Skip to main content

Wedding Preps : Menyenaraikan Projek DIY

Assalamualaikum...
Pasti sebagai seorang bakal pengantin bajet seperti saya akan memikir cara untuk mengurangkan kos perbelanjaan majlis yang bakal berlangsung. Saya merasakan DIY adalah merupakan salah satu cara dapat mengurangkan kos perbelanjaan disamping memberikan kepuasan apabila kita dapat menghasilkan sesuatu untuk majlis kita sendiri. Apabila perancangan sudah ada, seterusnya senaraikan dahulu projek DIY  yang mahu dilaksanakan bersama bahan-bahannya atau progress untuk yang perlukan khidmat printing (orang luar).Hal ini adalah untuk mengelakkan kita kelam-kabut dan terlupa bahan yang hendak dibeli ketika proses membeli-belah dan merugikan masa apabila harus berulang-alik ke kedai. Ingat. Jimat. Jimat. Jimat.

My DIY list :

1. Rubber Stamp 
  • Design - DONE
  • Print
2. Bantal Nikah
  •  Kain Bulu - DONE
  •  Bantal empat segi 
  •  Zip
3. Bunga Tangan Fabrik + Felt
  • i. Kain Perca 2-3 warna
  •  Benang - DONE
  • Button Comel
  • Dawai
  • Kain Net
  • Polisterin
  •  Gam Pistol - DONE
  •  Flower tape
  • Reben
  • Kain Felt
  • Gunting
4. Guestbook
  • Design - DONE
  • Edit
  • Print
  • Combine
5. Bantal hantaran
  • Kotak / Polisterin / Sarang telur x7
  • Span serdahana tebal
  • Kain Satin
  • Deko
6. Bunga Telur
  •  Kertas crepe
  • Reben
  • Kain net
  • Flower tape
7. Candy Buffet
  • Balang Kaca
  • Polisterin
  • Reben
  • Tag
8. Photobooth
  • Template protobooth props
  •  Lidi satay / Chopsticks / Pemegang belon
  • Home divider
  • Bunga Tisu
  • Reben
Bila senarai sudah siap, masa untuk membeli kesemua bahan-bahannya dan kemudian memulakan proses menyiapkan projek DIY. Untuk lebih cantik, dan update progress kerja, tulis senarai ini dalam excel, set dateline untuk setiap projek, dan update setiap minggu progress kerja itu. 
Will show my excel DIY work progress when i start the DIY project. 
Insya-Allah minggu ini saya mula membeli-belah. Sekarang saya nak merancang dan senarai tempat untuk shopping!
xoxo.lots of love,
cik Jelita.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...