Followers

Thursday, 27 December 2012

Murah! Murah! Murah!

Assalamualaikum and hello...
Just wanna to sharing... Minggu lalu keluar berjalan shopping dengan en.Tunang kat Jalan Tar sehingga Masjid Jamek. Argh...Murahnya... Geram...
Sepanjang jalan menuju ke masjid jamek dari jalan TAR itu, kiri kanan orang berniaga peplum, blaus, murah-murah below RM30. Okey itu biasa disitu. Nah, sampai area masjid jamek baju pengantin harga below RM100 pun ada sepasang. Speechless. Bertahan. Masuk satu kedai pakaian ni - Muaz... Hamek! halfmoon bermanik yang peniaga kat luar dok pung pang kain dari indon, kain dari india RM90+ dekat kedai ini hanya RM24.80 je okey...  Terus saya grab tiga helai walaupun en.Tunang da tarik muka 14. Saya beli nak pakai untuk majlis kitalah awak.
Dekat Muaz  tu baju pengantin, blaus, cardigan, tudung pun ada dan dia ada 2-3buah kedai kat masjid jamek tu. better masuk yang paling besar, kat situ ada banyak barang lagi.
The most, halfmoon la. First pelik jugak, kenapa harga murah sangat, ada rosak ke apa tudung ni, kain dia tak ok ke? tapi belek-belek okey je. 
Maaf entri tak bergambar.
# for me, jenama tu tak penting as long benda tu cantik, okey, beli sahaja. korang macam mana?


 


Alhamdullilah...Check Out from the hospital

Assalamualaikum...
Lots of the love for everyone...Terima kasih atas doa kalian. Abah baru call, mama dah boleh keluar wad. Huh. Semalam hari agak kritikal kot, blurr even orang call buat saya sangat scary. Cakap phone etc blurr je...Applicant datang pun blurr...adoi! Sekarang dah memulih okey...
Malam ini balik kelantan..Yeah...Masak-masak untuk mama, nak jaga mama...

# dah tekad ni cukup je enam bulan kerja kat sini nak apply balik kelantan. nak jaga mama dan abah serta memulakan hidup bersuami disana. semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan saya ya. Insya-Allah.

Wednesday, 26 December 2012

Re-admitted to hospital...-Mum-

Assalamualaikum...
Malam semalam my mum re-admitted to hospital.
Sedih. =(
Sekarang every SMS / call yang masuk buat saya rasa gerun. Risau sesuatu yang teruk.
Abah call dah suruh semua anak-anak balik. Dad never like this.
Sabar mama, adik balik khamis ni k. Apakan daya cuti tinggal dua hari, kalau tak memang semalam jugak saya berlari balik ke sisi mama.
Ingat everything going better bila mama dah keluar hospital 23 Dis tu. Masa tu abah mama semua tak kasi balik. Mama sendiri kata makin better, sekarang...ouch... i wanna to cry. 
Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan mama. Sembuhkan dia Ya Allah. Aku bermohon kepada-Mu Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Mengasihi. Aku masih perlukan mama. Allah. Allah.Allah. Ya Allah. Kasihani hamba-Mu yang lemah ini.

# Kawan-kawan yang baca entri ini, tolong doakan kesihatan mama saya. Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk mama. Saya amat menghargai kesudian kalian.

Thursday, 20 December 2012

Say goodbye to Ronasutra, Say Hello to Supra...

