Perasaan : Tak de debar-debar pun. Teruja la jugak, nak bertunang dah.
Preparation : 60 % kot, hantaran belasah je (mama kata buat ringkas, beli barang biasa maka duit yang ada pegi joli beli hantaran kawin jugak dah) hias-menghias semua tunggu balik kB nanti. Yang paling penting, cincin tunang pun nanti balik kB jugak. huehue.
Pihak lelaki? 2x5 jer. Seronok la dia sebab mak dan kakak-kakak dia yang gigih siapkan hantaran. Cincin pun ayah dia beli. Chit! Mengelat. Lepas tu dia sempat lagi plan untuk dating 2x sebelum balik kB, apa cerita? Pengsan den. Duit mengalir macam air.
Biasalah orang tengah ada riban-riban kan?
Biasalah orang tengah ada riban-riban kan?
Hati dah kat kB dah, tak ada kat office lagi. Barang-barang nak balik kB dah siap packing sebulan lalu. Advanced tak? Haha. Kemas sebab tak nak bilik sepah-sepah la.Kertas crepe je tak masuk beg lagi, asyik keluar plastik sebab saya kejap try buat bunga tisu, kejap kecil, kejap besar, kejap jadi, kejap tak...
My sisters membebel-bebel, <baca pelat cina eh>' You aa... banyak relax la. Suma sudah cukup ka? Pasti?'
Pastu siap buat aduan kat mama sebab saya tak ada make call diorang tanya pengalaman mereka semua, dan mama menelefon saya untuk membebel.
Ok, fine. saya jawab, " Mama sayang, hari itu sudah tanya sama mama kan? mama bilang tak perlu over-over. Ringkas sahaja. Sekadar adat. So, adik sudah malas berat kepala mahu fikir, tambah hantaran lain dah."
Yeah. Benar, mengikut kata kakak saya, kenapa tak beli kain untuk buat nikah sume letak atas par itu masa tunang?
Memang tema nikah, resepsi, bertandang semua saya dah ada tapi saya belum decide design baju, kang saya beli kain tak sesuai untuk baju saya nak tu macam mana? membazir ye puan-puan.
(FYI : dah beli kain pasang untuk bertandang, tapi dah terbagi kepada pihak lelaki semasa merisik dulu)
Bila berbincang dengan my mr. katanya, untuk baju nikah, kita beli siap je. For me, design simple yang boleh pakai semula lepas nikah atau buat sesuatu yang lain daripada 'kami' dengan sesuatu yang tak perlu kos tinggi. Recycle.
Okey, dah melarat cerita pasal kawin pulak. Got to stop here.
Insya-Allah... May Allah bless our engagement soon. Korang doakan saya ye...
Okey, dah melarat cerita pasal kawin pulak. Got to stop here.
Insya-Allah... May Allah bless our engagement soon. Korang doakan saya ye...
heeee...
ReplyDeleteCongrats in advance dear ...
iera doakan everything berjalan dgn baik ..
tQ cik iera yang manis.
ReplyDelete