Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

print gambar lagi

Assalamualaikum. Hello world. Mood happy. Suami dibumi kelate doh arini...  Mood lagi happy sebab 2nd time claim free print 50 keping gambar...1st time claim free print SINI . This time print gambar bersama suami tersayang dari zaman bujang-tunang-pre-wedding-nikah-sanding-post wedding-parents now. Order Khamis last week, Selasa hari tu dah sampai dah. Servis terbaiklah! Saje malas story sebab ni sebahagian dari surprise. Kikiki... Tak nak kantoi punya pasal siap guna emel kakak lagi tau. ***************************************** Selingan... OFF to Selangor/KL tomorrow to attend my bff wedding. Sambil menyelam minum air.  Sesape rasa nak produk SEQYBEAUTY   All ready stock  -BBCream code 1,2,3 -Cleanser -Sakura Mask boleh je order untuk COD area berdekatan seri kembangan, kota damansara, subang bestari, damansara utama, IKEA, cheras, taman melati silalah whatsapp  0109064732 Booked from my friends.

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

Assalamualaikum... Sekian lama berehat dari join GA... Mood nak join dah mari! Semoga ada rezeki disini. Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :- 1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia 2) Buat Entry bertajuk  "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015" 3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry 4) Letak link sponsor dalam entry Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses Awanazstyle Muslimah Shop  5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini  6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",) TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015 HADIAH UNTUK PEMENANG IntaNBerliaN MEGA GIVEAWAY 2015 PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)

#muhamadthaqifaiman 1st boat ride

Assalamualaikum... Cerita Sabtu lepas. 25.4.2015. Tetiba few day before tu abah ajak pergi rumah kawan dia kat pulau teluk rejuna... Hihi... Mestilah ibu Thaqif nak follow. Gian nak berjalan on weekend asyik merap kat umah je. Teruja lagi sebab nanti nak tengok reaksi Thaqif naik bot cemana, takut atau tidak...  Selfie dengan ibu dalam kereta. Bout kol 11 kiteorang sampai kat jeti, call kawan abah, dia datang ambil kami dengan bot dia.  Jom naik bot. Blurr je orang baru bangun tidur terus naik bot.  Dan... Thaqif relaks je naik bot. Suruh pakai topi tak mo, nak tutup kepala dengan tuala pun tak nak jugak. Suka main angin, tengok air. Sampai rumah kawan abah tu, best. Naik je,dah hidang makan laksam. Pastu, sira labu, kemudian makan tengah hari pulak dengan kerabu nipah dan asam pedas ikan. Kat umah tu tak mengambil gambar la plak. segan. But, well best jugak sometimes lepak kat pulau camtu, tak de kenderaan buzzing around. Teru...

Bergilir-gilir Cuti

Assalamualaikum.. Always cerita Thaqif, family, resepi, shopping je kan? Kerja tak citer pun? Yang tahu sibuk jelah hari-hari tapi entri ada hari-hari. Muahaha... Magic? Maaflah itu semua auto-publish je ye kawan-kawan. Ada masa free, pulun bikin entri. Pastu schedule je siap-siap. Blogwalking pun scroll laju-laju je tak sempat komen bos dah lalu belakang terus tutup web browser. Cover u'alls! Eh! bukan tu nak cerita.  Ceritanya cuti. Seksyen kite ada 3 orang je tapi selalu rasa berdua je, pasal abang senior tu selalu sakit-sakit, masuk wad, ada appoiment doktor semua. Tapi takpe, part tu kami memahami je sakit bukan kita boleh jangka. Yang berdua ni la selalu jadi penganti satu sama lain jika salah seorang nak cuti... Pendek kata, kami berdua tak boleh cuti sekaligus. Kena bergilir-gilir cuti. Pergi kursus ke apa pun tak boleh pergi sama-sama kecuali bengkel/mesyuarat yang melibatkan seksyen kami la. Nak jadi cerita,kami berdua ni isteri orang yang sua...