Assalamualaikum...
He... Tara... Inilah parcel yang dinanti-nantikan semalam. Express betul. Petang kelmarin order, petang semalam dah sampai.
108 color eyeshadow MISS ROSE, shading&highlight MAC, foundation supra KRYOLAN, tv stick foundation KRYOLAN (sorok eyebag), make-up remover MAC, eyeliner, eyebrow, latex sponge dan concealer (free gift).
Bila sampai parcel ni semalam, gosip-gosip la dengan officemate, cik Liyana. Cerita pasal supra, dan mekap-mekap. Biasalah girls kan... Liyana cakap,
 esok try la pakai supra, nak tengok, kalau ok nak beli jugak. <Again-biasalah girls>
He. Sebenarnya malu jugak nak pakai supra datang ofis, takut macam over je.
Akhirnya pakai jugak. Konon untuk bagi Liyana tengoklah cemana, okey ke tidak.
Keluar bilik tadi, housemate, cik Tika tegur
Akak nampak lainlah.Comel.  
Tika ni semua yang saya guna pun comel, bagus je. Maka, tanya pada cik Zeeta yang pro mekap-mekap ni,dia cakap
Okey la Aimi, cantik. Supra tu masuk dengan kulit. Bagus.
Oh.He. Senyum.Suka.
Kat ofis, baru nak lintas Pantry, Puan Haza tegur
You mekap cantik hari ni. I rasa you sesuai la mekap light macam tu. Cantik. Natural je. 
cik Zati pun mencelah jugak
Lainkan? tadi tengok 2-3 kali, ingat orang lain. Okeylah. Sesuai.
Teruskan kami borak-borak sikit. Hehe. Supra. Pakai sikit je tapi aura dia terbaik.
cik Liyana datang, tengok saya dan terus berkata
Cantik. Nak belilah, kalau share beli yang besar berapa? < saya suggest dengan Liyana untuk beli yang besar dan kami kongsi berdua. Jimat.
Maka, foundation terbaharu pilihan hati supra. Tak nak ronasutra lagi, bukan ia tak okey tetapi ia susah nak diuruskan. Hari itu beli untuk mekap tunang, 2 minggu guna macam dah nak separuh sebab asyik tertumpah la, tension jugak.
Best ke supra? Macam mana nak pakai?
Supra best! Sebelum pakai supra, cuci muka bersih-bersih kemudian calit macam pakai krim (guna span) lepas tu ratakan je guna span latex. Splash dengan bedak compact guna berus sikit, dap-dap blusher dan lip ice. Siap pegi kerja. Ringannya macam tak berbedak.  FYI saya pernah pakai supra masa kenduri kahwin puan Wawa, cik Iefa mekap saya guna supra ni. Masa tu cik Iefa pakaikan tebal jugak.
Tak berminyak ke kulit pakai supra ni?
Tipulah tak berminyak kalau dah duduk bawah air-cond 8 jam. Dap-dap je guna span latex tu. 
Mahal ke supra ni?
Produk bagus, cost la sikit. Saya beli trial yang paling kecil je sebab nak try, sebab kakak, ck eina menghasut suruh cuba dermacolor <sesuai untuk kulit berminyak dan juga tutup jerawat, parut jerawat semua. Motif : kulit saya>. Pening, so beli trial je dulu la. Trial memang ciput je, tapi kalau kena cara pakai, tahan sampai tiga bulan okey. Kalau beli besar punya mesti bertahun baru habis la. Jadi, berbaloi je invest untuk ini, beli sekali pakai bertahun, dah kurang cost setiap bulan beli bedak compact dan foundation yang biasa pakai tu.
Supra ni satu color untuk semua skin ke?
Ada banyak warna sebenarnya, tapi saya dah usul periksa dengan cik Iefa yang mana okey, she suggest fs38, ianya natural color untuk supra. 
Nak beli supra jugak?
Jom shopping dengan kak Hani disini. Dia sangat ramah. Whatever about make-up, just ask her, she will help suggest the best product for you. 
Hari ini saya order dermacolor untuk kakak pulaks - cik eina. Tak sabar nak tengok my sister ni make-up, she never do before... Sesejak bertapa sebelah saya masa saya tengah make-up untuk majlis tunang tu, dia pulak belajar mekap dengan saya. Duduk sama-sama macam tu macam-macam kami kongsi cerita. Dia berkobar-kobar nak make-up. Baru terasa nikmat ada kakak, gelak, borak, kongsi cerita, info semua. Dulu saya kena buli je, tak rapat dengan kakak-kakak sebab jarak umur jauh. kakak atas saya, cik tie kami jarak 6 tahun kot. Saya masuk sekolah, dia kat asrama, dan bayangkanlah jarak umur dengan kakak yang lain, lagi jauh ye.
Sharing is caring. Lets be beautiful girls.


 
 

Wednesday, 19 December 2012