Weekend shopping? Owh... Crapp...


Hi dear diary... hari ini keluar berjalan-jalan dengan housemate. Mula-mula dia suruh teman beli tiket, sekali tak jadi beli tiket. Kami yang sedia berada di KL Sentral haruslah melawat dulu Expo Buku Islam - err...saya sangat gila buku... Maka terbeli sebuah buku, Sebelum Aku Bernikah - Hilal Asyraf, kisah beliau menuju alam rumah tangga. Well saya agak gemar hasil tulisan beliau, di blog, selain saya pernah membaca kompilasi cerpen matahari dan novel Hero tulisan beliau.
Ni dia buku yang saya beli. Ecece...mentang2 nak kawin ye. ^__^
Disana terjumpa dengan ex-officemate dan ex-boss, borak-borak. Excited. Dah terus bos offer join program weekend akan datang (10-11/11/2012). Of course saya mahu, dapat kumpul duit (nak tunang, ready to kawin), dapat isi masa lapang dihujung minggu yang sedia tak ada kerja dan paling penting rindu kerja lama kot, dok tempat sekarang keje saya membesarkan badan sahaja. Bosan! - tapikan tak pasti dapat join penuh tak, 11/11/2012 tu kenduri ex-classmate. 10hb je kot join.

Dari KL Sentral kami bergerak ke KLCC sebab saya sangat malas nak balik lagi, saja nak lepak kat taman KLCC sambil baca buku baru. Bila sampai di KLCC perut dah berkeroncong, serang KFC dulu. Selesai makan, housemate cakap nak ke Watson. Pusing mencari, saya tergoda dengan set scincare dari korea, Pure Beauty. Dia punya toner dan antioxcidant lembut, sejuk je letak kat kulit. Cleanser dia pun best, boleh buat mask sekali. Jimat. Promoter tu kata kulit saya kering sangat sesuai dengan produk ni. Sementelah dah nak tunang, of course nak cantik, ayu di hari pertunangan kan,(perasan jap- muntah kalau perut rasa memulas dengan ayat itu). Maka dengan bangga saya beritahu saya telahpun membeli produk ini.
Cantikkan dia punya set? Exclusive! Rasa nak buat jadi hantaran pun ada.^__^
Masa kat KLCC tu, terjumpa lagi ex-officemate kat toilet. Lepas rindu, cium-cium pipi. Borak-borak beberapa minit. Aiseh! Fikir balik, hari ini hari jumpa ex-officemate ke? Mana-mana saya lepak jumpa ex-officemate ni... Kesian housemate saya terkulat-kulat masa saya layan ex-officemates saya semua. Nge. ^__^

On the way balik rumah, my mr. kol, dia respon pasal cincin yang saya citer kat dia semalam, dia pun suka. Yeah! Selain saya attach pasal cincin tu, saya ada attach kat dia pasal dress cumel. Dia cakap approved, saya tanyakan untuk satu color saja, dia cakap beli dua. Hehe... Yippie... Saya tanya je, cumel x, dia bagi green light beli, means dia nak belanja. Tq dear. xoxo.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my