Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

31.12.13 - The last entri of 2013

Assalamualaikum... In the year of 2013... Memberikan pengalaman dan banyak memori pada kite. When mama health drop, and leaving us forever... It's really a lost for me while I am counting days for the wedding. Mama is the best bff ever.  { Al-Fatihah } In my happinest counting days for the wedding...  It's my big trauma. Mama gone after I enggaged about 2 month. 3 weeks before the wedding dad warded. Macam-macam rasa masa tu, rasa teruji sangat. Memang tak berfikir panjang ambil cuti 1/2 gaji untuk jaga abah. Lost sangat dah pasal wedding. But not for dad, wedding still on. Dok wad pun sempat hulur kad pada orang yang datang melawat. Alhamdulillah dad recover. ^__^ After all the rain, here comes the rainbow. The wedding on. I be a wife finally to the man I love.  Sangat tak percaya, after 5years, all the drama akhirnya kami disatukan sebagai yang halal. ^__^ Since semua kekalutan, dan kite masih bercuti selepas kahwin tu, pencarian r

Diari Dapur : Homemade Tom Yam Pes Simple dan Sihat

Assalamualaikum... Hai!  Hari ini geds nak share resepi tom yam pulaks. Resepi tom yam pun nak share ke? Pakai pes paket sudah... Kegemaran kite, tomyam ni sebab mudah. Everything in 1. Sayur + lauk dalam satu mangkuk. Tak perlu pikir susah-susah nak masak banyak dish. Sebelum kawin, housemate siap cakap nak kasi hadiah pes tomyam jer sebab suka sangat makan tomyam -chet! tak kasi pun.. (Bujang, takde alat memasak lengkap kite masak pakai pes jerlah).Mo lagi emm...goreng telur dadar pulaks. Memang bertambah nasi laki bini. Sebenarnya buat pes sendiri senang jer pun. Mama kite dulu menumbuk je buat pes. Lanii da moden, kite guna blend saje. Kite upgrade sikit versi mama jugak. Bahan- bahan : 2biji Tomato (dikisar) 5 biji bawang merah (dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 1/4 bawang besar (dikisar) 2 batang serai (dikisar) 5 biji cili padi (dikisar) -kalau tak suka pedas sila kurangkan 2 sudu cili boh (nak kasi warna cantik-like merah gitew) Ayam / Sotong / Ud

Diari Dapur : Aiskrim Oreo Homemade

Assalamualaikum... Happy sunday... Hari bekerja di negeri Kelantan. Hari ni nak share resepi yang kite buat pagi semalam. Since pregnant suka sangat makan aiskrim. Pastu few weeks ago jumpa resepi aiskrim oreo homemade di Facebook Buku Resepi yang nampak simple jer bahan dia.  Terus berangan nak buat tapi asyik tertangguh sebab lupa beli oreo dan susu cair. Huehue. Bahan- Bahan : 1 tin susu cair  6 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar ovallette 1 sudu kecil esen vanilla 1 pack biskut oreo Cara Penyediaan : Campur semua bahan kecuali biskut oreo. Pukul guna mixer dengan kelajuan maksimum selama 20 minit -non stop. Biskut oreo diasing krim-nya dan kisar biskut dalam 7-8keping. (Krim kite masuk dalam mixer jugak) Pada minit 20, masukkan biskut oreo yang dah kisar. Putar lagi selama 5minit. Tuang adunan dalam bekas, hias dengan biskut oreo lagi hingga habis.Masukkan dalam peti sejuk beku. Biarkan 4-6jam. Lepas tu boleh ngap.ngap. Beginilah has

M2B : The Baby Cot

Assalamualaikum... Nak story pasal baby cot pulaks. Perlu ke ada baby coat ni? Certain orang kata tak perlu pun. My sisters pun cakap camtu jugak. Huhu... Tapi diorang tak la menghalang niat suci murni adik dia yang nak perabes duit jugak membeli baby cot tu. Hahaha... Terima kasih kerana memahami. Ikutkan keperluan memang tak perlu beli pun tak apa tapi saya sangat risau akan keselamatan baby nanti. Katil kiteorang tinggi sikit daripada katil biasa, pastu kalau nak tidur kat bawah memang macam sempit saja. Takkan nak buli suami tidur bawah plak. Haha. Next, We both tidur agak buas jugak especially my husband. Saya tidur banyak bergerak since pregnant ni jer, tak selesa. So, in my case baby cot perlu walaupun my sister cakap normal tapi bila ada baby we lebih concern, tak tidur buas dah. Yes, I'm hoping but still be careful. Baby cot idaman adalah seperti dibawah... Totally fall in love with white... Hat ni okey je tapi tak ada roda. Kot nak ubah tempat ke apa kan.

