya ni mesti dah ad yg ready2 tuk order...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ.haah.dah nak raya.byk dah kot tester2 kuih raya yg keluar

      Delete
  2. Assalamualaikum awak.. sedapnya tart nenas. Kita dah habis pantang pun. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...wah...dah abes pantang seronoknya la kan.cepat2 update pengalaman anak dua plak tau.

      Delete
  3. Feveret jugak tart nenas ni. Hehe

    ReplyDelete
  4. same la!

    kite gile tart nenas. susah nak cr yg betol2 kene tekak. tp yg x bape kene pon kite bedal jugak. hahaha

    penah try tart nenas brand anis? yg buat choc moist tu. not bad

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...