Skip to main content

Skincare + make-up :Dari 0 kepada bernombor.

Assalamualaikum...
Hari ini nak bercerita tentang diri sendiri dan penjagaan kulit dan make-up.
Masa sekolah menengah, pimples all around the face, kulit sangat oily tapi bila guna pencuci muka, makin better, masa tu pencuci muka jenama olay la bertahan lama yang saya guna sebab hilanglah jerawat tu.
Masuk poli, stick dengan Garnier pulak. Garnier ni up sikit, guna include toner n pelembab.
Make-up dah belajar sikit, pakai bedak+lip ice. Jarang-jarang pakai eyeliner.
Abes study, kerja pulak. Skincare agak kurang terjaga, guna produk sabun susu beras je.
Make-up upgrade dah, tambah maskara dan blusher. Stunning jer pic masa konvo!
Hehehe... Tapi kulit teruk, kering dan kusam. Sedihnya. Sebab dah abaikan toner dan mosturizer.
Lagi faktor tak tahu nak pakai produk apa yang bagus, risau side effect bila satu-satu produk tu cepat sangat bertindak semua. Ah! susahnya.
Sehinggalah tukar kerja, sebulan lalu, berjalan dengan kawan ke KLCC. Kena tegur dengan SA tu kulit kusam dan kering. Ah! scary...
Hati dah terbuka nak jaga kulit, nak cantik masa bertunang nanti.
Terus beli Pure Beauty Pomegranate 1 set. Ting-ting-ting. Sebulan dah pakai, ikut secara teratur, tak tinggal toner, essence atau daily cream lagi. Muka dah makin better, nampak segar jugak. Dua minggu lepas, beli eye cream plak, nak bagi eyebag hilang. So far nampak better but 2-3 hari ini agak lupa nak pakai je.
Kenapa boleh percaya skincare jenama ni? Termakan kata-kata SA tu kot.
Tapi serius, produk ni best. toner dia sejuk, tak ada rasa pedih bila guna lepas cuci muka (berdasar pengalaman guna certain produk saya pernah guna, bila letak toner tu ada rasa pedih).
Essence dia pun lembut, halus jer apply kat muka, kulit rasa ringan je even dah pakai bedak. flawless.
Lagipun bahan-bahan dia semulajadi dari buah delima, produk dari korea. Nak tahu lagi, korang google la.
Lepas tu dah pandai guna eyeshadow. Housemate kata 'nak belajar dengan akak la macam mana pakai kat atas mata tu. cantik.'
hehe.tersipu sekejap. tak adalah belajar mana, try and error je. nampak ok, saya proceed, tak okay. saya cuba lagi.
Last weekend pegi kenduri ex-officemate. Ada sorang lagi ex-officemate ni suka make-up, dia make-up pengantin masa nikah. so grab some tips with her. belajar shading pulak.
Dalam hati berkobar-kobar nak beli make-up lagi.
kalau my mr. tahu ni, menepuk dahi la dia.

So...sesape yang rasa cari skincare boleh try produk ni. I think its good.Boleh dapat kat watson. (FYI: saya kaki shopping kat watson.wajib masuk kalau dah nampak tu)
Make-up, belum fully upgrade... Akan share bila dah steady ready make up stunning. cant wait!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-