Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

M-Life :Persiapan Raya vs rumah kecil kami

Hai! Pejam celik...Tup-tup puasa pun dah nak abes kot... Sekejapnya masa berlalu.  Kalut le lanii nak siapkan persiapan raya pulaks, masuk rumah baru pun time-time ni jugak. Jom layan persiapan kite. ...RAYA...RAYA...RAYA... Baju Raya. 1. Baju Nikah L&P  2. Baju tunang  ** Janji color sama / hampir sama  ^__^ Hadiah untuk parents tercinta. 1. Abah  : Jam tangan 2. Ayah : Kain sarung  3. Mak : Kain pasang  **disebabkan majlis pihak lelaki adalah musim raya ni, hadiah untuk ayah mak diberi pada hari majlis (atas par), menantu sangat membajet sekarang. Ampun mak, ayah sayang. Lain kali kita belanja lain yer. Duit raya. - Done tukar **Sampul duit raya belum beli - PENDING! Zakat Fitrah   - Done since 5 Ramadan Servis kereta - Pending **tunggu gaji husband la... Kuih Raya - Pending **tak beli mahupun order. penat dah bebel dengan suami sayang suruh order sebab dia kata kawan kakak dia buat sedap...

Review : Bridal

Assalamualaikum... Review pasal bridal... Nothing much nak share... PELAMIN I love my pelamin, puas hati dengan RM yang terbang... Sebab penuh bunga... Abah senyum lebar jer nampak pelamin itu...  **ini jo gambar yg jumpa yg agak2 nampak full pelamin. Lepas nikah, kerusi tak sampai lagi. Kerusi itu memang gah besar dabak... hahaha... sampai anak-anak sedaraku berangan nak tidur kat atas tu. Berebut-rebut bebudak nak amek gambar dengan perantins sebab nak tumpang duduk kat kerusi tu.  Dan memang pantang perantins hilang, kerusi tu penuh dengan bebudaks. **kerusi sila refer gambar dibawah-bawah nanti. BAJU Baju-bajunya lawaaaa... Suka sangat. Puas hati! My sayangs bff cakap lawaa, my hubs cakap lawa. My sister cakap lawa-lawa-lawa jer. Hahaha... Sebab pergi pilih baju dengan kakak. **Gambar dibawah copy dari butik post kat FB jer. **gambar yang ni dah siap tergantung di dinding rumah abah. MEKAP Mekap, erm... okay la. Apa ...

M-Life : 20 Ramadan dan rumah kami

Assalamulaikum... Alhamdulillah. Finally... We got our house... Yippie! Semalam dah tidur sana pun setelah 5x trip punggah barang. (Jumaat 1x trip, Sabtu 2x trip, Ahad 2x trip -giler banyak barang kami) Alhamdulillah. Setelah sebulan lebih dok tension jer sebab tak dapat rumah. Kena tipu dengan agen tu. Argh!  Ujian untuk kami kot. Alhamdulillah. Walaupun rumah tu tak seperti yang kami target. Nak 3 bilik. Dapat yang 2 bilik jer. Alhamdulillah. Reward kepada itu. Rumah dah ada peti ais, dapur, dan kabinet dapur serta bertikar getah. Jumaat tengah hari tengok rumah Malam tu terus pindah 1x trip. Pastu p shopping barang asas rumah kat tesco. Semangat sangat beli beras bagai. Berangan nak masak. Lupa, tong gas tak ada. T__T Alhamdulillah. Ada hikmahnya kami lambat dapat rumah ni. Harga lebih berbaloi berbading dengan rumah-rumah yang kami tengok sebelum ini. Disini LRT 10-15min, jalan kaki, Hero, UO, TGV seberang jalan jer...

