Assalamualaikum... Part 2. Last 2 weeks, cerita Thaqif mula potty training balik dan mengambil masa untuk dia cekap menahan kencing balik. Minggu lepas training lagi. Hari jumaat tu drama jugak. Sampai tengah hari je semua seluar kecik dah habis basah. Terkencing,terberak. Hampir-hampir dah ibunya nak suruh pakai diaper balik. Pastu positif balik minda. Thaqif dah berak pun. (Normal Thaqif poo sekali je sehari)Teruskan jelah. Dah separuh hari berlalu dah ni. Maka, berlalulah hari jumaat itu dengan jaya. Sabtu, lagilah berjaya. Cuma tak poo pun aritu. Tahan jelah kot hingga waktu pakai diaper. Hoorey. Khamis 12 januari, ibu EL sebab dua-dua anak demam panas malam sebelumnya. Thaqif pun bangun pukul 9 dah kot. Lemah longlai lagi kononnya. Tapi dah bangun tu kena ubat demam, dan mandi terus kebah dah demamnya. Terus makan roti canai habis 2keping. Ingat nak free diaper jugak dah, tapi risau jugak kot demam mungkin kembali ke apa sebab pernah...