Skip to main content

The gifts...part 2.

Assalamualaikum.

Bright day. Papa Thaqif n Thaqif sleeping. Ibu kebosanan. Marilah update blog.
Sebelum bersalin ada dah cerita sikit pasal dapat gift yang baby dapat dan ibu belikan untuk baby. Sikitlah. Baca DISINI. Yang pink-pink, girl punya things dalam entri tu dah selamat diberi kepada anak sedara girl kite yang baru dilahirkan pada 17 Jun lalu, dan bakal diberi kepada baby kawan kite yang dijangka baby girl. Panjang-panjangkan lagi rezeki tak salahkan.

Alhamdulillah, murah rezeki Thaqif lepas dilahirkan dapat gifts lagi.

1. Hamper mandian etc daripada kawan papa (ni dapat masa kite nak mula cuti bersalin sebenarnya, papa berhenti kerja baby dapat hadiah) Big thank you uncle Chua.

2. Pampers trial ini dari Hospital. Bolehlah sebagai kenang-kenangan. 

 

3. Baju dari cik na (kakak kite). Thanks a lot cik na, tapi besar, Thaqif tak boleh pakai lagi. Soon Thaqif lebih bam baru pakai.

4. Hamper lagi, daripada wakil rakyat Tanah Merah. Maklumlah mak tok, tok ayah orang felda, wakil rakyat suka memberi insentif dalam pelbagai bentuk. Tak reti nak pusing gambar. Sorry. Ada bedak, wipes, sapu tangan dan sepasang baju.

5. Baju lagi. 3 pasang.Kali ni dari umi Thaqif (kakak sulung husband). Terima kasih umi, Thaqif suka baju baru. Comel.

6. 5 in 1 baby starter set. Kawan kerja baru papa bagi. Comels. Red elephant. Ada jumpsuit coverall, romper, blanket, bib dan topi. Thanks a lot uncle/auntie. Boleh pakai wat rayalah. Hehe.

7. Romper dari kawan papa jugak. Ibu confuse because its pink. Anyway, ibu love the words on the romper tu. Thanks auntie.

8. Socks, it from papa. Sepadan sangat  dengan baju elephant tu kan.




Comments

  1. Alhamdulillah..rezeki baby

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah murah rezeki thaqif..azwa pun mcm2 juga..xcerita umminya ni..hehe...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum awk. alhamdullilah, murah rezeki anak kan. heeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d