Diari Dapur : Phad Phit Belut

Assalamualaikum... Hari ni share resepi lagi yuk! Since musim hujan aritu... Kelantan, area Rantau Panjang yang banyak lubuk tu menjadi syurga untuk kiteorang dapatkan 'ikan darat' macam haruan, keli, puyu, belut etc. Fresh dan sedap! Salah satu kegemaran kite adalah belut. Sedap kot! Menu yang paling suka ialah masak phad phit. Menu dari thai.  Dulu-dulu, terasa nak makan mengadu kat mama la suruh masak. (Missing you mom- Al-fatihah) Sekarang pandai-pandai cari resepi masak sendirilah pulak. Bahan-bahan : 1/2 kg belut 4ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 4 sudu besar cili giling 2cm halia 2cm kunyit hidup 15helai daun limau purut - dihiris kasar 2sudu besar asam jawa adabi - bancuh dengan air garam gula minyak masak 1 biji tomato- belah 4 Cara Penyediaan : Bahan no 2-6 di kisar halus Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak Tambah air asam jawa, dan masukkan belut. Tambah air dan biarkan mendidih. Masukkan daun limau purut

Diari Dapur : Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum... Hai... Sekian lama menyimpan niat nak berkongsi resepi di blog ni tapi asyik pending sahaja. Mihmihmih... Masak ni dalam early Nov kot. Hehe. Baru nak publish ken... Sibuk sangat tak nyempat nak transfer gambor sebelum ni. Resepi cari kat google, lupa exact link sebab ambik dari 2-3 tempat lepas tu, edit-edit sendiri mengikut selera. Nasi tu memang sengaja masak ala nasi ayam, baru special lagi ken...  BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARANYA : Bahan Ayam Penyet : 3 keping daging ayam bahagian paha. 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh ketumbar 1 batang serai 2cm lengkuas 2cm halia 2cm kunyit hidup Garam secukup rasa 1 Kiub pati ayam 1 cawan tepung beras Minyak untuk menggoreng Cara Penyediaan :  Ayam penyet direbus bersama kiub pati ayam. Biarkan ayam hingga masak- separuh masak pun tak pe nanti nak goreng pulak ayamnya. Bahan dari no 2-11 dikisar untuk dijadikan r

Confuse : Jalan Banyak okey, atau jangan jalan banyak?

Assalamualaikum... Khamis datang lagi. Hari yang paling best untuk warga pejabat di Kelantan. Balik awal. As early 3pm or 3.30pm. Hoorey! Tak best untuk kite kena tunggu husband balik pukul6 jugak. Hua... Mo pergi shopping pun tak kasi. T__T 'Tak tahulah B jalan banyak okey, atau tak jalan banyak. Ada orang kata jalan banyak nanti mudah bersalin, tapi ada jugak orang nasihat, janganlah bagi wife jalan banyak. Along tu, sebab panjat tangga je, sebelum bersalinkan Adam kena admit kat hospital. Isteri kawan B pun sama jugak. Hospital jalan ke KB Mall tu bukan dekat.' ~DIAM~ I was build by dad to not be 'lembik'. I always never say auch when I'm very sick (I just cry in silent mode) except I wanna to 'mengada-ngada' so there is sound 'ish', 'auch', 'huk'. ^__^ Sebenarnya, kalau hanya duduk-duduk menunggu lagi cepat ler kekejangan kaki kite datang. Angin sejuk kot. Ntah. Kite pun tak faham.  Tapi dah kalau Dadd

M2B : Cerita Daddy to Be.

Assalamualaikum... Olaa... readers... Macam ramai norr yang baca... Hari ni cerita pasal dear husband, daddy to be. Kadang-kadang ken, kite risau boleh husband kite boleh handle jadi cool dad ke? Sebab, kite tengok dia time balik kampung, garang sikit dengan anak sedara (8tahun) dia bab kerja sekolah, barang bersepah etc. Pastu, aritu kite test dengan bawak anak sedara kite umur 3-4tahun pergi pasar malam sama-sama dengan husband sekali. I let him handle. Anak sedara kite tu banyak mulut sikit, suka tanya-tanya.  Husband kite suka jawab soalan-soalan budak tu secara auta. ( T__T ) -Failed sangat. Sabar je la isteri ni. Last week, cik tye balik bercuti kat rumah dengan si kecil Ifti Liyana, baru nak masuk 2 tahun. Haila... Budak kecik itu, kaki laju tapi mulut masih berat lagi nak cakap. Geram bangat dengan dia. (Hu. Over pulaks ucu dia) Kisahnya, budak kecik ni slow sikit nak berbaik dengan orang kalau mummy dia ada, dok berbelit jer kat kaki. It's take two

