Skip to main content

Holiday : Cameron Highlands Day 2

Assalamualaikum...

Cerita day1 DISINI.

Day 2, menu pagi masih nasi kerabu ditambah nasi goreng strawberi. Korang pernah rasa nasi goreng strawberi? Resepi cik na. Kite melayan sajoo. Paling suka sayur goreng la, sayur fresh sedappp air tangan cik nuar.

Lepas breakfast, siap-siap check-out. Kami menuju ke MARDI. Tiket dewasa RM3, kanak-kanak 6tahun ke atas RM1.50 dan kanak-kanak bawah 6tahun adalah percuma.
Kat MARDI ni ikutkan research kite ada taman arnab etc, tapi kami tak sampai pun ke situ, tengok pokok-pokok tanaman sahaja. Banyak tanaman sayur, buah kat sini, tomato, kubis, epal, pear semua. Kira kalau datang nak buat lawatan sambil belajar bagus sangat datang sini. Masa kiteorang dok melawat ni, ada sekolah pun datang buat lawatan sambil buat aktiviti explore race. Best la buat kat sini luas, banyak bahan boleh guna. Untuk kami melayan budak-budak ni yang bukannya minat sangat bab tanaman ni, bosan sikitlah.
Orang kata teh kat sini murah, kite tak shopping pun sebab tak minat teh, kalau minum pun teh lipton sahaja. CH tak de teh Lipton. Mihmihmih...
Tapi kan, kite tengok strawberi kering kat sini macam murah, 1/2kg dalam RM14 je tak silap, kalau tempat lain dalam RM17 camtu.
Kite kat sini beli jem strawberi yang kecik-kecik je untuk buat survenior buat kawan-kawan rapat kite. Pastu layan air miwa jelly strawberi.



Anggur







Afifa cakap ikan mandi ^__^
Dah habis di MARDI, hunting farm untuk petik sendiri strawberi, pegi farm betul-betul depan rumah peranginan penjawat awam tu. Harga nak kutip sendiri RM25 per box, untuk kutip tu 2 orang sekali masuk. Kami punya rombongan lebih kurang 12 orang. Kalau semua nak masuk feel petik strawberi dah berapa RM ken.  Errr...errr...petik keychain strawberi jela, 11pcs RM10. Baik beli strawberi siap petik la dipasar borong nun RM20 dapat 5-6bekas.
**Banyak jer farm yang menawarkan self pick ni, harga mungkin berbeza-beza tapi driver dah malas nak berenti dah. 

Again, ke pasar borong, borong sayur dan strawberi untuk dibawa pulang. Hoho...Again beli strawberi RM20, untuk 3bekas besar + 1bekas kecik, dan buah kering 6 paket RM10. Selain tu, kite beli FM juga kat sini, 6pcs RM10. Murah la sebab tengok kat mardi dan kedai lain RM3/pcs, paling pun 5pcs je RM10. Kat pasar borong ni, for me kan, pegi kedai belah belakang-belakang lagi murah berbanding kedai-kedai bahagian depan. Apa-pun survey dahulu harga sebelum beli. 

Lastly, kami singgah di Cameron Lavender. Tiket masuk RM5 untuk dewasa, kanak-kanak RM3. Menikmati aiskrim perisa lavender/strawberi dari Hokaido RM5.50 satu + aiskrim vanila RM3. 
Sini pun ada self pick strawberi. RM10 untuk 200g strawberi yang kite petik. Hah... ni kite rasa berbaloi la sikit harganya. Cukuplah kalau sekadar nak memori memetik strawberi. Sayangnya, hari itu tutup pulak bahagian self pick strawberry ni. Maka tak dapat la merasa kutip strawberi. Kite tak kisah pun, budak-budak la kecewa sikit. Overall, Cameron Lavender ni seronok jugalah. Cantik penuh bunga.






Seronok #muhamadthaqifaiman berbuai.



Budak jagung.Senyum!






Terasa kesal tak singgah dekat Time Tunnel, muzium barang-barang lama semua. Pergi ramai-ramai, so kena ambil kira kesesuaian tempat nak pergi juga ken. Later, insya-Allah nak pergi lagi CH ni, nak pergi time tunnel tu pulak.



Comments

  1. Bestnye..kalo ank2 sue p ni mesti depa terkam ikan emas tu. Bab borong sayur tu yg plg best...sayur kt sana segar2 belaka kan? Kakak sue pernah bg haritu masa dia pergi sana.

    Bunga ros yg dibawa balik pun x layu tau...

    Ada rezeki insyaAllah teringin sgt nk g CH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak memang suka tengok ikan tu, ibu ayah, datuk nenek pun layan jer tengok ikan kat MARDI tu. kami memang spend lama kat area situ.tenang saja.

      Delete
  2. Yangg, skangg nih kalau pegi balik kompem sejukkk xhingattt! Hehehehe

    Sya byk kali g Cameron. pasal dekat. kadang2 naek atas semate2 nk makan scones. pg dlm kolm 10 gerak. pas asar da puas makan trun balik. hehehehe

    ReplyDelete
  3. bestnyaa dapat pegi..

    serius jijah tak pernah pegi cameron ni.. teringin betul nak g..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d