Skip to main content

Dinner @ Lok-lok King

Assalamualaikum...
Monday blues...
Weekend yang  ceria bersama en.Tunang. Jumaat tu tak jadi buat surprise pun kat en.Tunang, sebab kelam-kabut, keluar pejabat lambat. Tambahan en.Tunang beritahu, bos beliau bagi cuti 2hari.
Jumaat itu, seperti kebiasaan dating kami, pergi makan... en.Tunang datang, saya dah bagitahu awal-awal, tak nak makan kat tempat biasa dah. Bosan, asyik nasi lemak, or laksa. Jadi, kami pergi makan steamboat Lok-Lok King kat parking lot Ampang Point...Tau tempat ni sebab pernah di review dalam JJCM tu...

Special kat sini sebab steamboat tu boleh digoreng atau rebus macam biasa. Sos dia ada 3-4 jenis kot...Sos black paper, sos cili pedas, kuah kacang..Ada juga menu lain seperti chicken chop, lamb chop, beef steak. 
Kami ambil isi ketam, wantan, dua cucuk tauhu (ada isi ketam kat tengah) dan sotong putih (besar sangat), sotong dan tauhu tu kami goreng, lain-lain rebus sahaja. Order jugak lamb chop satu..

Awal tu, cuak jugak, mesti mahal sebab ambil sotong, dan sotong tu besar pulak. En. Tunang warning siap-siap,  ada duit RM20.00 je ni, tak cucuk lagi. Saya kata, tak apa saya back-up.

Jimat punya pasal, air pun kami share je. Dah setel makan semua, tup-tup harga RM16.00 sahaja. Terkejut tau. Murah, sedap lagi... Sos lada hitam tu terbaik. Sedap sangat! En.Tunang siap cakap, boleh datang lagi. 
Seronok tengok orang lain makan, ambil macam-macam penuh pinggan, kami sekadar 5 cucuk dengan lamb chop lagi, rasa sangat kenyang sebab apa yang kami ambil tu saiz besar jugak. Kekenyangan.
Tara... Lamb Chop...Maaflah lain-lain makanan tak sempat ambil gambar sebab ada yang dah habis -lapar ken? Lamb chop ni en.Tunang transfer pada saya, baru saya teringat nak ambil gambar.  

Next time, kami pergi lagi, sure update dengan gambar yang banyak.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...