M2B : DILEMA LAGI... BAJU FOR MATERNITY DAN NURSING

Assalamualaikum... Since sekarang, mula termenung depan almari baju nak pilih baju untuk pakai hari-hari pergi kerja semua. Mood terasa nakshopping baju la. Dah lama tak shopping baju pun. Preparation for the coming bump. ^__^ So plan nak shopping baju yang sesuai untuk preggy la... Ada jugak google maternity / nursing punya baju. Haish... Style macam tak kena jer... Baju tu ketat sangat la atau tak attractive... Memang kind of cerewet pasal baju ni... Bukan apa, kalau boleh biarlah hat sopan sikit, pastu sesuai untuk pakai buat jalan juga. Kalau boleh nak cari baju yang juga sesuai untuk nursing juga maka nanti dah bersalin tak perlu beli baju lagi... Any idea M2B? Where should I get it? Do share me... Kite tak kisah for maxi or blaus... Hat ada button above sangatlah membantu untuk nursing pula nanti.

Sleepy Sunday

Assalamualaikum... Gitew... Dari pagi excited nak hupdate blog tapi tak tau nak mukadimah apakah.  Buntu. Minggu baru bermula, minda masih nak bercuti lagi. Kite kerja hari ni. Production kerja dihari pertama dalam minggu baru merudum sangat. Tak feel kerja pun. Huaaa... Sleepy sunday. Semalam puas berjalan sakan kat pasar tani dengan cik Na  & cik Tie (sisters) dan anak-anak sedara. Lepas tu malam pergi dinner dekat rumah Cik Na, dia kasi pinjam itu tilam dan bagi box yang penuh barang baby suruh pilih mana yang okey untuk kite guna nanti. Pastu cakap, bantal pun tak payah beli, nanti dia kutip je yang ada kat rumah dia lagi. Senyum ke telingalah kite.  Sebab dapatlah mengurangkan list membeli-belah barang pakaian baby serta tilam baby itu.  But baby, no worries, I will buy some new clothes for you too, but not much as I list before because we need to saving money for your future too my little one. Need to get back for work...

M2B : LIST PREPARATION BABY'S THING

Assalamualaikum... Alhamdulillah usia kandungan masuk ke minggu 19 sudah. Excited sangat google senarai barang-barang  untuk menyambut kelahiran si kecil kami. Minggu lepas sempat jalan-jalan survey (eh dah citer ken sampai keliru nak beli apa). Insya-Allah will start slowly shopping from next week, di minggu ke 20, which juga minggu gaji. Mihmihmih. Maka sekarang share dulu dengan kawan-kawan list yang kite buat. List kite dapat daripada googling around thru blog mummy-mummy juga.  DISINI  DAN DISINI JUGA . (banyak lagi link-link lain yang dirujuk tapi yang paling banyak dicedok idea dari dua link ini beserta dari pengalaman-pengalaman sebelum ini menjaga kakak dalam pantang) Saya pilih untuk membeli barang yang basic dahulu yang perlu semasa kelahiran. Barang besar like stroller, car seat etc rasanya tak perlu dahulu. Tunggu baby besar sikit dahulu la baru fikir yer dok? Tak pun nanti pinjam sahaja dari kakak-kakak kesayangan itu.  First at all, must write down to

BABY THINGS, WHAT SHOULD I BUY FIRST?

Assalamualaikum... Last Friday, since tak jadi balik rumah MIL disebabkan masalah kereta yang baru diselesaikan (bawak balik rumah) paginya. Husband call mak info nak balik lepas solat jumaat, mak kata tak payah balik kesian kat menantu dia penat nanti malam nak patah balik. ^__^ (sweet la mak ni). Abah dah gerak pergi kL, kami berdua je kat rumah. Sepetang laki bini tido je. Sedar-sedar dekat jam 5. Lapar dan bosan. Terus merengek-rengek dengan husband ajak keluar.  Lepas siap-siap bagai keluarlah guna kereta abah. Ajak husband pergi kedai baby MANJAKU dekat area Tesco itu. Saja nak survey secara real plak, sebab sebelum ni dok survey thru google saja eh penah je pergi sesorang survey di pasaraya Pantai Timur tu tapi barang biasa-biasa jer. Konon nak feeling jalan-jalan dekat tempat hanya ada barang baby je. Dah bila masuk situ, dok tengok benda-benda besar macam baby cot, dan breast pump (benda yang aim nak beli jugak insya-Allah) pastu sikit-sikit bahagian pakaian b

