Skip to main content

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum...

Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska.

Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen.
Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah.
Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu.

Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk.

Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak.

Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc.

Selepas anak-anak tidur baru ibu bangun sambung blend bubur, dan kemas dapur, makan, dan melipat kain etc.

Dah siap blend bubur masuk chiller. Esoknya bangun panaskan bubur bersama seketul puree pilihan hari tersebut.

Bekalkan pun tak de masuk termos etc. 

Memang guna bekas bento biasa sahaja untuk dua kali makan (4-5 sudu besar), pada waktu pagi, dan tengah hari.

 Kite prefer catat terus menu apa untuk anak, dah berapa hari makan. Bangun pagi mamai-mamai blurr pun tengok tu terus boleh zapp amek puree yang betul. 

Ini bekal kalau Thaqif pun nak bawa bekal. Bubur kosong je untuk dia sebab kalau boh bubur campur puree memang tak habis pun.

 Cerita kat husband anak suka bubur kosong, nanti dia jawab, kenapa tak boh ikan bilis ke apa. Sian anak takde zat.
Masalahnya anak tak suka campur pastu bukan dia hidup dengan bubur je, makan je benda lain dan minum susu jugak. Dengki je lebih tengok adik berbekal, terus nak jugak bekal.

Ni versi jimat masak bubur. Masak nasi, boh sekali periuk masak bubur dalam periuk nasi tu. 


Nanti kite share petua masak bubur pantas.

Comments

  1. uiks. baru taw boleh pulak buat 2 lapis gitu. masak serentak pon boleh eh. pastu nasik kat bawah masak sekata x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak elok je jugak.dulu pun tak tau.ni pun ada kawan yg share terus cuba.kekeke

      Delete
  2. Khas untuk ibu-ibu yang :
    ✔ Nak anak makan makanan SIHAT
    ✔ Nak sediakan makanan anak dgn CEPAT
    ✔ Nak sediakan makanan anak yg MUDAH
    ✔ Nak makanan yg senang dibawa TRAVEL

    JOM dapatkan HOMEMADE BABY FOOD by izliyah kitchen 🤗🤗🤗

    Cukup nutrient..
    Tiada garam ⛔
    Tiada gula ⛔
    Tiada pewarna ⛔
    Tiada bahan pengawet ⛔

    Nutrient include :
    Karbohidrat
    Protein
    Vitamin
    Fat utk naikkan berat anak

    PILIHAN CEREAL
    🌾🌾🌾🌾

    -RICE CEREAL -->RM12/200g
    -BROWN RICE CEREAL-->RM12/150g
    -BARLEY CEREAL-->RM12/150g
    -OAT CEREAL--> RM12/150g

    --------------------------------------------------------------------------------
    PERASA MAKANAN pengganti MSG dan garam
    🐔🐔🐔 🐠🐠🐠

    -SERBUK AYAM-->RM20/100GRAM
    -SERBUK BILIS GRED A--> RM18/100GRAM

    -----------------------------------------------------------------------------------
    BABY COOKIES

    For 7 months+
    🍪 Dates Oat Cookies (20pcs) - RM20
    🍪 Butter raisin Cookies (24pcs) - RM21
    🍪 Mixed Fruit Cookies (24pcs) - RM21
    🍪 Banana Cookies (30pcs) - RM22
    🍪 Blueberry Cookies (30pcs) - RM25

    For 12 months+
    🍪 Miqa Chocolate Cookies (25pcs) - RM20

    --------------------------------------------------------------------------------------
    BABY PUREE
    ===========
    (For 6 months+)

    🍆 Carrot - RM10/8oz
    🌳 Brokoli - RM10/8oz
    🎃 Pumpkin - RM10/8oz
    🍠 Sweet Potato - RM10/8oz
    🌰 Dates - RM10/8oz
    🍎 Apple - RM10/8oz
    🍐 Pear - RM10/8oz
    🍈 Avocado - RM12/4oz

    =============
    FROZEN FOOD
    =============
    (For 8 months+)
    🍗 Chicken Bone Broth (10 cup/10 oz) - RM10

    (For 10 months+)
    🍅 Tomato Paste (8 cup/8 oz) - RM10

    =========================================
    Pm/whatsapp
    Atiqah
    0199337691
    Agent sah izliyah kitchen

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. Chit-cha