Followers

Monday, 29 October 2012

End the holiday...Back to work...

Olaaa...cik jelita's story book...
Holiday itu terasa seperti ribut je. Adoi! Way back to KB, jam 2.30 pagi malam raya sampai kat home sweet home. Penat.
Hari raya pertama. Pagi-pagi dah bangun siap-siap, kebetulan ada saudara yang meninggal, maka saya pun mengikutlah mama dan abah ke rumah mereka menziarah. Tak rush nak ke tempat korban bcoz mama mahupun abah tak korban, my second bro-in-law n my forth sister je yang korban. Sooo... biarkan mereka sahaja yang menyibukkan diri. Saya, mama, abah dan anak saudara sampai ke rumah pak cik (pusat korban) dah waktu lunch. Citernya kesian kakak n abang ipar tak dapat korban lagi, gara-gara lembu terlepas. Nasib baik seekor lembu dapat dikorbankan, dapatlah buat masak-masak juga tengah hari itu.

Hari raya kedua, hari kenduri rumah sepupu, tapi mak cik dah cakap everything ready, tak perlu dah nak potong bawang, rewang semua. Maka kami sekeluarga beraya di rumah mak cik di sebelah mama. Memula, menziarah kubur arwah nenek dan atuk. Unik dan seronok di kampung mama ni, hari raya kedua memang di khaskan sebagai hari menziarah kubur tak kira raya puasa atau raya haji. Sama-sama akan buat tahlil disitu dan kemudian bagi duit raya untuk kanak-kanak. Duit raya tu hasil dari sumbangan dari orang-orang yang datang menziarahi kubur juga.


beratur!beratur! nak bagi duit raya ni...

Kehadiran kanak-kanak pada hari raya haji ini tidak seramai semasa hari raya puasa yang lalu tapi tetap meriah!

anak sedara saya gigih menanti nak dapat duit raya

anak-anak sedara saya yang excited dapat duit raya. RM5 kot! mahu tak seronok...

 Knok!knok! Habis beraya di kampung mama, kami kembali ke rumah sepupu saya yang berkenduri hari tersebut. saya membantu mana yang patut. Petang tu, belum sempat nak sambut rombongan pengantin lelaki, saya dah cabut balik KL. Conclusion, mood nak pergi survey cincin itu hangus begitu sahaja.

Hari ini selamat bekerja sudah. Semalam? Rehat kat rumah sahaja, pergi makan malam dengan my mr. Biasalah update diri masing-masing. Kami berdua bila balik kampung, macam gaduh dah, telefon entah kemana, macam lost contact sebab sibuk dengan diri masing-masing, kalau mesej pun satu dua je. Bila saya nak gerak balik KL baru saya mesej dia. Bila dia gerak nak balik KL baru dia balas.

No comments:

Post a Comment