Mungkin bukan

Hai! Remember dengan entri ada sesuatu tu? Erm. 1-2 weeks itu, saya merasa pening, loya, kerap ke toilet, breast sangat sakit even dok dalam kete terterjun lopak kecik. Rasanya... Fuh! sakit amat. Then, start dengan tompok-tompok darah mula kuar. Mulanya fikir, oh! might im just period.  (But my period should next 8-12days, maybe hormon tak stabil. Tapi my 1st period after married- b4 datang KL, stabil as always.) But, hanya tompok-tompok darah sahaja till day 4. Malam cam takde, elok mandi pagi itu, kembali ada. Do use UPT,  negetive. Ada tanya kakak senior, katanya maybe preggy. Test xnampak sebab baru sangat 2-3weeks, hormon tak cukup tinggi. Even p doc pun, mungkin doc akan cakap yg sama. Day 5, it become merrier till day 15. Pasrah. Mungkin bukan kot. Erm. Kakak senior cakap buatlah UPT lagi. Kadang pregnant pun ada jugak yang datang period. I feel, maybe not. Takot kecewa. Sebab semua rasa loya, kerap g toilet even breast yang sangat sakit ...

1st Puasa Bersama Suami

Assalamualaikum. Pengalaman pertama kali berpuasa dengan suami? Erm. Masa first day sahur, 4.30 am mata tak boleh lena sebab malam sebelum tu tidur awal sangat. 5am kejut suami, sahur kebetulan ada ayam KFC seketul, baki lunch saya. Sayang tak dimakan, kami hadap yang tu jer, kurma 3biji dan nescafe untuk hubs, saya pilih milo. Hubs sambung tidur, saya bersiap-siap. Berbuka puasa pulak, kelam kabut sikit sebab hubs kerja Full, rehat sejam jer petang. Saya decided pergi bazaar ramadan berdekatan pejabat. Beli nasi tomato berlaukkan ayam masak merah untuk hubs dan nasi lemak sambal sotong + kerang untuk saya, serta 1 jenis kuih sebagai pemanis. Wrong decision, jem teruk! 7pm lebih baru sampai LRT, singgah beli air kat speedmart lagi, malas beli kat bazaar sebab macam jauh lagi perjalanan, naik bas + LRT. Well, dan 2minit nak sampai rumah lagi dah azan! Okay! First day puasa, kami berbuka dalam kereta. Hari kedua, sahur. Hujan dengan sangat lebat. Almost nak...

Parcel yang dinanti (baju kaweng!)

Assalamualaikum... Hoorey! Hoorey! Tak sabar nak naik pelamin lagi! <Eh?> Dengan orang yang sama of course! Semangat semalam dapat parcel daripada Veil by Adria Cottage. <buat beading dan tempah veil dengan beliau> Tunjuk kat suami,  Him : Mana boleh b tengok kan dah tak surprise! Fine! Surprise sangatlah. Tak tunjuk pun nanti kang malam-malam ada jugak orang dok pujuk nak tengok... Oh! My hubby... Okay, sambung cerita He! Kita kayu bab designing beading ni. Maka tempah sahajalah. Namun, rasanya kena asah jugak bakat itu, sebab masa buka parcel tu tergunting sikit bahagian bawah baju tu. Adeh!  Nasib baik minor jer. Kalau jahit tak nampak dah kot sebab kat bahagian kaki baju sebelah belakang... Tapi risau jugak nampak cacat. <Pengantin ken, mesti nak lawoo jer, cacat sikit pun tak mau!> Maka kita fikir nak tampal bunga 3d dan sikit pearls sekeliling baju tu. Maka selain menutup kecacatan, kan ke nampak bertambah lawoo baju...

Kadar Zakat Fitrah 2013 / 1434H

Assalamualaikum... Just nak share dengan korang   kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Negeri Tahun 2013 (RM) Perlis 6.00 Kedah 7.00 Pulau Pinang 7.00 Perak 7.00 Selangor 7.00 Negeri Sembilan 6.50 Melaka 6.50 Johor 5.00/8.00* Pahang 7.00 Terengganu 4.50/7.00/7.60* Kelantan 7.00 Sarawak 6.50 Sabah 7.00 (WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan 7.00  *Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras Sumber dari - http://www.mysumber.com/informasi/kadar-bayaran-zakat-fitrah-2013-seluruh-negeri#ixzz2Z5AqyXaU Alhamdulillah, 5 Ramadan 1434H, en. suami dah selesai membayar zakat fitrah untuk kami berdua. Pertama kali suami pulak bayarkan zakat fitrah. Sebagai akauntan ruma...

