Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Skincare + make-up :Dari 0 kepada bernombor.

Assalamualaikum... Hari ini nak bercerita tentang diri sendiri dan penjagaan kulit dan make-up. Masa sekolah menengah, pimples all around the face, kulit sangat oily tapi bila guna pencuci muka, makin better, masa tu pencuci muka jenama olay la bertahan lama yang saya guna sebab hilanglah jerawat tu. Masuk poli, stick dengan Garnier pulak. Garnier ni up sikit, guna include toner n pelembab. Make-up dah belajar sikit, pakai bedak+lip ice. Jarang-jarang pakai eyeliner. Abes study, kerja pulak. Skincare agak kurang terjaga, guna produk sabun susu beras je. Make-up upgrade dah, tambah maskara dan blusher. Stunning jer pic masa konvo! Hehehe... Tapi kulit teruk, kering dan kusam. Sedihnya. Sebab dah abaikan toner dan mosturizer. Lagi faktor tak tahu nak pakai produk apa yang bagus, risau side effect bila satu-satu produk tu cepat sangat bertindak semua. Ah! susahnya. Sehinggalah tukar kerja, sebulan lalu, berjalan dengan kawan ke KLCC. Kena tegur dengan SA tu kulit kusam ...

Silent Thursday

Kenapa silent? Semalam hari meeting, hari ini hari kursus till esok. Malam ni meeting my future mom in law again. Dating with my dear. till then.  Minggu depan baru nebes-nebes nak tunang eh! bYe!

Wordless Wednesday - Kenyang

 Assalamualaikum... Pagi-pagi, lepas hantar surat nak pos, officemate cakap, 'nanti pegi sana,kita nak potong kek'. Tak sempat saya nak jawab yang saya ada meeting. Tengok jam 9.25, meeting 9.30... Dalam hati, sempat. Ting-tong-ting, masing-masing sibuk tak penuh pun bilik mesyuarat tu. Snap pic, terus saya gerak pegi meeting. Meeting...Argh...Mengantuk la...Perut berbunyi sudah... Jam 12 tengah hari baru tamat. Makan!  Lunch : Nasi putih + udang (tak tahu masak apa) + kari ikan + sambal sotong + sayur campur goreng  Deserts : Blueberry cheese tart + buah epal + aiskrim. Udang or ikan tak de sebab saya tak makan udang + kurang makan kari Balik dari meeting, kat atas meja ada  Mereka simpan untuk saya. Terharunya. Serius kenyang sungguh hari ini.

My 23rd Birthday

Belated birthday... Ulang tahun kelahiran kali ini dengan senyuman. Tahun-tahun lalu senyum jugak, tapi selalunya sekerat je. Ada jer insiden tangisan itu, tapi tetap manis. Kenangan tuh! Tahun ini special...  Walaupun tidak merancang dan offically sambutan untuk saya tapi saya melaluinya dengan gembira. 23 November 2012 - one hungry day with him. marvellous  24 November 2012 - Its my birthday, didnt get special surprise but a lot of wishes, n my ex-officemates wedding day.  Next year mereka sambut annivesary bersama birthday saya...Hahaha. 25 November 2012, - breakfast @ KFC with a ex-officemates - lunch @ my officemates reception day - tea time @ satay hut with ex officemates, n ex-boss with their family. - night with him, i got 'a slice of surprise'. Hi, kami da makan habis dalam kereta, saja nak tunjuk kotak je kat sini. Tak ada hadiah ker? *Senyum* Hadiah tu tak semestinya bila ulang tahun kelahiran sahaja. As long as we are...

Kenduri Kahwn ex-officemate...

