Assalamualaikum...
Cerita day1 DISINI.
Day 2, menu pagi masih nasi kerabu ditambah nasi goreng strawberi. Korang pernah rasa nasi goreng strawberi? Resepi cik na. Kite melayan sajoo. Paling suka sayur goreng la, sayur fresh sedappp air tangan cik nuar.
Lepas breakfast, siap-siap check-out. Kami menuju ke MARDI. Tiket dewasa RM3, kanak-kanak 6tahun ke atas RM1.50 dan kanak-kanak bawah 6tahun adalah percuma.
Kat MARDI ni ikutkan research kite ada taman arnab etc, tapi kami tak sampai pun ke situ, tengok pokok-pokok tanaman sahaja. Banyak tanaman sayur, buah kat sini, tomato, kubis, epal, pear semua. Kira kalau datang nak buat lawatan sambil belajar bagus sangat datang sini. Masa kiteorang dok melawat ni, ada sekolah pun datang buat lawatan sambil buat aktiviti explore race. Best la buat kat sini luas, banyak bahan boleh guna. Untuk kami melayan budak-budak ni yang bukannya minat sangat bab tanaman ni, bosan sikitlah.
Orang kata teh kat sini murah, kite tak shopping pun sebab tak minat teh, kalau minum pun teh lipton sahaja. CH tak de teh Lipton. Mihmihmih...
Tapi kan, kite tengok strawberi kering kat sini macam murah, 1/2kg dalam RM14 je tak silap, kalau tempat lain dalam RM17 camtu.
Kite kat sini beli jem strawberi yang kecik-kecik je untuk buat survenior buat kawan-kawan rapat kite. Pastu layan air miwa jelly strawberi.
Anggur |
Afifa cakap ikan mandi ^__^ |
Dah habis di MARDI, hunting farm untuk petik sendiri strawberi, pegi farm betul-betul depan rumah peranginan penjawat awam tu. Harga nak kutip sendiri RM25 per box, untuk kutip tu 2 orang sekali masuk. Kami punya rombongan lebih kurang 12 orang. Kalau semua nak masuk feel petik strawberi dah berapa RM ken. Errr...errr...petik keychain strawberi jela, 11pcs RM10. Baik beli strawberi siap petik la dipasar borong nun RM20 dapat 5-6bekas.
**Banyak jer farm yang menawarkan self pick ni, harga mungkin berbeza-beza tapi driver dah malas nak berenti dah.
Again, ke pasar borong, borong sayur dan strawberi untuk dibawa pulang. Hoho...Again beli strawberi RM20, untuk 3bekas besar + 1bekas kecik, dan buah kering 6 paket RM10. Selain tu, kite beli FM juga kat sini, 6pcs RM10. Murah la sebab tengok kat mardi dan kedai lain RM3/pcs, paling pun 5pcs je RM10. Kat pasar borong ni, for me kan, pegi kedai belah belakang-belakang lagi murah berbanding kedai-kedai bahagian depan. Apa-pun survey dahulu harga sebelum beli.
Lastly, kami singgah di Cameron Lavender. Tiket masuk RM5 untuk dewasa, kanak-kanak RM3. Menikmati aiskrim perisa lavender/strawberi dari Hokaido RM5.50 satu + aiskrim vanila RM3.
Sini pun ada self pick strawberi. RM10 untuk 200g strawberi yang kite petik. Hah... ni kite rasa berbaloi la sikit harganya. Cukuplah kalau sekadar nak memori memetik strawberi. Sayangnya, hari itu tutup pulak bahagian self pick strawberry ni. Maka tak dapat la merasa kutip strawberi. Kite tak kisah pun, budak-budak la kecewa sikit. Overall, Cameron Lavender ni seronok jugalah. Cantik penuh bunga.
Seronok #muhamadthaqifaiman berbuai. |
Budak jagung.Senyum! |
Terasa kesal tak singgah dekat Time Tunnel, muzium barang-barang lama semua. Pergi ramai-ramai, so kena ambil kira kesesuaian tempat nak pergi juga ken. Later, insya-Allah nak pergi lagi CH ni, nak pergi time tunnel tu pulak.
Bestnye..kalo ank2 sue p ni mesti depa terkam ikan emas tu. Bab borong sayur tu yg plg best...sayur kt sana segar2 belaka kan? Kakak sue pernah bg haritu masa dia pergi sana.
ReplyDeleteBunga ros yg dibawa balik pun x layu tau...
Ada rezeki insyaAllah teringin sgt nk g CH..
anak-anak memang suka tengok ikan tu, ibu ayah, datuk nenek pun layan jer tengok ikan kat MARDI tu. kami memang spend lama kat area situ.tenang saja.
DeleteYangg, skangg nih kalau pegi balik kompem sejukkk xhingattt! Hehehehe
ReplyDeleteSya byk kali g Cameron. pasal dekat. kadang2 naek atas semate2 nk makan scones. pg dlm kolm 10 gerak. pas asar da puas makan trun balik. hehehehe
bestnyaa dapat pegi..
ReplyDeleteserius jijah tak pernah pegi cameron ni.. teringin betul nak g..