Progress Preparation Bertandang

Assalamualaikum... Hari ini excited sikit. Beading baju bertandang + veil dah siap, insya-Allah by monday sampai. Nge. Meh nak semak preparation dulu. Tema : Biru Turqoise. Baju Pengantin L&P : Done Veil : Done( Veil by Adria Cottage) Tanjak + Samping : Done (Detik Indah Bridal) Kasut L&P : Done (sendiri) Make-up : Done (Detik Indah Bridal) Photog : Done (BIL) Buah tangan untuk mertua :1. Kain pasang : Pending (Jalan TAR) 2. kain sarung : Pending (Jalan TAR) 3.Apam polka dot : Pending (mungkin buat sendiri?) 4.Pavlova : Pending (mungkin buat sendiri juga) 5. Laici x3 tin (sebab tak tahu nak beli apa lg dah) Mini Pelamin : DIY 1. Kain bulu : Done 2. Tirai belakang : Done 3. Bunga Tisu : Pending (buat sendiri) 4. Lampu x2 : Done 5. Kerusi : Pending (otw to buy)  Doorgift : Done 295pcs. No VIP doorgift. Oh! Baby! I cant wait to do the DIY. Hubs pun sibuk bagi idea itu ini... Good. Tapi jangan plak on the day nak buat dia wat dunoo...

Selamat Berpuasa...

Assalamualaikum... Selamat berpuasa buat semua blogger, bride to be, ex-b2b, erm semua umat Islam. Huhu. Gembira. First time nak sahur sama-sama dengan suami. Nervous. Ntah apa la nak siapkan sahur untuk suami. (harap bangunlah saya masa sahur nanti) Geram. Rumah sewa itu, hmm... (malas nak kata - ujian kami kot) Sedih. Sebab tahun ni balik kampung malam raya - Jem punyalah! Harapan. Moga-moga suami dapat job baru. Moga-moga, dia benar-benar wujud (eh. malas nak menaruh harapan sangatlah). Berlapang dada. Yeah! Jom kumpul pahala berjemaah bersama-sama dengan suami. Wink.wink. Nak share niat puasa etc, macam dah ramai share. Okeylah. Selamat berpuasa. b2b, hah diet elok2 tau. jangan over makan.m2b, take care, makan biar cukup. Jap!  Na share link dengan korang pasal Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika... Jom sama-sama study balik, refresh semula diri kita tentang puasa. xoxo, cik puan jelita.

Ada sesuatukah?

Assalamualaikum... Ada sesuatukah bila post kat fB "I think I got ..." (last monday) Penat. Lesu dan agak loya.(today) Ada sesuatukah apabila perasaan-perasaan seperti itu timbul?^__^ Ada sesuatu terjadi bila rasa macam bendera merah tapi ianya seperti bukan. (I__I) Worried.

Roti Nan Cheese, Ayam Tandoori dan kembali bercinta

Assalamualaikum. Kenapa dengan tajuk entri begitu? Actually, me n hubs dalam keadaan stress sikit minggu ini. Bukan merajuks dah. Tak gaduh dah pun. Saling sayang jer.  Stress sebab apa? Lain entri la. Tak mood! So, last nite, we having nan cheese bersama ayam tandoori kat kedai mamak. Kami anggap ianya terapi untuk kami tak memikirkan masalah itu. Sambil makan, borak-borak. Me la suka tanya banyak-banyak kat dia. Bila tengok kuah dhal dia dah kering pun masih dok cicah jugak. Me : Kenapa tak makan kari? (Walhal saya sendiri tak sentuh kari yang dihidangkan bersama nan cheese itu) Him : Kalau ada dhal, memang tak makan kari. Me : Owh. Ayang if makan roti canai dan mereka bagi kari, ayang rela makan dengan gula jer roti tu. Him : Erk. Me : Ahaa. Erm... B loves sayur. Then B makanlah salad tu, Ayang hari ni tak nak makan sayur. He. Him : B baru first time makan tandoori. Tak tahu pun nak makan macam mana. (Tandoori itu dihidangkan bersama sehiris l...