#muhamadthaqifaiman solid food : ChawanMunshi

Assalamualaikum... Ibu mood malas memasak (untuk diri sendiri) tapi kesian tengok telur sebiji terkontang-konting kat dapur tu. Kebetulan plak tengok ada mummy kat kelab bento share buat bento chawanmunshi untuk baby dia. Bahan pun macam cukup je. Apa lagi, marilah menggodak menu baru untuk Thaqif. Muahaha... **Resepi untuk anak yang pass telur. Resepi olahan sendiri, dengan bahan minima untuk baby. Bahan-bahan :  1 biji telur, 1senduk chicken stock, ayam, lobak merah, dan brokoli. **any sayur yang baby dah pass. Cara-cara : 1. Ayam, lobak merah, dan brokoli di rebus sekejap **kite guna yang sedia dimasak dengan sup dah. 2. Toskan bahan yang direbus, masukkan ke dalam bekas, cawan kosong. **kite guna bekas untuk kukus apam polkadot tu je. 3. Pukul telur+ stok ayam+ kicap(optional) 4. Tuang dalam bekas yang berisi ayam dan sayur. Kukus dalam 10 minit. **kite kukus guna lunchbox sahaja, bawah masak bubur, atas kukus chawanmunshi ni. Thaqif mak...

Diari Dapur : Homemade Gravy Meatball ala IKEA

Assalamualaikum... Kawan kite cakap, menarik sangat menu meatball ala ikea post kat FB.  Jujur saja, daku google joo resepi dia.  Jumpa kat blog Adlil Rajiah. Nak tulis resepi macam panjang sangat bahan-bahan dia. Lupa nak bagi bahan-bahan meatball itu selfie untuk tepek sini. Kalut nak kasi surprise kat sben kite aritu ken...  Pun copy picture resepi dari blog Adlil Rajiah jugalah la untuk gravy itu. Guna meatball instant je brand Marina. Pastu fries pun instant, brand (lupa). Semua nak cerita jugak ke? Dah! Sila sama-sama telan air liur tengok gambar okey... Dah gaji ken? Laju-laju singgah pasaraya balik keje kang beli bahan hookey. Bye! 

#muhamadthaqifaiman 1st training toothbrush

Assalamuaikum. Sebenarnya, part berus gigi ni macam blur-blur je. Hari tu dok membelek cari online shop jual disposible breastpad kegemaran secara murah, terbelek sekali bahagian babies dan ternampaklah berus gigi. Barulah macam tersedar dari mimpi bahawa anak dah ada gigi, kena training berus gigi. 15/4/2015, balik kerja tengok ada parcel. Thaqif merengek-rengek nak dukung etc kala ibu sibuk nak simpan susu etc. Maka, marilah ajak dia sama-sama bukak parcel kasi jangan ekkekk sangat. Dan dialah orang yang paling bersungguh-sungguh nak ranapkan kotak parcel tu.^__^' Sudah bukak parcel, bagi dia berus gigi dia. Memula dia pelik-pelik je. Then explain kat dia, tunjuk cemana nak berus gigi, test kat mulut dia. Suka je dia buat sendiri pulak. Dah ibu nak amek gambar dia, pusing-pusing je, ingat ibu nak amek berus gigi dia la tu. ^__^'   Finally dapat la amek gambar sekeping hantar ke papa. Mihmihmih. Dah tu tak lepas berus giginya, ikut atok solat pun berus ...

KB STREET FEST @ KTC

Assalamualaikum... Sabtu,  11Apr 2015, membuat OT demi mengumpul cuti. -Suami nak balik pulok ni bulan depan. Tup-tup dok OT, abah kata dia datang amek, terus nak g kenduri kawen. What? Dengan i'olls bedal jeans dan t-shirt je datang OT terus nak pergi kenduri? Oh! Nonono... cannot. Ting! Nasib baik teringat KTC ada KB Street Fest minggu ni. Kikiki. Maka burn aa sejam OT demi menjelajah KB Street Fest mencari pakaian sesuai. Huhu... Ok fun jugak sesekali ke fest camni, cuci-cuci mata, untung-untung dapat harga murah-murah, cantik-cantik straight from vendor. Most vendor ni niaga secara online thru ig, fb, ni aktif pulak join fest camni memang bagus sangatlah. Berpusing-pusing, jubah lawa, tapi tak nursing friendly.So plan b, cari skirt sajo match dengan t-shirt kite. RM30. Bolehlah. Malas nak tawar-tawar sangat, desprate dah ni. Then, dah lama teringin nak makan kek sejak sebelum suami balik tapi tak dapat pun. Maka, marilah kite mencari sesuap dua kek. Tara......

