Skip to main content

Cerita berpantang anak kedua

Assalamualaikum...

Meh nak cerita pengalaman ibu anak dua berpantang.
Konon sangatlah berazam kali ni nak pantang dengan ketat sikit kali ni.
Tapi harapan tinggal harapan la.
Bila anak dah dua u'alls, bukan lagi masa anak tidur, ibu pun tidur tanpa rasa bersalah ye, kadang-kadang kena jugak curi masa tidur tu untuk melayan abang Thaqif etc.
Pastu berpantang kali ni lebih kepada berpantang sendiri je.
Anak dah dua, tak payah la nak manja lebih-lebih sangat, pandai-pandai berdikari, dan belajar untuk hidup tanpa bantuan parents dah.

Kebetulan suami pun tak sihat jugak masa kita tengah pantang ni lagilah rasa macam tak de berpantang benor. Kite sendiri jelah uruskan anak-anak, dan urusan rumah tangga sikit-sikit. Bila kita up status kat FB tengah cuci pinggan menjadi tomahan tetiba walhal basuh pinggan sebijik dan cawan 2bijik. Rasanya bangun basuh sebijik dua pinggan dan cawan, dan buat susu anak itu bukan terlalu berat dan boleh menyebabkan meroyan dalam pantang. 

Buat kerja gitu-gitu je u'alls. Kalau malas/penat lantok situ pinggan/cawan tu, esok nak guna pandai-pandai basuh. Kekeke...
Bab makan, minum semua alhamdulillah kita memang  jaga la pantang larang dia. Cuma kalau jumpa sayur tu, sawan makan tu bertambah-tambah la jugak. Kikiki... Nasib baik mertua sporting je, paham macam mana orang menyusu punya nafsu makan.

Alhamdulillah sepanjang berpantang diberikan kesihatan yang okey, anak pun tak meragam dengan suami pun tak sihat, kite lakukan jelah tugas yang ringan-ringan tu. Memasak memang langsung tak biasa mak muda kite yang masak dan hantar atau suami beli dari kedai je.
Membasuh kain tu, alahai takat masuk mesin apalah sangat. Sidai kain suami buat walau guna tapak tangan je.
Syukur la suami ada kat rumah lama jugak la untuk membantu kerja-kerja rumah semua.

Akui jugak, pernah la demam urat masa dalam pantang tu. Day 20 gitu tak silap. Elok je dok relaks, layan cerita kat tv, tetiba Miss B rasa berat keras semacam batu gitu.
Memula fikir oh, penuh kot, nak pam la. Sekali ambil pam dan pam susu rasa sakit yang menyucuk dan berat sangat miss B. Macam nak tercabut pun ada. memang tak tergambar sakit dia. Masa tu rasa, kalau boleh cabut je miss B ni letak tepi mesti lega sikit. Kohkohkoh...
Siap tuam air panas semua. Pun tak menjadi jugak.
Memang siap menggigil bagai la. Thaqif pun malam tu tidur tak lena. Aisyah pun sama, asyik nak ibu kepit je tapi ibu ni dok mengigil-gigil tak boleh nak dukung anak pun rasanya.
Husband la dok susah hati kejap pergi tepuk Thaqif, kejap tanya keadaan kita- tolong picit badan semua, sekali Aisyah pulak nangis kena dukung. Biasa Aisyah layan je susu ibu dalam botol, malam tu jenuh la suruh husband tolong susukan Aisyah tapi Aisyah tak mahu.
Masa tu husband dok la pikir nak mintak tolong abah-mak muda tapi line telefon takde, nak pergi panggil abah sendiri tak sanggup tinggal isteri yang dok gigil-gigil bersama anak-anak.
Terima kasih la suami sayang yang membantu isteri walaupun diri sendiri sakit jugak.
2 malam jugak merasa demam urat tu. Huhuhu...

Puncanya? Kite pun tak pasti la. Benda nak jadi ken. Masa Thaqif dulu dok berpantang kat rumah mertua riba tangan tak buat kerja pun kite kena jugak demam urat ni. Maka tak payah cakap apalah. Syukur je tak melarat sampai meroyan ke apa.

Cuti sekolah bermula terus balik rumah mertua. Kira sambung pantang kat situ sampai 30hari+.
Abes je cuti sekolah, abah pun balik dari umrah. Laju-laju mintak kakak jemput dari rumah mertua, rindu abah sangat. Kira tak boleh jemput abah di airport, dapat tunggu abah kat rumah pun jadilah.
Masa tu hantar Thaqif je wakil pergi jemput atok opah di airport.

Habis pantang di rumah sendiri, dalam bulan puasa. Pergi pelepas, dan sunat Aisyah terus dengan bidan kampung je.
Alhamdulillah. lega semua selesai tanpa masalah.
Aisyah dalam hari pun behave sokmo.



Comments

  1. Assalamualaikum...sama la juga kita pantang sendiri. Mujur takde apa

    ReplyDelete
  2. Wah. Hebat dpt berpantang sndri. Mst mencabar sbb anak dh 2. Tahniah aimi. Lama xjenguk sini.

    ReplyDelete
  3. yelah berpantang ni atas badan kita kan, cuma jangan buat yang berat2 sudahlahkan, kita pun tahu kemampuan kita setakat manakan..alhamdulillah dah lepas pun proses tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d