Oh jejemput jagung anganku...

Assalamualaikum...
Balik dari kerja, dok feeling jalan sesorang, tetiba terasa-rasa nak makan jejemput jagung. Hah! time-time hujan petang begini, lapar sedapnya makan jejemput jagung yang panas-panas. Adoi! Dah keluar isu jagung ni, keluar lagi menu berunsur jagung lagi, bubur jagung la, puding jagung lagi. Teringat-ingat waktu aku tengah menganggur beberapa bulan dulu, hampir hari-hari dok menggodak jejemput jagung itu buat menu sarapan atau minum petang. Bubur jagung mama, terbaik! Masa pak cik buat kenduri kesyukuran tu, saya cadang pada mama buat puding jagung bawa ke rumah mereka. Nah! Lepas itu abah minta lagi buat puding jagung untuk dia. Zas! Zas! Sepantas kilat la mencangkung menghiris jagung dan membuatnya. Ah! Sedap. Sedap. Sedap.
 
puding jagung

Jejemput jagung
 Duduk menggodek-godek cari gambar jejemput jagung ternampak gambar popia goreng, aduh! Bertambah kecur liur. All time favourite in fasting month. Hari-hari saya dok membalut popia.
Popia goreng
 Resepi? Tak pernah menyukat secara betul pun, segalanya saya buat ikut rasa tekak nak telan, campak-campak dan menjadi. tapi kalau ada nak tahu jugak e-mel la ye. cikjelita899@gmail.com.
xoxo.lots of love,
cik Jelita


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my