CPUV APRIL PART 1

Assalamualaikum... Poyo sangatlah cpuv siap ada part 1  bagai... Bukan apa, teruja sebenarnya... April ni nuffnang baik hati sangat, baru 2 minggu melalui April tapi keep dapat cpuv baru sokmo... Terharu i'olls! Alhamdulillah. Rezeki #muhamadthaqifaiman la ni... Tq kawan-kawan yang singgah klik-klik tabung si comel kite! xoxoxo... CPUV April Part 2

TERIMA KASIH DAUN KELADI mommasuci.blogspot.com

Assalamualaikum... Rentetan masuk GA  Wedding Anniversary Giveaway NealofarHijab . Rezeki jadi peserta pertama kot, menang hadiah saguhati. Nama je saguhati tapi hadiah worth RM50 berupa cash vaucher Pak John Steamboat. tQ sis Aini aka momma suci. Sampai hari Khamis, 9/4/2015 lagi. Abah pun pelik-pelik kemain bungkus cantik dalam plastik parcel, tapi nipis jee... Siap tunggu sama kita buka parcel tu. Kite tengah mamai-mamai tersedar malam-malam since awal dah terlena sama dengan anak. Abah pulak tak tidur lagi. So, dah nampak abah teruja sangat, bukak la jugak. Dia fikir itu kad kawen dari kawan kite. Hihi... Bukak-bukak rupanya baucer steamboat kan. Terus dia pun teruja sama. Terus cakap, 'Nanti kita pergilah.' Eh eh? Sapa yang menang? Sapa nak bawak abah ni? Hahaha...  Dalam hati joo... Untuk abah segalanya bolehlah. Insya-Allah. Alang-alangkan awal May nak pergi KL. Bolehlah singgah makan-makan. Terima kasih daun keladi, lain kali nak lagi... ...

kenapa tak boleh simpan duit guna akaun yang provide online banking

Assalamualaikum... Kala canggihnya zaman teknologi, siap ada online banking. Dunia dihujung jari je u'alls... Wow.wow.Best, senang dan jimat masa. Tapi yang kita semua tak tahu sebenarnya BAHAYA okey. Sangat BAHAYA. Kerana, yelah sekarang senang je nak kena scam ke apa. Siap ada web sebijik sejiban dengan online banking tu menipu duit kita. Horror. Okey. Itu semua kes berat sangat. Malas nak bincang. Semua dah tahu good and bad side. I tell u. Myself yang tak boleh simpan duit dalam akaun bank yang ada online banking. Sebab dunia dihujung jari ken.  Tetiba terasa nak makan pekasam google je pun terus boleh order online. Semua boleh poslaju je. Tup-tup sampai depan pintu.  Bukak parcel terus goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Pastu bertambah-tambah nasi lagi. ;p Diri sendiri letew. Online shopping yang memudahkan betullah! And make me shopping je... That why I can save my money in account that provide online banking... tension la macam ni... ...

Cashback thru ShopBack

Assalamualaikum... Nak share good thing with everyone. Shopping sambil collect point itu best, tapi shopping pastu dapat duit double best okey sebab kita akan nampak duit bukan sekadar point ribu-ribu tapi bila convert duit terus kurang best. Hihi... Meh perkenalkan get cashback when we spend online through  ShopBack . Why use  ShopBack ? How to use  ShopBack ? Popular Merchant Deal at  ShopBack Best jugak bila guna  ShopBack   ni dah siap-siap combine dengan BCard. Shopping melalui ShopBack automatik BCard kita dapat point jugak. Bestlah. Dah earn duit, earn point jugak. Berbaloi-baloi. Selain daripada itu, melalui  ShopBack   juga kita boleh dapat coupon code untuk digunakan ketika shopping tu, klik je any merchant yang korang rasa nak shopping tu terus keluar macam kat bawah ni. Sila rasa best dapat guna coupon code untuk dapat less, pastu claim cashback dengan  ShopBack .  Dah lama buat ...

BABY WAREHOUSE SALE APRIL 2015

Assalamualaikum... Dok surfing... Dan jumpa iklan Warehouse Sale.... Alahai...bestnya kalau dapat pergi ken. Tak dapat pergi, cukuplah share dengan mommy-mommy sekalian info-nya.

Diari Dapur : homemade carbonara gravy yummy...

