Skip to main content

Sudah booking Bridal / Pelamin.

Assalamualaikum...
Selamat tahun baru 2013!
Alhamdulillah, baru sampai dari kampung pagi ini. Terima kasih en.Tunang ambil saya dipagi hari. Berat hati nak tinggalkan mama, walaupun mama dah kelihatan sihat. Mama dan en.Tunang pula terpaksa pujuk. hehe.
Tekad. Lepas 6 bulan kerja saya akan minta tukar balik Kelantan.
Sambil menyelam minum air, saya sempat survey beberapa butik pengantin sekitar kawasan Ketereh, Mulong dan Wakaf Bharu sementelah kak Iena ada dirumah - mudah bergerak dan pemberi pandangan gred A tentang persiapan perkahwinan saya. Terima kasih kakak.
Selepas survey dan fikir, saya decide ambil bridal yang dekat rumah je iaitu Detik Indah Bridal sebab senang, tak pening kepala, dan berbaloi la bagi saya. 
Apa yang ada dalam pakej saya ialah :
1. Pelamin 1 panel
2. Hias meja makan
3. Hias bilik pengantin
4. Pintu gerbang
5. 3 pasang baju
6. 2x make-up
7. Aksesori 
i. Lapik akad nikah
ii. par dan alas
iii.kipas dan lapik tangan
iv. sepasang payung
v. bekas merenjis
vi. bunga tangan
8. Gambar 2 roll
Free : 2 banting (2x5) dan 1 banner (3x10)

Total tak melebihi 3k... Hoorey! Jimat separuh bajet sebab biasanya photog tak termasuk dalam pakej, tapi kali ni termasuk pulak.. Dua tempat lain yang saya tanya pun tak termasuk photog. Kena add on dalam RM700++. 
Sangat dalam taman. Simply sweet.

Yang ni pun comel!
 Pelamin pilihan saya? Erm...memang suka ala-ala garden tu. Walau macam mana pun saya  akan decide bersama En. Tunang cuti CNY nanti sebab kahwin tu berdua, haruslah kedua-dua bersetuju untuk majlis kami. Wah... tak sabar. tak sabar. tak sabar.
Okey. soon akan update bridal yang ada disekitar kelantan beserta alamat supaya b2b kelantan macam saya boleh buat research awal.
xoxo.

Comments

  1. Sya pon suke gk garden theme! ade tgk peLamin nikah maria elena tu?? cantik! boLeh imitate sket2..hehehe

    ReplyDelete
  2. gud luck on ur wedding prep!

    ReplyDelete
  3. @orked violet... maria elena punya tak mampu la.fresh flower semua...kopak...cuba pilih mana yg hampir2 sahajalah janji cantik dan garden jugak.hehe.

    @eddany...tQ dear...tQ 4 be here too...

    ReplyDelete
  4. salam, akak
    saya nk tanya, pelamin mini untuk tunang yang simple berapa ye harga utk sewa??

    ReplyDelete
  5. Hye dear... bride to be Kelantan juga ker? xsure la...boleh terus contact tuan punya bridal la... boleh refer link kat bawah untuk for contact

    http://cikjelita899.blogspot.com/2013/01/butik-pengantin-bridal-di-kelantan.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d