Followers

Wednesday, 7 November 2012

Bila Ucu Nak Kawin?

Hi...hello... Semalam dok bergolek-golek nak tidur tetiba teringat kat anak sedara saya yang cumel, cik Azwa. Kalau saya balik kampung, dia suka sangat sebab nak tidur dengan ucu dalam bilik ucu, ucu ajar matematik dan peluk ucu dimana-mana pada bila-bila masa - dalam kata lain, berkepit dengan saya.

Maka, cuti panjang saya di awal Ogos sehingga penghujung September lalu (ketikamamanya cuti bersalin di pertengahan september), Azwa suka la spend time kat rumah atuk - bersama saya. Satu hari tu, dia tanya :

Azwa : Bila ucu nak kawin.
saya  : Kenapa? (dia tersengih saja, tak tahu nak jawab kot), Kalau ucu kawin, kakak tak bolehlah tidur dengan ucu dah la lepas ni.
Azwa (muka berubah dan geleng kepala) : okey, okey, kakak tak nak tanya dah. Kakak nak tidur dengan ucu lagi.
Saya : Hahaha...

Saya fikir, Azwa mungkin excited untuk kami ada majlis lagi dirumah seperti semasa acik (kakak saya) kawin, dua tahun lalu. Kemudian, tahun lalu acik sudah ada baby. Dia seronok dapat sepupu / kawan baru. Dia menjangkakan perkara yang sama pada saya, happinest, new friends for her tapi lupa tentang ucu akan dapat teman tidur baru dan dia tidak boleh jadi teman tidur ucu lagi bila ucu balik bercuti di rumah atuk. Saya tersenyum sendiri, - well, itulah akal dan daya pemikiran kanak-kanak berusia 6 tahun.

Now, saya dalam perjalanan untuk melangkah ke satu fasa baru kehidupan saya iaitu pertunangan yang juga bermakna berkomitmen untuk melangkah ke gerbang perkahwinan dan memikul tanggungjawab baharu. Saya cuma berharap semua akan berjalan dengan lancar dan kami dapat mempersiapkan diri serta mengharungi segala cabaran atau dugaan yang mendatang bersama-sama. Aamin.

No comments:

Post a Comment