Skip to main content

Engagement Prep : Sumber Inspirasi DIY mini pelamin


 Mini pelamin untuk tunang? Dah lama saya berangankannya, nak sewa macam membazir je. Jadi saya plan untuk DIY sahaja, boleh jimat sikit. Cakap kat my mr. dia setuju sahaja. Cakap dekat kakak, dia no komen. Ok la tu kan? Gedik nak bermini pelamin tapi tak ada idea, tak tahu color yang sesuai. Cemana cerita? Rasa macam pelamin anganku musnah! Kabur sahaja dalam kepala ni tentang majlis pertunangan dengan mini pelamin. Terdetik kat hati, pasrah tak perlu mini pelamin. - Memang tak perlu, gedik je nak.
-
-
-
-
Sehinggalah satu hari saya ke 7Eleven dan membelek-belek majalah pengantin gitu. Mula-mula tertarik dengan cover girlnya, lepas tu covernya, comel... DIY je. Terus grab majalah Inspirasi Pengantin isu Disember ini.

 Susah sebenarnya untuk saya grab majalah yang lebih banyak gambar berbanding info, atau cerita, tapi... majalah ini saya jatuh hati... Gambar memberikan info, idea dan inspirasi. Chewah! Well...Mood nak kawin kot... Hahaha...Gatal! Okey kat bawah saya tunjuk sikit gambar yang menjadi sumber inspirasi. Sorry agak kabur ye, versi agak malas nak cari pencahayaan yang stabil masa tu, korang nak tengok 'true color' beli majalah ni sendiri nanti ok?

Ini pelamin yang sangat memukau mata saya. Simple and nice. tapi mini pelamin saya tak secanggih ni.
Siap bagi tone color - bg idea tuh!
Botol-botol hiasan centerpiece yang comel. Saya nampak idea disini.

Jadi untuk sesiapa nak DIY ke, nak cari vendor untuk majlis korang, boleh rujuk majalah ini. Best! Ada kupon diskaun lagi. Okey byE!

Comments

  1. Macam nk kna bli jugak je nih ...
    HEHEHEHE ...
    jup g cari lah ...
    Thanks

    ReplyDelete
  2. Welcome.beli jangan tak beli cik iera'ra. Dapatkan idea yang best dari magazine ni.huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d