Skip to main content

Engagement Prep Yang Masih Pending


Dum.dum. Plan bertunang awal bulan Disember. Bulan November jadual agak padat. Weekend jer agak free. Stress everything still not settle. Where should i start? Semak jadual dulu.

  • 10 Nov 2012 - Join program bersama ofis lama. (insya-Allah)
  • 11 Nov 2012 - Kenduri kawin ex-classmate - walaupun sekangkang kera kat selayang je, lepas tu boleh pegi shopping bagai risau jugak tukar plan ke kenapa selepas majlis tu. Burn 1 hari.
  • 13 Nov 2012 - Kunjungan keluarga mr. ke rumah saya. - Insya-Allah.
  • 25 Nov 2012 - kenduri kawin ex-officemate nun di teluk intan, siap pesan suh p awal lagi = weekend burn.  
  •  8 Dis 2012 - Tarikh bertunang. (dalam perancangan- Insya-Allah)
  • 15 Dis 2012 - My bro-in-law convocation @ PWTC. Wajib pergi.
**Konvo abang ipar - saja put in the list, important, dad dah banyak kali ingatkan. Banyak dah dia tolong dari saya kecik sampai laani. So big day untuk dia, wajib pergi. ^__^.

Hanya 18 Nov sahaja free. Minggu lepas free, tapi gaji belum masuk dan saya tershopping benda lain.2 Dis saya plan nak duduk dirumah siapkan apa yang patut je, kemas-kemas sebab 6 Dis dah kat KB - hunting for my ring. Selamba je, the most important thing of the day i put the last thing in the list.Huh! Sempat ke saya shopping dari 0 kepada semuanya selesai dan sempurna ni?

Bila suarakan pada my mr. dia relaks je. 'Minggu depan kita shopping ya' , 'b tak kisah', 'okey'. Senang je kan dia jawab? Saya je risau sebab masa makin suntuk. Dalam kepala macam-macam plan nak diy mini pelamin la, nak menatarias hantaran lagi. Sempat ke? Mood : Risau tapi cuba positif... I can do it!

Hari tu dah melawat kedai Mr. DIY di SS2 Mall, banyak juga bahan kat situ boleh digunakan untuk majlis. Harga pun murah. Semalam sempat ke ikea, sambil bermeatball, survey barang-barang, ada beberapa yang berkenan dihati nak terus beli mr. kata gaji nantilah. Padahal semalam shopping je balang-balang untuk buat candy buffet. Saya positifkan diri, listen to him and remember his promises to drive me anywhere. Dalam hati, saya tahu dia dah falling in love dengan meatball tu, sengaja buat alasan nak date kat ikea lagi.

Last few days, mama call follow up, cakap 'kalau pihak sana datang merisik nanti, kalau mereka bawa barang, nak balas apa? Nak beli kain sepasang, nak warna apa?' Hah? Kata mudah-mudah saja, jumpa family-family sahaja sebelum tunang, dah kena balas membalas ni kenapa? Saya diam sekejap, 'erm, ambil kain pasang dalam almari tu jela.' - kain itu plan untuk diletak bersama hantaran tunang, tapi malas nak susahkan mama beli lain, guna je yang tu, maka terpaksa aku cari barang lain untuk dijadikan hantaran. Huhu. Mood : Relist hantaran. **Hantaran mungkin berubah atau bertambah lagi.

<For Her>
  •  Tafsir Al-Quran
  • Cincin
  • Jam tangan (as he request - tapi saya tak kisah kalau bertukar jadi kain pasang je)
<For Him>
  • Perfume ( as he request)
  • Cincin
  • Jam tangan (as he request)
  • Coklat
  • Kek coklat (he request saya buat - jadi ke?)

Comments

  1. Masa nak bertunang raya haji baru ni, saya pun rancang nak buat simple2 saja. Tapi dari majlis merisik jadi majlis bertunang. Dari tak ada hantaran, jadi ada hantaran. Dari tak ada cincin, jadi ada cincin. Tup-tup buatlah tempat sarung cincin secara pantas. Nasib baik bahan2 DIY memang dah ada.

    Semoga majlis berjalan lancar ;)

    ReplyDelete
  2. Siti Nurhayati : tq dear. mesti meriah majlis awak, buat time raya. he. saya sikit nervous dalam planning sebab parents sy agak disiplin n perfectionist.

    ReplyDelete
  3. gudluck dear..prepare awl senang,xklm kabut.. :)if awk plan nk diy,shud start wt dr skrg..sy 3 months b4 e-day dh prepare mcm2.. :)

    ReplyDelete
  4. ha..bg kt bakal tunang cincin ker?? best nye..da beLi???sya pon pening2 sket cincin Laki nk yg cmne..

    ReplyDelete
  5. Yusdila : TQ. Diy? ntah jadi ke x, sbb tak start apa pun lagi. Boleh cmtu?

    Orked Violet : Yup. bg cincin jugak sebab dia datang nanti tunang, so family kata, buat tukar cincin jugak la baru fair. belum beli lagi tapi kami bincang maybe bli steinsteel je sebab nak pakai kejap masa tunang je, then kawin nanti baru silver or else.+ biasa my dad yg sponsor cincin kawin pengantin lelaki, maka xrisau.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-