M2B : the monthly check-up (18 weeks)

Assalamualaikum... Hari pergi check-up baby lagi... Hari hujan...bermalas-malasan dikatil lebih la hari ini alasan nak mandi air panas pulaks tunggu turn guna bilik air belakang. Jam 8pagi baru nak terkedek-kedek goreng nugget bagai untuk breakfast.  8.15- 8.20 am baru gerak g klinik 8.30 am dah mula nak check-up bagai. Huhuhu. Berat naik 1/2 kg. Ngeh. HB above the lines, 11.2. Phew3... Nurse kata jangan bagi lower than 11 nanti kena follow up 2 minggu sekali sebab risiko untuk bersalin awal, seawal baby 7 bulan.  Nonono... Maka berazam selepas ni kena jaga makan sangat-sangat. Makan kerang, hati ayam, ikan jaket (hat daging hitam itu zat besi banyak), sayur kangkung, buah jambu batu. Hari ni excited pun ada, bump tu mula nak menunjukkan rupa dah. Hikhiks. Husband dah geram-geram tak sabar nak perut lagi besar nak rasa baby kick. Kita pun dah mula slowly survey banyak-banyak pasal barang baby etc. Dah siapkan list, dah aim nak beli itu ini. Hehe... Not so

M-Life : The 6month phase.

Hai... Seminggu sepi saja ini blog. Kekeke. Pastu siap kena sound dekat kawan sebab lamaa tak update pasal life sekarang kat blog ni. Ala...ala...sorry la. Mana kite tahu awak follow sini. Kite ingat syok sendiri saja update pasal life kite. Husband yang bambam...hahaha... Fasa ke 6 bulan perkahwinan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Merajuk manja-manja tu biasalah. Kalau ada 'silent time', sekejap je mesti ada situasi dan peristiwa yang akan buat kami ketawa terbahak-bahak selepas itu. Dah lupa part silent sebelumnya. Pejam celik dah masuk tiga bulan kami mulakan hidup dikampung halaman. Macam-macam dugaan juga dah lalui kat sini tapi alhamdulillah ditempuhi dengan senyuman. Rasa lega dan syukur sangat kami ada dikampung, dekat dengan parent, dan keluarga jadi bila kami rasa susah, kami tengok dan fikirkan mereka kami tersenyum sendiri. Dok kampung ni tak dak tekanan. Kalau dulu masa kami di KL, saya stress jer mesti macam-macam shopping. Pergi j

24TH BIRHDAY...MY WISHES?

Assalamualaikum... Kejap jer masa berlalu. Hari ni dah turn 24 officially... Hehehe... Rasa baru saja sambut last year punya birthday dengan bakal tunang.  Now dah sambut birthday as wife and mummy to be... Kebetulan pulaks hari ni pun pakai baju sama yang pakai masa birthday tahun lalu. Seminggu ni asyik mengusik encik suami sahaja, what will i get for my birthday this year? Dia diam (tak ada idea kot), kadang-kadang dia tanya balik saya nak apa... Me biasalah, suka gurau, cakap nak candle light dinner di captain-T, new vincci handbag etc. Sejak dulu dia memang tak pandai untuk buat surprise semua. Selalu apa yang dia plan tu tak jadik pun ada dan turn him moody. So, easiest way, memang dia akan bawak saya tempat shopping kegemaran saya dan biar saya pilih yang saya mahu.  Masa study, dia tahu saya suka sangat masuk nagoya, cari kain buat baju kurung. So on my birthday, dia sendiri tarik saya masuk nagoya dan suruh pilih kain. Ada jugak sekali, I adore s

Review Outdoor Photoshoot : Post Wedding

Hello ladies n gentleman... 24 Ogos 2013, we did outdoor photoshoot.  Tak puas ati dengan kejadian-kejadian di majlis bertandang tu. Here the time to pose! Photographer by Matsu Fotoshoot . Katanya Rm50 per 1 hour. Tapi that day shoot dari jam 9 lebih till 12noon jugak kiteorang ni itupun dia dok tanya nak lagi tak jugak. We all jer tak semangat bila matahari mencanak diatas kepala. Mengantuk + lapar. Hahaha. Best bekerjasama dengan photog ni.  He listening to us when we give idea about pose yang okay. (Pose waktu kami semasa pre-wedding dengan other photog) He is part timer job amek gambar ni, but he is a study person. Why i'm saying that is because... Banyak pose berbeza yang dilakukan. Orang yang study tengok banyak pic and tiru gaya. Well at least mencoba daripada photog reception aritu, beria tonggeng terbalik amek gambar. Hasil dia macam bagi kamera dekat anak sedara suruh dia shoot jer. Tak ada seni langsung hookey! You can sure hire Ma