Assalamualaikum... Hari tu pernah dah share resepi sos carbonara simple sedap tu. Hasil dari google-google dan olahan sendiri jugak resepi. This time, again ubah bagi suai rasa sos carbonara itu. Dan hasilnya memang yang ni paling melekat dihati. Sedap bangat. Husband makan tak dan 5minit dah licin pinggan. Pinggan atas tu husband punya. Asalnya, pinggan beliau adalah lagi penuh berbanding pinggan kite. Kite baru tuang air, dia dah mula makan, kite nak snap gambar, dah tinggal banyak tu. Laju benorr... Sedap sangat katanya. Lamoo tak makan air tangan isteri. Bahan-bahan : 1. susu segar 500ml 2. 1 paket vono mixed mushroom (agen pemekat aka penambah rasa sedap) 3. Saudi scallop ayam extra cheese (dipotong dadu) 4. Spagetti 5. Bawang putih 3 ulas -dicincang halus 6. Chesdale (takde pun xpe tapi kami penggemar cheese tegar maka tak boleh tinggal ni) 7. minyak zaitun (kite guna minyak masak biasa je) Cara-cara : 1. Spagetti direbus dalam per...

Bila suami balik, makan-makan-makan

Assalamualaikum... Sebenarnya plan baik punya nak bikin special surprise tu tak berapa menjadi pasal suami tukar tarikh pulang etc. Maka, marilah pikat hatinya melalui perutnya sudah. Muahahaha... Dok sama-sama jelah perut boroi jap, dok berjauhan gini masing-masing perut slim je. Makanan kedai kat sana tak kena selera katanya. Hom la ore selero pata timor dok hadap menu ore selatan mana kena. Normal suami balik kadang tak sempat manjakan perutnya nak makan apa sebab sibuk ke sana ke mari dan sibuk kerja, balik kerja terus singgah kedai makan, sampai rumah kadang flat sama-sama dengan anak. This time, alhamdulillah tak dan hari-hari masak pun, semua menu yang kite cadangkan tu memenuhi citarasa perut suami. Konon pagi Rabu tu nak masak nasi lemak sempena sambut suami balik. Nanhadoo. Tapi selasa malam tu awal-awal dah buat cheesekut sebekas. Maka suami minum pagi sambil meratah cheesekut jela sementara nak keluar lunch dengan isteri. Sat je suami hadap cheesekut n...

Baju Raya 2015 Dah Setel

Assalamualaikum... Rentetan dari entri biru laut oh biru laut, maka pembelian parents punya baju raya pun dah selesai.  Diri sendiri punya kain baju raya dah siap beli lagi awal, dalam awal disember kot sebab berkenan kainnya. Eh. Masa beli kain kat parents, kite pun ada beli 2 pasang kain untuk kite sendiri jugak pasal macam dah lama tak jahit baju baru je kan. Sekali-sekala spend jugak untuk sendiri jugaklah. Lepas tu awal Mac, pergi ke pasar tani nak cuci mata je, tup-tup jumpa orang jual baju melayu baby comel-comel. Pilih-pilih berkenan dengan satu pasang. Warna plak akan-akan dah kain yang kite beli untuk kite masa Disember 2014 tu. Tengok saiz semua, macam okey je, harga pun murah sangat RM30 grab terus untuk #muhamadthaqifaiman. Color? Surprise! Raya baru tunjuklah. Kain kite dah selamat hantar ke tailor...Yeay! Suami punya baju, beli siap sudah la. Senang. Malas pening-pening. Pastu tuannya tak berapa semangat pun nak beraya sebab tahun ni pagi raya d...

Saya Nak Menang Baju T-Shirt Rekaan Instashop Kloseteers Apparels

Assalamualaikum

misi mencari buggy #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum... May bakal travel ke KL untuk kenduri sahabat... Sambil menyelam minum air of course nak bawa anakda beta itu bergumbira juga. Since anak dah panjang akal tak mo sangat masuk carrier dengan papa. Nak dukung dengan ibu saja, makin kering ibu nak oiit... Bincang-bincang. Marilah kita mencarik buggy la sebijik kasi dia dok situ dediam.  Ibu pening. Biasalah ibu punya taste tinggi. Perfect tapi nak harga murah. Survey online. Survey offline. Rujuk link bawah ni menjadi guideline, pun best-best stroller yang disenaraikan. 8 Stroller Lipat Payung Yang Ringan Dan Murah Pilihan Lovebaby. Tapi masih belum memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Ciri-ciri dikehendaki : 1. Buggy/light weight/lipat payung aka save space. 2.Ada bumper bar 3. Boleh recline (perlu kot Thaqif penat dan tidur, kesianlah kalau tak boleh turunkan seat dia) 4. Bajet RM200 (bukan nak pakai hari-hari pun, murah-murah dah le) Antara buggy yang menarik hati ...