Mula-mula nak mintak ampun dan maaf sebab tak ada banyak gambar. Alasannya, malam nikah itu bateri hp sudah low kerana sebelum bertolak pagi sabtu tu lupa caj, tak sempat penuh dah nak gerak, sampai di Teluk Intan sibuk bergayut dengan ex-housemate. Nah! Sejam setengah kami borak, panas telinga! Sampai dekat rumah pengantin dah jam 6 lebih jugak, siap-siap polish make-up, hp baru caj dan akad lepas magrib tersebut. Maaf tak bercas sangat hp tersebut. Untuk majlis resepsi, saya pun kurang ambil gambar sebab sangat banyak dah orang lain yang nak ambil gambar. Kat bawah ni hasil ambil dari fB ex-officemates jugak. Cantik baju nikah dia. Nice color too... Majlis resepsi  Penutup cerita, Selamat Pengantin Baru Puan Nawwarah & Encik Fadhil  Semoga perkahwinan kalian akan kekal bahagia hingga ke anak cucu. Eh! ada muka yang dikenali tak? Puan dan cik blogger jugak... Cer teka?

Engagement Prep : Sumber Inspirasi DIY mini pelamin

 Mini pelamin untuk tunang? Dah lama saya berangankannya, nak sewa macam membazir je. Jadi saya plan untuk DIY sahaja, boleh jimat sikit. Cakap kat my mr. dia setuju sahaja. Cakap dekat kakak, dia no komen. Ok la tu kan? Gedik nak bermini pelamin tapi tak ada idea, tak tahu color yang sesuai. Cemana cerita? Rasa macam pelamin anganku musnah! Kabur sahaja dalam kepala ni tentang majlis pertunangan dengan mini pelamin. Terdetik kat hati, pasrah tak perlu mini pelamin. - Memang tak perlu, gedik je nak. - - - - -  Sehinggalah satu hari saya ke 7Eleven dan membelek-belek majalah pengantin gitu. Mula-mula tertarik dengan cover girlnya, lepas tu covernya, comel... DIY je. Terus grab majalah Inspirasi Pengantin isu Disember ini.  Susah sebenarnya untuk saya grab majalah yang lebih banyak gambar berbanding info, atau cerita, tapi... majalah ini saya jatuh hati... Gambar memberikan info, idea dan inspirasi. Chewah! Well...Mood nak kawin kot... Hahaha......

Engagement Prep : Checklist

Hello... Majlis pertunangan lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Lepas ini dah boleh panggil dia Incik Tunang. Nge... Dia pun kalau saya usik dia, dah pandai jawab - saya bakal suami orang tau. Sketsa itu dilupakan... Meh kita checklist engagement prep : 1. Baju ---- DONE 2. Tudung --- DONE 3. Make-up --- DONE 4. Hantaran i. bekas hantaran--- DONE (dah beli kotak, my sis pinjam dengan cousin lg, decide bila balik kB t nak guna yg mana) ii. barang hantaran--- DONE ( ikut saranan mama) iii. cincin --- in progress 5. Mini Pelamin --- DONE (dah beli kain untuk tirai dan lapiknya, harap berjaya dibuat) 6. Doorgift --- in progress (insya-Allah ada) Harapan dulu nak buat candy buffet tapi cancel sebab rasa macam tak sesuai la. Will sponsor masa kenduri akikah my dear niece, Afifa.  Lets make happy face... Soon will be bridezilla...  

Wordless

Hi diary... Wordless? Why? More about thinking THE WEDDING DATE... - tunang pun belum, hello! (baca kat bawah...kalau tak paham, ntah le) Hati rasa haru-biru gitu memikirkan pertunangan yang akan langsung 3 minggu lagi bertambah dengan usul mama supaya pernikahan di percepatkan ke bulan Jun atau paling lewat bulan Ogos... FYI : Saya bercadang ikat tunang selama setahun - Disember 2013 get married. Eh mama, abah restu suruh kawin awal patut rasa happy kan? Kenapa saya tertekan gitu? Sebabnya : 1. Saya perlukan masa untuk bersedia - ada beberapa syarat yang saya tekankan untuk diri sendiri sebelum menjadi isteri masih pending. 2.Saya nak siapkan sendiri majlis saya A to Z - my DIY project 3. Saya sedang merancang kewangan kami dan tak mahu stress sebab duit dari sebelum sehingga selepas kami kahwin nanti. 4. Saya nak semua berjalan lancar cantik sempurna, be my dream wedding Bila disuarakan kepada my mr. dia tanya saya, "Sayang rasa selama ini macam ...

