Skip to main content

Tanda-tanda Bayi Sudah Bersedia Untuk Makan

Assalamualaikum...

Ingat tak betapa stress pasal Aisyah nak masuk 6 bulan?
Nervous yang tak tentu hala itu.
Silly me.

Lepas tu memang kite munasabah diri sendiri dan mula semula belajar pasal solid food.
Bermula terus dari awal umur baby, baby progress semua.


Terus checklist macam mana tahu anak dah bersedia untuk makan. Jom semak sama-sama.


Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia: 
  • Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
    Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
**Aisyah memang dah pandai angkat kepala semua since umur 2-3 bulan lagi. Pass.

  • Duduk dengan baik apabila dipegang
    Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. 
**Aisyah dah boleh duduk dengan support, malah dah pandai gelongsor sendiri dari carseat pun. Pass.

  • Melakukan pergerakan mengunyah
    Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. 
** Aisyah memang takde masalah lelehan air liur, memang pandai dah menghisap air botol abang dia. Hahaha...

  • Berat badan telah naik secara sihat
    Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. 
** 5m check-up Aisyah dah 6.8kg. Lahir, 3.15kg. Dah terlebih sihat ni... Wajib dah bagi makan.

  • Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
    Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
** Adegan tarik menarik makanan memang dah kerap berlaku, dan tak boleh tengok ibu minum air dari cawan mesti mengamuk nak jugak. 

Kesimpulannya, Aisyah dah terlalu bersedia untuk makan. Marilah kita makan ye nak. Tunggu ibu siapkan semua peralatan untuk menyediakan makanan awak ye. 






Comments

  1. Amat berminat dengan makanan yang anda makan tu memang betul sangat. Dari umur 5 bulan lagi anak fiza ni berminat sangat2 dengan semua jenis makanan.hehe Tapi, tunggu juga sampai la dia masuk 6 bulan lebih baru bagi makan solid food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiks... will start Aisyah punya solid food next week.tak sabar dah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....