Skip to main content

Wordless

Hi diary... Wordless? Why?
More about thinking THE WEDDING DATE... - tunang pun belum, hello! (baca kat bawah...kalau tak paham, ntah le)

Hati rasa haru-biru gitu memikirkan pertunangan yang akan langsung 3 minggu lagi bertambah dengan usul mama supaya pernikahan di percepatkan ke bulan Jun atau paling lewat bulan Ogos...
FYI : Saya bercadang ikat tunang selama setahun - Disember 2013 get married.
Eh mama, abah restu suruh kawin awal patut rasa happy kan? Kenapa saya tertekan gitu?
Sebabnya :
1. Saya perlukan masa untuk bersedia - ada beberapa syarat yang saya tekankan untuk diri sendiri sebelum menjadi isteri masih pending.
2.Saya nak siapkan sendiri majlis saya A to Z - my DIY project
3. Saya sedang merancang kewangan kami dan tak mahu stress sebab duit dari sebelum sehingga selepas kami kahwin nanti.
4. Saya nak semua berjalan lancar cantik sempurna, be my dream wedding

Bila disuarakan kepada my mr. dia tanya saya, "Sayang rasa selama ini macam mana kita tagani masalah kita? Guna emosi ke tak?"  <Saya geleng> "B pun tak ready juga nak bimbing sayang, banyak lagi terkurang, tapi b fikir sayang selalu sabar, dan kita tak pernah guna emosi bila kita ada masalah. Kita akan okey. Kita settle dulu tunang ni, kemudian kita fikir pasal yang lain ye?" 
Hmm...sweet when he tried so hard to put a smile on my face everytime I feel dull and motivate me everyday.
tapi my mr. bila bincang tarikh kawin untuk jun / ogos ni dia jawab biar org tua jela bincang.
In my heart : My dear, my family wants me to decide it. Easy! my mother want to know now... because kami memang suka planning everything earlier. My sister pun sibuk tanya sebab nak arrange cuti...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...