DIY : Paper Crepe Flower

Inilah hasilnya... First trial. Buat masa cuti Deepavali tu sambil menunggu housemate bangun tidur untuk pergi window shopping kat Mid Valley. -Opss...pecah rahsia ada anak dara bangun lambat. Not bad la as the first timer buat kan? Cuma terbesar sangat tapi kelopak dia dah terbentuk cantik rite? Hehe. Second time buat, terkecil pula. Gabung tiga baru nampak perfect size. Comel juga gabung tiga camni kan? Boleh campur warna... Tapi jenuh nak mengembangkan kelopak-kelopak dia la. Tak apa, nanti cari perfect size. Huhu. -Owh...baru perasan berseni juga jemariku ini. *Senyum bangga* Ini saja teaser...Idea baru untuk diletak tepi mini pelamin tunang nanti. Perlu touch up botol tersebut + tukar warna bunga je lagi. Mood : tak sabar!

Engagement Prep : Shopping

Hasil Shopping cuti Maal Hijrah Hi? banyak ke kitew shopping? terkezut? he... Kitew shopping barang rumah dengan barang untuk hantaran tunang kitew la... Barang hantaran dah berubah lagi, mama kata shoes bagai tu tak sesuailah. Okey fine! Save duit saya dan tak perlu menapak mencari.-Barang hantaran saya dah malas nak update, review lepas tunang nantilah, kot balik kampung nanti berubah lagi, biasalah mumy-mumy banyak komen dia. So, kitew layan saja janji sume setel nanti... Mana kami pegi?  1. Giant kota damansara - breakfast, beli stok makanan+melawat summit je. 2. Avon kota damansara - beli perfume my mr 3. Carefour damansara  - beli tafsir Al-Quran dan kasut xes (my mr. risau saya jeles dia dapat perfume so belanja saya beli kasut. He.) 4. 1U - lunch, beli kotak hantaran dekat daiso, merewang-rewang sekeliling 1u tu dan terbeli barang hantaran kawin dah. (eh! tunang pun belum dah beli barang hantaran kawin? cemana kisah? later la story yek.) Tak cukup d...

Family to Family Meeting : Miscommunication

Ola! Yeah! Seperti yang direncanakan 13 November 2012 (semalam), my mr. berkunjung ke rumah saya. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar cuma ada miscommunication jua. Haha... Saya tak mahu berfikir sangat bagaimana mereka punya pertemuan maka ambil keputusan untuk shopping di mid valley bersama housemate. My mr. bercerita malam semalam, serius dia agak runsing, keep calling his family, kerja pun tak senang je. Gelak sakan saya, kesian b... Miscommunication berlaku sebab yang perempuan berkumpul diruang rehat, yang lelaki berkumpul diruang tamu. Tentang bab bercakap tarikh ke semua ni biasanya orang perempuan la bincang. My mum nak tarikh 8 Disember 2012 bertunang His mum cakap bulan Muharam dan Safar tak bagus untuk adakan majlis berkaitan dengan perkahwinan. - kenapa? saya pun kurang pasti. My mum tetap nak tarikh tersebut, semua bulan pun baik sahaja, bila kita niat benda baik, insya-Allah baik-baik sahaja.  Bila my mr family balik, his mum bercerita de...

Weekend bersama sahabat-sahabat lama.Rindu!

Knock!knock! anyone here? He... Seperti tajuk entri. Saya penah bagitau dalam entri sebelum ni weekend kali ini bekerja bersama ex-officemate dan kenduri kawin ex-classmate. Hamek ko..double reunion in 2 days. Sabtu : Berkerja bersama rakan-rakan ex-officemate di Menara KL. Beberapa bulan tak jumpa, macam-macam cerita ada. Cerita apa? Itu gosip kami, rahsialah. Hek. Paling tak suka ialah di komen : GEMUK. Argh...fine! ngaku pipi saya naik sikit tapi saya tak gemuk. BMI stabil ye... (on diet) Jom Santai Bersama Kids On 2 @ Menara KL. Mulakan pagi dengan senaman chicken dance bersama maskot Bersenam dengan duta 1 murid 1 sukan adik syazana Tengah hari : Pengalaman tak boleh lupa la masuk contest Pedas Giler! dari A&W. menunggu contest bermula. semangat tQ A&W bagi saya makan percuma tapi saya tak abes. pedas giler sos tersebut. tQ incik2 yg tolong abeskan.  Petang itu seronok juga ada persembahan, ada kumpulan Rabbani, malam pun menarik ada H...