My W-Review : Handbouquet (1st Giveaway from Handbouquet-Ibtisam)

Assalamualaikum... Review untuk HB yang saya menang dari Handbouquet-Ibtisam. Dah lama nak share, asyik terbantut disebabkan ketiadaan gambar dan kerana HB diguna dua majlis tapi dulu tu majlis baru 1 berlangsung. Sekarang dah selesai semuanya. Dah almost 6 bulan kawen baru nak share. Sorry! What can I say the HB is beautiful! Kemas sangat hasil dia. Saya guna untuk bergambar masa hari nikah. Let see the pictures k!   (Lupa bawak masa pergi masjid sebab tersimpan kemas dalam kotak.) - Rugi tol! Saja pilih warna kontra Putih + Silver with a little of Red pearl  tu sebab nak nampak kontra dia. Well masa tu planning nak guna HB ni masa bertandang. Dan memang digunakan juga semasa bertandang. Masa outdoor post wedding pun guna jugak sebab outdoor pakai baju bertandang. Meh share pengalaman saya berurusan dengan owner Handbouquet-Ibtisam . Senang sangat berurusan dengan Cik Tie. Beliau akan memenuhi permintaan pelanggan. Even saya tak bayar dia sesen pun

Rezeki Anak

A story to share... My husband...  Sebaik kami tahu berita yang saya dapat bertukar tempat bertugas di kampung halaman, kami nekad untuk pulang bersama-sama. Husband berkorban berhenti kerja walaupun jawatan dan pendapatannya agak lumayan.  Tapi kami cuba positif, atas faktor-faktor  1. Tak mahu hidup berasingan 2. Belanja hidup berasingan lebih besar. 3. Tak sanggup ulang-alik KB-KL 4. Di kampung, dekat dengan parents so senang nak ziarah jika sakit etc. But... Bukan senang juga bagi kami, bila makin dekat hari nak balik, macam-macam dugaan. Kepala berserabut dengan bos husband bagi tawaran tambahan gaji, dan husband mendapat peluang pekerjaan yang tetap dan lebih kukuh. Hampir kami bergaduh. Saya tak mahu menyekat kerjaya dia. Dia tak mahu berpisah dengan saya tapi berat juga melepaskan tawaran itu. Akhirnya, kami balik juga. Husband berhenti kerja. As lelaki pasti husband ada ego, jobless make he feel down. Tapi rezeki... Tak sampai dua minggu pun mengan

M2B : Through 15 weeks

Pejam celik. Eh, dah nak masuk minggu ke-15 dah usia kandungan. Erm...slowly, i'm feeling there is someone inside me. Semalam kena paksa practise driving dari Kemahang balik ke KB. Udah le baru lepas lunch, pakai seat belt itu plak, terasa rimas / senak dah dibahagian perut. A few times, suruh husband longgarkan belt tu.  What to say, i'm feeling relief. Well, at least now i'm believing there is someone inside me. That day, dah cerita some alahan dari minggu 8-11. Well, alahan tu masih ada jugak lagi sampai laani... Bab meloya dan muntah belah pagi tu masih ada tapi jarang-jarang sebab bila kita rasa tak sedap perut, memang tak sentuh makanan atau minum apa-apa dah. Dah lama tak minum milo jugak.Sobs. Dah lupa rasa milo pun. Hahaha. Melampau! Bab bau-bauan ni memang cukup sensitif la. Pewangi kereta, pewangi / pembersih tandas, minyak wangi atau bahan seumpama yang ada bau kuat adalah musuh ketat sangat. Kejap jer rasa pening, nak termuntah. B

Know what?

Hi! Again...me... Know what? Sometimes I still not believing that now i'm actually pregnant. There is someone inside me. The belly is still same. All my baju kurung still can be worn. My peplum still make me look slim on the belly even the baby is already 14 going to 15weeks.  Erm...my friend pregnant about the same age of mine keep updating the status that she cannot wore her baju kurung anymore. So I will not remember that I'm pregnant...or else I wonder 'is i'm really pregnant?' I just remember when I feel sicks at the stomach or dizzy etc. Hehehe... And  I little confuse... If I dont believe or very super excited about the pregnancy   But since know I'm officially pregnant... I have orderer this twinkle baby set by tupperware... I'm only 10weeks pregnant that time when sister back with my order. Hehehe... Is I'm too excited? too advanced? But...the bottle and everything in the set is so cute. I cannot he