Teduhan Kasih Finale

Assalamualaikum... Eh! korang follow tak cerita teduhan kasih tu? Kalau follow tu mesti tau semalam final episod dia. Erm...kita tak nak cerita tu pun. Main story dia begini...  As peminat tegar story itu, haruslah saya sangat berkejar-kejar balik kerja semalam demi nak tengok cerita itu di kedai makan. Well, kami kan belum ada tv. T__T Tapi... Sekali en. suami tersekat dalam jem otw nak ambik saya kat LRT. Biasa 15min camtu jer waiting, semalam sejam lebih. Almost 7.30 baru nak sampai. Muncung le kite! Me : tak mo tengok,balik terus jer! Him: Betul tak nak tengok? Me : Tak nak! Nanti lambat masuk keje balik. Him : (diam) Sampai rumah terus muncung didalam bilik (buruk norrr perangai). Nyesal plak jual mahal tak p tengok cerita tu. Hua!  Tukar baju, basuh baju terus online tonton.com.my. Huhu. Tengok Teduhan Kasih episod hari sebelumnya konon nak sejukkan hati. Habis episod tu, tengok dah ada episod baru punya. Yeay! Excited kunon. ...

Review : Cerita DIY Guestbook Jimat.

Assalamualaikum... Well, banyak sebenarnya impian perkahwinan saya. Ada yang mencapai ada yang tak tercapai. Hu. Agak ralat dengan wedding pic... Should i get the second photog. Nge. Namun tak apalah, benda dah lepas pun. Apa yang penting sekarang, saya bahagia disisi suami yang sangat saya kasihi. Okay.  Hari ni nak story pasal wedding guestbook. I did it myself.  Guna powerpoint jer pun. Actually plan untuk guestbook ni lain. Nak binding dengan cantik-cantik with silver writing on the hardcover. Gitu! Namun, since dad sakit that day, myself dah kelam-kabut, dan tak sempat print awal-awal. Print pun 1 hari sebelum nikah kot. Print guna kertas 200g supaya keras sikit. Maka, rancangan pun berubah.   Malam selepas nikah, my bff, Tia yang buat, tebuk dan ikat reben comel-comel... Nasib baik print guna kertas 200g, so end of the day guestbook itu masih cool, dan bukannya lunyai! front page...  2nd page - our pictures.  3rd ...

Married Life : 1st Month annivesary

Assalamualaikum... 30 Jun 2013... Genap sebulan dah jadi hubs and wifey. Alhamdulillah. Sweet moments...we through together... Wish we will be together till Jannah. Special thing for special day. Erm. I Kindda blurr what to do. Want to cook? No... Nothing at home. Urgh! Want to have special dinner outside? Erm... Saving! On Friday noon, go to the cold storage with cik susu and nabilah. I bought, Chupa Chups because hubs love it like I am...hahaha ...3pcs RM1. Saving! Take 5 bundle. Make a bouquet, print plain label, make it as cards.  Hikhik. Simple but being loved! Since Floral Festival still not ends. I asks hubs to go there. Before that, having lunch at Aeon Ampang first. I love shizzling, he wants claypot rice. On the ride, get set and go! Always jadi model tak bertauliah en.suami. cheese!  Floral festival, lets take pic with the flower!  Feeling-feeling bersanding lagi ala taman plaks. Tapi bergambar malu-malu sebab tak bi...