Engagement Prep : Hantaran Berubah + Plan weekend

Salam diari cantiks manis...  Hari ini cerita pasal hantaran lagi. Bila calling-calling dengan mr. bincang pasal hantaran apa, macam mana, dia seperti biasa dengan jawapan 'b tak kisah, letak je apa-apa' - saya sikit tension disitu, sebab kang terlebih sebelah saya, ada plak mulut-mulut bunyi. Tapi positifkan diri semula, disebabkan dia minta saya decide, dan saya cik jimat cermat.Maka saya kata, tak nak jam. Jom beli kasut. Sebab : 1.  Jam - kami berdua dah ada lebih dari 1 pun setiap seorang, n saya bukan jenis tukar2 jam. Selagi berfungsi jam tu, guna sahaja. 2. November is my birthday - summit bagi 30% less untuk member. RUGI kalau tak shopping maka ambil kesempatan ini untuk jimat berganda. 3. Kasut untuk mr - boleh pakai pergi kerja kadang-kadang dan boleh keep for the reception day. Jimat lagi! Kedua... Dapat mesej dari Avon cakap boleh dapat more less for the product sempena cuti sekolah. Yeah! Hunting perfume mr disana sahaja.Weekend ini, laju-laju kami akan p...

Bila Ucu Nak Kawin?

Hi...hello... Semalam dok bergolek-golek nak tidur tetiba teringat kat anak sedara saya yang cumel, cik Azwa. Kalau saya balik kampung, dia suka sangat sebab nak tidur dengan ucu dalam bilik ucu, ucu ajar matematik dan peluk ucu dimana-mana pada bila-bila masa - dalam kata lain, berkepit dengan saya. Maka, cuti panjang saya di awal Ogos sehingga penghujung September lalu (ketikamamanya cuti bersalin di pertengahan september), Azwa suka la spend time kat rumah atuk - bersama saya. Satu hari tu, dia tanya : Azwa : Bila ucu nak kawin. saya  : Kenapa? (dia tersengih saja, tak tahu nak jawab kot), Kalau ucu kawin, kakak tak bolehlah tidur dengan ucu dah la lepas ni. Azwa (muka berubah dan geleng kepala) : okey, okey, kakak tak nak tanya dah. Kakak nak tidur dengan ucu lagi. Saya : Hahaha... Saya fikir, Azwa mungkin excited untuk kami ada majlis lagi dirumah seperti semasa acik (kakak saya) kawin, dua tahun lalu. Kemudian, tahun lalu acik sudah ada baby. Dia seronok da...

Engagement Prep : Candy Buffet!

Hello, hi my dear story book... Candy buffet? Specialnya, kata nak buat tunang simple-simple sahaja. Tet. Bukan nak over-over, saja berseronok dengan makanan, bagi kanak-kanak gumbira melompat-lompat gitu. My mr. pun cakap okey. Balang-balang untuk diisi candy pun dah ada yang beli juga.Ops... Lupa amek gambar, beli kat ikea aritu. -balang lebih kurang sama seperti dalam pic yg ke-2 tu. Actually, kami berdua plan untuk bertunang pada awal tahun 2013, on march. Tiba-tiba kakak bagi cakap, 'kenapa tak sekalikan je majlis tunang awak masa kami buat akikah baby baru nanti?' , saya tanya balik 'Bila?', 'cuti sekolah ni dalam november atau awal disember mungkin.' jawab kakak. saya mengangguk-nganguk bersetuju, 'okey jugak tu, saving bab makan...'.- Itu fikiran saya masa masih menganggur. He. Sekarang da bergaji semula, jadi saya rasa apa salahnya saya keluarkan sedikit bajet untuk buat candy buffet ni, sebab makanan berat dah lepas. Jom tengok gam...