WW: Jakun sebentar

Assalamualaikum... Jakun sebentar bila belek akaun nuffnang dan nampak button cashout... Selama ni tak dok pun pasal tak capai minimum untuk cashout. Alhamdulillah.  Rezeki #muhamadthaqifaiman letew. Belum cashout lagi pun tunggu jadi bukit dululah baru cashout. Nak masuk tabung haji dak Thaqif jua, insya-Allah.

Baby N Kidz Fair @ KTC

Assalamualaikum... For the first time pergi baby n kidz fair yang diadakan di KTC pada 19-21Mac2015 lepas. Teruja sangat. Hari pertama terus ajak kawan-kawan ofis pergi. Best jugak. Walaupun tak sebesar mana fair-nya tapi for me its complete. Ada booth jual baby wearing, breastpump, susu, stroller, aksesori baby, pampers(diapex dan dry-pro). Pergi sana, daftar terus dapat goodies bag yang ada sampel pampers diapex-2pack, gula-gula getah boomers 4ketul, seketul wet tissue. Kite memang beria nak pergi tapi tak mampu nak beria shopping pasal belum gaji. Uhuks... Yang dibeli hanya 3pasang stokin dan pre-walker untuk Thaqif. Total RM25. Murah.   Tapi kasut tu tak muat kat Thaqif pun. Kemaen teruja beli, tak sabar tunggu waktu balik kerja nak kasi test kat Thaqif etc. Ambil saiz 1 (ibu ingat saiz tu berdasar umur, bila selidik saiz 1 untuk babies 0-6m.)  T__T Nampak sangat ibu tak pernah shopping kasut kat anak. Asyik pakai kasut warisan zaman-berzaman ya...

Perkembangan #muhamadthaqifaiman 11bulan.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada Allah berikan kesihatan buat anakda #muhamadthaqifaiman serta kami sekeluarga. Juga memberikanku kekuatan dan memudahkan perjalanan sebagai seorang ibu yang menguruskan anak sendirian. 11bulan dah anak hari ini. Sekejap je masa berlalu. Bulan depan boleh tiup lilin happy birthday dah. Yeay! Semoga membesar menjadi anak yang sihat aktif dan soleh ye sayang. Going 11m, Thaqif makin aktif, berat badan makin susut. Stress ibu, pakat cakap anak ibu kurus. Ibu stress pasal ingat semua orang fikir ibu tak kasi makan kat anak. Padahal Thaqif ersangatlah aktif. Kadang 1 hari tu tidur sejam dua je (itupun atas kereta waktu hantar dan ambil ibu kerja). Hebat sangat dah panjat meja makan. Main mainan kereta. Main bola. More suka berdiri, suka jalan-jalan sendiri dengan syarat pegang kedua tangan dia. Memang senyum jelah dapat berjalan sendiri kan. Pandai mengajuk semua orang buat bunyi.(Eh, sebenar...

#MUHAMADTHAQIFAIMAN BERENANG KAT TELAGA BIJIH, BATU GAJAH, TANAH MERAH.

ASSALAMUALAIKUM... Ahad, 22 Mac 2015, kelantan cuti lagi sempena mengundi dun cempaka.  Kak Iza laju je sms ajak pergi picnic... Hoihoi... Memang excited la i'olls nak bawak #muhamadthaqifaiman main air lagi... Pelampung dah siap beli lama lepas balik dari pergi main air pantai lagi. Beli kat Giant joo RM19.99. 1day before, test drive dok kat pelampung lepas ibu susah payah pam pelampung.Kikiki... Memula macam, erm...kalau dapat neck float lagi best kot untuk thaqif, atau swim trainer tu...Erm.erm. Ibu memang mengada. Pagi-pagi hari bangun dengan ceria je budak kecik ni. Teman ibu siapkan sandwich, goreng cekodok atok loading barang... Buat semua dengan slow motion. Sekali kak Iza call kol8.30, dah gerak dah ni. Atok pun kalut-kalut pergi amek opah. Ibu dan Thaqif tak mandi pun terus pergi. Kohkohkoh... Halal kira mandi kat tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan, Thaqif excited je, tak tido pun sibuk membuas dalam kereta, panjat bonet belakang la semua. Haish....