Skip to main content

91hari cuti bersalin

Assalamualaikum...

Lepas 91hari cuti, semalam baru masuk kerja. Patut Ahad dah masuk kerja tapi sambung EL lagi sehari sebab abah yang pergi konvo sepupu, janji 2 hari je sekali sampai 4hari dok kat Kuantan tu. 
Memula macam, okey je pergi kerja sebab Aisyah hantar taska, husband ada kat rumah boleh je jaga Thaqif. Tapi husband yang masih cuti pun sakit jadi tak boleh nak jaga anak. Maka, marilah kita utamakan keluarga dan EL saja. Walaupun EL, Aisyah hantar taska jugak. Biar biasa dengan rutin baru. Huhu...

Masuk-masuk ofis sudah setimbun permohonan nak diselesaikan, belum masuk hat pending, yang nak di filing, yang siap- nak masukkan bilangan, buat surat pada lawyer bagai.

selfie 1st day masuk kerja setelah cuti panjang. Pening memikir, buat kerja pun macam kura-kura, menulis pun tulisan macam apa ntah-buruk amat. Itu baru 3bulan cuti, agaknya lama lagi tak tahu nak kata apa la.




Comments

  1. Memang blurr je bila cuti panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe...cepat2 la berlalu pnyakit blurr ni

      Delete
  2. enjin blom panas lagi maklum la lama bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la kn...enjin lama x dipanaskan...lambat sikit nak panas

      Delete
  3. yangg, kite friend eh kat facebook?? hahahahahahaha

    sbb cm nmpk awak post gamba ni. ke salah org eh? hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sya.orang sama la...kita friend kat fb jugak...hiks...

      Delete
  4. Wauuu gojes yer dah 1st day masuk kerja ye...takpe kita dahulukan keluarga...el utk memudahkan suami dan anak kan...sian diorang...

    ReplyDelete
  5. Mesti rindu kat anak bila baru2 masuk kerja ni kan..hehe

    ReplyDelete
  6. Rindunya zaman kje.. Dh 2thn bnti sbb ikut suami.. Teringat kje lma dlu..

    ReplyDelete
  7. dah lama bercuti memang macam tu la jadinya kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d