Engagement Prep Yang Masih Pending

Dum.dum. Plan bertunang awal bulan Disember. Bulan November jadual agak padat. Weekend jer agak free. Stress everything still not settle. Where should i start? Semak jadual dulu. 10 Nov 2012 - Join program bersama ofis lama. (insya-Allah) 11 Nov 2012 - Kenduri kawin ex-classmate - walaupun sekangkang kera kat selayang je, lepas tu boleh pegi shopping bagai risau jugak tukar plan ke kenapa selepas majlis tu. Burn 1 hari. 13 Nov 2012 - Kunjungan keluarga mr. ke rumah saya. - Insya-Allah. 25 Nov 2012 - kenduri kawin ex-officemate nun di teluk intan, siap pesan suh p awal lagi = weekend burn.    8 Dis 2012 - Tarikh bertunang. (dalam perancangan- Insya-Allah) 15 Dis 2012 - My bro-in-law convocation @ PWTC. Wajib pergi. **Konvo abang ipar - saja put in the list, important, dad dah banyak kali ingatkan. Banyak dah dia tolong dari saya kecik sampai laani. So big day untuk dia, wajib pergi. ^__^. Hanya 18 Nov sahaja free. Minggu lepas free, tapi gaji belum mas...

Weekend shopping? Owh... Crapp...

Hi dear diary... hari ini keluar berjalan-jalan dengan housemate. Mula-mula dia suruh teman beli tiket, sekali tak jadi beli tiket. Kami yang sedia berada di KL Sentral haruslah melawat dulu Expo Buku Islam - err...saya sangat gila buku... Maka terbeli sebuah buku, Sebelum Aku Bernikah - Hilal Asyraf, kisah beliau menuju alam rumah tangga. Well saya agak gemar hasil tulisan beliau, di blog, selain saya pernah membaca kompilasi cerpen matahari dan novel Hero tulisan beliau. Ni dia buku yang saya beli. Ecece...mentang2 nak kawin ye. ^__^ Disana terjumpa dengan ex-officemate dan ex-boss, borak-borak. Excited. Dah terus bos offer join program weekend akan datang (10-11/11/2012). Of course saya mahu, dapat kumpul duit (nak tunang, ready to kawin), dapat isi masa lapang dihujung minggu yang sedia tak ada kerja dan paling penting rindu kerja lama kot, dok tempat sekarang keje saya membesarkan badan sahaja. Bosan! - tapikan tak pasti dapat join penuh tak, 11/11/2012 tu kenduri ex-classma...

Merisik : Bila abah terjebak bersama...

Huhu...seperti yang saya pernah update sebelum ini, mama approve, i say yippie! Kali ini abah pulak menyambung kira, excited la. Saya call mama pagi ini sebab semalam ada missed call dari mama, saya da gusar mama nak tanya pasal hal tu ke, sebab saya belum dapat jawapan dari mr. Malam semalam mr. cakap dah comfirm dengan ayah dia, jadi aku lega, dengan berani la telefon mama. Ya, dah comfirm hari deepavali mereka pergi. Nge. Sedar-sedar mama past telefon kat abah. Terus soalan, "Nak datang hari apa? Pukul berapa? Berapa orang nak datang? Comfirm betul-betul dengan dia..."  Tu dia. terkulat-kulat aku nak jawab. Aduh, hari tu nak suruh pergi berjalan sahaja, buat mudah-mudah, ringkas - signifikasi merisik je. Nah! tetiba sekarang abah bagi soalan begitu-begitu, rasa macam complicated la pulak. Oh! Macam tu agaknya kakak-kakak saya dulu kena lalui masa mereka nak dirisik khabar. Positifkan diri saya. Sabar sajalah, aku kena memahami, abah sangat mementingkan tetamu, mementi...

BR1M 2.0 : Jom Isi!

Pejam celik, pejam celik dah masuk november pun. Ingat lagi tak PM mengumumkan BR1M 2.0 akan diteruskan. Menariknya kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas Rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti syarat permohonan yang dinyatakan dibawah boleh mendaftar Syarat BR1M untuk Ketua Isi Rumah (RM500) Warganegara Malaysia Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas Definisi Ketua Isi Rumah   Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya : Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)   Syarat BR1M 2.0 individu bujang (RM250) Warganegara Malaysia Berumur 21 tahun ke atas Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah Tidak mempunyai tanggungan Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250 ...